SURAU AKADEMI
JAM 0530 PETANG.
"Aku sudah tidak tahan dah duduk di sini! Aku nak lari dari tempat ini!" Kata Nurin sambil berjalan kehulu kehiling di sekitar kawasan surau itu.
"Adhwa setuju, Adhwa pun sudah tidak larat dah nak duduk dekat sini, lebih baik kita sambung belajar di Universiti biasa jika tahu akan jadi begini!" Kata Adhwa.
"Anis pun setuju! Kita lari hari ini juga!" Kata Anis.
"Syabila, kau join tak?" Tanya Nurin sambil memandang ke arah wajah Syabila yang sedang sedih dan memikirkan sesuatu.
"Selama ini aku tabik hormat pada Tuan Muhkriz, tetapi tidak sangka pula akan jadi macam ini..." Kata Syabila dengan rasa kecewa.
"Kitorang tidak akan paksa kalau kau tak nak join." Kata Nurin.
"Aku join!" Kata Syabila.
"Ok, kita mulakan OPS LARI DARI AKADEMI malam ini juga..." Kata Adhwa dengan rasa teruja.
Geng F.A.H.A. yang kebetulan berada di dalam surau bersebelahan surau bahagian perempuan solat terdengar rancangan rahsia Geng N.A.S.A.
"Korang nak lari dari Akademi?" Tanya Afiq , Afiq dan kawan-kawannya memasuki kawasan bahagian solat perempuan.
"Ish, kenapa korang masuk kawasan tempat solat perempuan ini?" Kata Anis dengan cara menghalau Geng F.A.H.A.
"Kami bukannya nak lari dari Akademi, kami cuma..." Kata-kata Syabila dipintas terus oleh Fawwaz.
"Kitorang nak join korang." Kata Fawwaz.
"Hah?! " Kata Geng N.A.S.A serentak sambil memandang sesama mereka.
"Kitorang pun dah tak tahan duduk di dalam Akademi ini." Kata Harraz sambil menundukkan mukannya.
"Bagi kami ikut korang." Kata Ashyraf kepada Geng N.A.S.A.
"Sekejab ya." Kata Nurin.
Geng N.A.S.A membuat perbincangan bulatan gaya pemain bola sepak.
"So? Macam mana?" Tanya Nurin.
"Patut ke kita benarkan diorang join kita? " Tanya Adhwa.
"Bagi je lah." Kata Syabila.
"Okay." Kata Anis.
Geng N.A.S.A pun berpaling muka ke arah Geng F.A.H.A lalu mengangguk tanda setuju.
"Walaupun begitu, kami masih mempunyai amanah untuk menjaga kamu berempat." Kata Afiq.
"Sekali kami diberi tanggungjawab, kami akan laksanakannya. " Kata Ashyraf.
"Ikut suka hati korang lah, kita jumpa di padang Akademi pada jam 1200 malam." Kata Nurin kepada ahli Geng F.A.H.A.
PEJABAT PENTADBIRAN SIASATAN A.P.D.A.
"Anis, apa sebernanya yang terjadi ini? Cuba beritahu saya, saya akan menyimpan rahsia kamu." Kata Mentor Aqasha kepada Anis di dalam sebuah bilik siasatan Khas.
Anis menjawab, " Tiada apa yang berlaku, sama seperti hari-hari biasa."
Mentor Aqasha menyandarkan dirinya ke kerusinya lalu mengeluh.
-SETERUSNYA! -
"Tolonglah Adhwa, saya tahu yang awak mempercayai saya, jadi tolonglah beritahu saya apa sebernanya yang Syabila maksudkan tadi?" Tanya Mentor Ridwan kepada Adhwa gaya detektif.
"Tuan tahu bukan yang saya mempercayai Tuan?" Tanya Adhwa kepada Mentornya.
"Ya." Jawab Ridwan.
"Jadi Tuan juga harus mempercayai saya." Kata Adhwa.
Ridwan terus pergi ke arah dinding lalu diketuk di dinding bilik itu dengan menggunakan buka lima tangan kanannya.
-SETERUSNYA -
"Nurin, terus terang pada saya. Apa yang kamu semua sedang rancangkan?" Tanya Akim.
"Tuan tahu kan yang saya dan kawan-kawan saya masih baru di sini? walaupun kami kata kami hanya mempercayai Tuan semua, tetapi sebernanya tidak." Kata Nurin.
"Apa maksud kamu? " Tanya Mentor Akim sambil memandang tepat ke arah anak didiknya itu.
"Saya dan kawan-kawan saya perlukan lebih daripada seminggu untuk mempercayai seseorang itu. Saya yakin Tuan juga akan buat seperti itu, bukan?" Kata Nurin sambil memandang ke arah wajah Mentor Akim.
Mentor Akim mengeluh kuat...
-SETERUSNYA-
"Syabila, kamu orang pertama yang mengatakan begitu, apa maksud kamu sebernanya? " Tanya Mentor Muhkriz.
"Tuan, saya amat mengkagumi Tuan tetapi..." Kata-kata Syabila terhenti sebentar.
"Apa masalah kamu sebernanya?" Tanya Mentor Muhkriz.
"Tuan, saya dan kawan saya cuma mahukan kehidupan yang biasa sahaja, bukan ini yang kami mahukan." Kata Syabila.
"Syabila, ini sudah lari daripada topik sebernanya." Kata Mentor Muhkriz sambik duduk di hadapan sebuah meja Syabila.
"Bagaimana Tuan menjadi pemimpin jika Tuan tidak dapat memahami suara hati pelajar? " Tanya Syabila.
Muhkriz tidak dapat mahu kata apa-apa lagi. Lidahnya terkelu mendengar kata-kata Syabila. Dia tidak tahu apa tindakan yang harus dilakukannya sekarang.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...