BAB 50: KEJUTAN

138 13 9
                                    

Kesemuanya telah selesai. Alhamdulillah syukur diucapkan terhadap Ilahi. Kelapan-lapan pelajar itu berjaya diselamatkan. Mereka telah berjaya melepasi peringkat kritikal dan sedang dirawat di wad biasa hospital A.P.D.A. Namun, mereka berlapan masih lagi belum lagi sedar dari pengsan. Keempat-empat mentor mereka iaitu, Muhkriz, Aqasha, Ridwan dan Akim tidak bersengkang mata menunggu dan menjaga anak didik mereka. Apa yang terjadi pada kelapan-lapan pelajar itu dirahsiakan dari pengetahuan pihak media dan kedua ibu bapa mereka demi keselamatan mereka dari ancaman yang tidak diduga.

Muhkriz dan Ahli Geng M.A.R.A yang lain berjalan dari pejabatnya dan membawa dua kuntum bunga untuk melawat kedua-dua anak didik mereka.

Muhkri datang untuk melihat kedua-dua anak didiknya iaitu Fawwaz dan Syabila. Dia mulai berjalan memasuki wad yang menempatkan Syabila dan Fawwaz. Katil mereka berdua diletakkan di dalam satu bilik yang sama tetapi dihalang dan dipisahkan oleh sebuah langsir di tengah-tengah antara mereka. Muhkriz berjalan membuka pintu wad itu lalu berjalan melawat katil wad Syabila terlebih dahulu. Dia meletakkan sekuntum bunga di atas meja bersebelahan dengan katil Syabila dan menarik sebuah kerusi dan duduk bersebelahan dengan katil Syabila.

"Assalamualaikum, Kamu apa khabar hari ini?" Tanya Muhkriz kepada Syabila dengan pandangan sedihnya. Namun, Syabila masih lagi tidak sedarkan diri dan masih terlantar di atas katil wad. Dia tidak dapat menjawab Salam dan pertanyaan dari mentornya itu. Riak muka Muhkriz bertambah sayu apabila memikirkan nasib yang telah menimpa kedua-dua anak didiknya itu. Dia mulai bangun dari kerusi itu lalu membuka tirai yang menjadi penghalang antara katil Syabila dan Fawwaz itu. Dia mulai berjalan perlahan menuju ke arah katil Fawwaz dan duduk bersebelahan dengannya serta meletakkan lagi satu sekuntum bunga di atas meja bersebelahan dengan katil yang menempatkan Fawwaz. Fawwaz juga tidak sedarkan diri sejak mereka diselamatkan dari curam itu. "Assalamualaikum, Fawwaz. Kamu apa khabar?" Sapa Muhkriz kepada Fawwaz. Muhkriz mulai berasa sebak di dada. Dia mulai bangun dari kerusi itu lalu bangun dari kerusi itu dan berjalan ke tengah-tengah antara anak didiknya itu. "Cepatlah bangun, semua orang sedang menunggu." Kata Muhkriz, tiba-tiba suaranya menjadi serak akibat cuba menahan tangisannya.

.....

"Adhwa, Ashyraf, cepatlah bangun. Saya rindu mahu mendengar kamu berdua bergaduh seperti dahulu..." Kata Mentor mereka, Ridwan. Walaupun luarannya kelihatan seperti orang yang tegas dan serius, namun hatinya lembut bak benang sayat sutera.

.....

"Nurin, Harraz. Kamu berdua tidak mahukah mencipta alatan baharu? Saya mempunyai idea baharu untuk digabungkan bersama kamu berdua. Bangunlah..." Kata mentornya, Akim. Air matanya mulai mengalir setitik demi setitik. Semakin lama semakin deras seperti air terjun yang mengalir tanpa henti.

.....

"Afiq, bangunlah! Kamu cakap kamu mahu menjadi seorang Panglima Tentera Maritim seperti arwah datuk kamu bukan? Jadi bangunlah!" Kata mentor mereka, Aqasha dengan rasa sebaknya. "Anis, kalau kamu tak bangun, ayah kamu akan bunuh saya." Katanya lagi dengan sedikit kekehan untuk membuat lawak sedikit. Namun, lawak itu tidak dapat menceriakan suasana yang sedih itu.

.....

"Bangunlah! Kenapa kamu berdua diam sahaja?! This is my order! Wake up!" Jerit Muhkriz kepada kedua anak didiknya. "Jawab apabila saya bercakap!" Jeritan dia yang mulai menimbulkan bunyi bising itu didengari oleh seorang doktor yang merawat anak didiknya itu. Doktor itu bernama Leftenan Syabil dan pembantunya Leftenan Syawal. Mereka berdua bergegas menuju ke arah bilik 109 yang menempatkan Syabila dan Fawwaz. Mereka membuka pintu itu lalu berjalan ke arah Muhkriz. Leftenan Syabil memegang tangan kanan Muhkriz manakala Leftenan Syawal memegang tangan kiri Muhkriz.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now