Jam 0700 malam, Azan Maghrib sudah dilaungkan, itu bermakna sudah tiba masanya umat Islam bangun dan pergi ke Masjid untuk mendirikan solat Maghrib berjemaah.
Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A berjalan bersama pergi ke Masjid A.P.D.A tetapi mereka dikawal ketat oleh BODYGUARD' mereka.
*BODYGUARD'*
N.A.S.A
*Nurin=Iskandar
*Anis=Fahmi
*Syabila=Zakwan
*Adhwa=Adhwa (kakaknya)F.A.H.A
*Fawwaz=Syafiq
*Afiq=Iman
*Harraz=Syamel
*Asyhraf=Mior"Err, Abang Zakwan. Boleh tak tinggalkan kami berlapan sebentar?" Tanya Syabila sambil memujuk membuat muka kesian. Begitu juga dengan ahli Geng N.A.S.A yang lain.
"Alia, Jangan nak mengada-ngada." Kata Abangnya, Syafiq.
"Kalau Lisa buat perangai macam ni secara berterusan, along akan laporkan dekat mentor Lisa." Kata abang Anis, Iman sambil menguguknya.
"Akak pun janganlah tegas sangat, kita kan one family. " Kata Adhwa kepada Kakaknya.
"One family tak one family, tugas tetap tugas. Dah cepat masuk surau." Kata kakak Adhwa.
"Psst, Afiq. Ready. " Bisik Asyhraf kepada Afiq.
Afiq pun mengangguk kepalanya. Kesemua Geng F.A.H.A mengangguk. Sememangnya mereka telah merancang sesuatu.
Sewaktu BODYGUARD' mereka leka dengan gelagat Geng N.A.S.A, mereka mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri sejauh mungkin.
Terus Geng F.A.H.A melarikan diri, mereka berlari dengan sangat laju, BODYGUARD' mereka pun berlari mengejar mereka. Geng F.A.H.A berlari menuju ke arah yang berlainan.
Walaupun mereka berjaya meloloskan diri sebentar sahaja, namun BODYGUARD' mereka lebih pantas dan bijak mencari mereka.
Afiq menyorok di belakang tong sampah hijau yang besar. Dia sangat yakin bahawa jika dia menyorok di situ, tiada sesiapa akan jumpanya.
"Bagus, aku berjaya meloloskan diri. Inilah masanya untuk lari dari sini.." Kata Afiq perlahan.
"Ehem! Nak ke mana tu?" Tanya Iman kepada Afiq.
Tanpa berlengah lagi, Afiq berlari menuju ke arah belawanan dengan Iman tetapi Iman lebih pantas darinya lalu Iman berjaya menangkapnya.
Nasibnya tidak begitu baik, begitu juga dengan nasib kawan-kawannya, mereka terus di bawa ke Masjid A.P.D.A.
"Apalah nasib..." Kata Geng F.A.H.A dengan keluhan yang panjang sepanjang perjalanan mereka menuju ke Masjid A.P.D.A.
Selepas selesainya solat Maghrib, pada setiap hari minggu akan diadakan kuliah malam serta majlis tadarus Al-Quran. Bagi pelajar yang bukan Islam diarahkan untuk berkumpul di dalam Dewan Perhimpunan untuk melakukan beberapa ulang kaji berkenaan mata pelajaran yang mereka ambil.
Jangan ingat di A.P.D.A ini hanya mempunyai pembelajaran mengenai kerjaya sahaja, Akademi ini juga mempunyai pelbagai bidang di dalam pembelajaran seperti bidang Akaun(Matematik Tambahan, Ekonomi), Sains(Fizik, Biologi, Kimia), Agama(Al-Quran dan Al-Sunnah, Bahasa Arab) dan sebagainya.
Selepas beberapa jam berlalu, jam telah menunjukkan jam 0815 malam yang bermaksud sudah masuk waktu Azan solat Isyak. Pelajar yang ditugaskan perlu melaungkan azan. Jadual harian pelajar yang perlu melaungkan azan akan ditetapkan mengikut bidang dan hari yang bersesuaian. Tiada seorang pun pelajar lelaki yang akan terlepas daripada melaungkan azan. Perkara ini dibuat untuk melatih pelajar lelaki supaya mahir melaungkan azan pada masa akan datang.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AventuraSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...