Selepas berjaya menjalankan satu misi yang agak berisiko, Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A terus berkumpul di belakang Masjid A.P.D.A untuk berbincang mengenai bahan bukti yang baru sahaja mereka temui semasa di dalam Markas Unit UNDERCOVER.
Afiq meletakkan beg bimbit hitam itu di atas sebuah meja bulat yang diperbuat daripada kayu balak yang berkualiti tinggi. Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A duduk berhadapan di sebuah meja bulat itu sambil merenung tajam ke arah beg itu.
Setelah lama berdiam diri dan hanya merenung Beg Bimbit Hitam itu, terus Syabila mulai bersuara, " Beg ini dikunci menggunakan mangga password. Ada sesiapa mahir membukanya?"
Semua orang merenung ke arah Harraz yang dari tadi hanya memerhati mangga password yang dikunci pada pegangan beg itu. Fawwaz meangkat mukanya lalu memandang wajah Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A dengan riaksi pelik.
"Saya tahulah wajah saya ini kacak dan setampan artis K-POP Korea tetapi janganlah tenung wajah saya ni lama-lama." Kata Harraz sambil membuat gaya orang berlagak sekejab. Kelakuannya telah membuatkan satu meja mahu memuntahkan muntah hijau.
"Eiii, perasannya!" Kata Nurin sambil membuat gaya mahu termuntah di hadapan Harraz.
"Lee Min-Ho lagi kacaklah!" Terus Anis mempertahankan idola pujaannya serta mahu membezakan wajah idolanya dengan Harraz.
"Apalah sangat Lee Min-Ho kalau nak dibandingkan dengan Park Jung-Koo." Sambung Adhwa sambil menjeling ke arah Anis.
"Eh, sudah. Kita datang sini nak bincangkan fasal bahan bukti ini dengan teka-teki yang kita peroleh haritu, bukannya mahu berbincang fasal artis Korea." Kata Syabila sambil berdiri.
Terus mereka semua terdiam."Harraz, awak ada kemahiran dalam menggodam sistem komunikasi dan teknologi serta password paling sukar dibuka, bukan?" Tanya Syabila sambil memandang ke arah Harraz. Harraz mengangguk kecil.
"Kami mahu awak membuka mangga password ini. Rasanya hal ini dianggap remeh bagi awak, bukan? Awak pasti dapat menyelesaikannya dalam tempoh 24 jam atau kurang daripada itu." Sambung Syabila. Harraz membuat gaya berlagak sebentar sementara Geng F.A.H.A yang lain turut mengekori gaya Harraz. Ini membuatkan Geng N.A.S.A semakin rasa mahu termuntah hijau kali kedua apabila melihat gelagat Geng F.A.H.A itu.
"Nurin, kau tolong Harraz. Manalah tahu kemahiran dia tu dah lapuk ketinggalan zaman ke...ataupun dia ada penyakit 'ingatan ikan emas' (Ingatan yang cepat lupa dalam masa beberapa saat.) " Kata Anis kepada Nurin sambil memperlekehkan Geng F.A.H.A yang dari tadi hanya tahu berlagak sahaja. Terus Geng F.A.H.A memandang Geng N.A.S.A dengan wajah tidak puas hati.
"Siapa pegang teka-teki yang pertama dan kedua itu?" Tanya Adhwa sambil memandang wajah rakan-rakannya.
"Saya." Kata Ashyraf sambil mengeluarkan kertas itu daripada poketnya.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...