BAB 45:PEPERANGAN BERMULA

98 16 3
                                    

"Fawwaz, sudah tiba masanya.." Kata Syabila perlahan kepada pasangan seunitnya, Fawwaz. Fawwaz hanya mengangguk kecil lalu dia dan Syabila mulai hilang dari penglihatan Geng Muiz. Mereka semua diselaputi dengan asap kabus pemedih mata yang tebal memenuhi setiap ruang di sekitar mereka. Geng M.A.R.A tiba-tiba terhenti pergerakan mereka apabila tubuh badan mereka tiba-tiba terasa seperti ditarik kebelakang dan kemudiannya dibawa naik ke atas sebuah pokok. Setiap pokok, terdapat tiga orang yang terdiri daripada seorang mentor, seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Geng M.A.R.A cuba melawan balik namun tindakan mereka terhenti apabila terlihat kelibat anak didik mereka sendiri. Emosi sudah menguasai diri mereka pada waktu itu.

"Kamu berdua, apa yang.." Kata-kata Muhkriz terhenti apabila Fawwaz menerkup mulutnya menggunakan tangan sebelah kanannya. Kabus mulai hilang sedikit demi sedikit. Penglihatan mereka mulai kembali pulih. Geng Muiz mulai dapat melihat dengan jelas keadaan disekeliling.

"Huh! Awak semua ingat dengan taktik lemah ini akan mudah memperdayakan kami?" Tanya Muiz dengan nada sedikit gembiri. Walaupun di dalam keadaan begitu pun, dia sentiasa kelihatan tenang.

.....

"Bukankah kamu berlapan mahu menyertai Muiz?" Tanya Mentor Akim kepada kedua-dua pelajarnya, Harraz dan Nurin.

"Relaxlah Tuan, kami masih waraslah mahu fikir yang mana baik dan yang mana buruk." Balas Harraz sambil tersenyum sipi ke arah mentornya, Akim.

.....

"Jadi, tadi itu..."

"Hanyalah lakonan semata-mata." Sambung Nurin sambil tersenyum sipi ke arah Akim. Begitu juga dengan Harraz.

.....

"Huh!  Bukankah tadi kamu berdua mahu menyertai muiz?" Kata Ridwan dengan sedikit gelagat merajuknya itu. Adhwa dan Ashyraf hanya melihat gelagat mentornya itu dengan senyuman sipi. "Hei!  Saya sedang marah ini, mengapa kamu berdua masih lagi boleh tersenyum?"

"Sekarang bukan masanya Tuan, kami perlukan pimpinan daripada Tuan semua." Kata Ashyraf dengan nada lembut sambil tersenyum memandang ke arah wajah mentornya, Ridwan. Begitu juga dengan Adhwa.

.....

"Keluarlah pengecut!" Jerit Dani dengan sekuat hatinya sehingga menyebabkan suaranya kedengaran sehingga ke pendengaran Ahli Uni Khas Bomba dan Penyelamat yang berkedudukan jarak anggaran lebih kurang 5 kilometer.

"Macam mana sekarang ini, Muiz? Ada arahan?" Tanya Luqman kepada Muiz tanpa memandang wajahnya sambil matanya melilau melihat disekeliling tempat.

"Keluarlah awak semua. Bukankah tadi kita sudah mendapat persetujuan bersama? Cuba fikirkan manfaatnya." Kata Aus cuba memujuk Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A supaya keluar daripada tempat persembunyian mereka. "Tidak perlu lagi kamu galas tanggungjawab yang berat ini. Kamu boleh menjalankan aktiviti rutin harian seperti biasa seperti pelajar lepasan SPM yang lain."

.....

"Awak dengar tak suara itu, Qilaf?" Tanya Choong kepada ketuanya, Qilaf.

Qilaf membulatkan matanya serta menoleh pandangannya ke arah hutan tebak di arah barat itu. Dia cuba untuk mengingati kembali suara siapakah itu. Dari riaksi wajahnya, dia seperti seakan-akan mengenali suara yang baru sahaja didengarinya tadi.

"Suara itu datang daripada dalam hutan itu." Kata Adin dengan wajah penuh serius. Tiba-tiba, mereka semua terdengar suara Irfan menjerit dengan sangat kuat mengalahkan gadis DIVA di dunia. Terus Qilaf, Meor, Siddiq, Adin dan Aizan terus berlari ke arah susuk tubuh yang menjerit tadi sehingga membuatkan kesemua haiwan yang berada berdekatannya bertempiaran lari 'seperti lipas kudung'. Setiba sahaja mereka berlima di lokasi kedudukan Irfan, mereka melihat Irfan tiba-tiba terduduk dan terkaku sebentar. Riaksi wajahnya seperti seseorang yang baru terlihat sesuatu yang menakutkan atau mengejutkan. Qilaf memegang bahu kiri Irfan dan cuba untuk menyedarkannya sekejab sementara ahli yang lain melilau di sekeliling hutan jikalau mereka terlihat sesuatu kelibat yang aneh lain dari yang lain. Irfan terkejut akan kelakuan Qilaf lalu cepat-cepat berdiri lalu  memandang wajahnya dengan perasaan sedikit cemas.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now