Keesokannya, Tugasan Pelajar Baru akan bermula. Geng N.A.S.A sedang membuat persiapan menghadapi Tugasan itu, begitu juga dengan Geng F.A.H.A.
Kumpulan A- Aqasha, Afiq dan Anis.
"Dengar sini, tugas Maritim ini lebih kepada bekerja di laut. Sebelum kita mulakan tugasan ini saya nak tanya, ada tak sesiapa diantara kamu berdua yang mabuk laut? " Tanya Aqasha.
"Tiada Tuan! " Jawab Afiq dan Anis serentak sambil berdiri tegak.
"Bagus, jika tiada apa-apa masalah, mari kita mulakan." Kata Aqasha sambil berjalan berlalu pergi. Diikuti langkahnya oleh kedua-dua anak didiknya.
"Tuan, sebernanya ini tugasan apa? " Tanya Anis tanpa memberhentikan langlahnya.
"Ish, banyak cakaplah awak ini." Kata Afiq kepada Anis sambil menjelingnya.
"Senyaplah Afiq, saya bukannya tanya awak pun." Balas Anis dengan muka tidak puas hati dengan Afiq yang suka mengusiknya sejak sekolah Menengah Tinggi lagi.
"Apabila kita sudah menaiki kapal perang ini, kamu akan tahu. Cuma satu sahaja saya nak pesan, ini bukannya tugasan yang biasa, persiapkan mental dan fizikal kamu sekarang." Kata Aqasha.
"Baik Tuan! "Balas Afiq dan Anis dengan serentak.
Mereka pun mula memasuki ke dalam sebuah kapal perang Maritim yang hanya digunakan ketika masalah darurat sahaja.
Setibanya mereka di atas dek kapal perang ini, tiba-tiba kesemua pintu masuk yang diperbuat sepenuhnya daripada besi yang paling kuat dan kukuh di dunia tertutup dengan kuat.
"Kenapa ini?! " Soal Anis dengan rasa terkejut.
"Ini pun salah satu daripada tugasan kami ke Tuan?" Tanya Afiq kepada mentornya Aqasha.
"Tidak, saya tidak merancang sesuatu seperti ini.. "Kata Aqasha dengan rasa terkejut. Matanya melilau di sekeliling bagi mencari puncanya.
"Apa patut kita buat sekarang ini Anis?" Tanya Afiq kepada Anis.
"Eh, sepatutnya saya yang tanya awak begitu." Balas Anis.
Tiba-tiba kedengaran suara seseorang ketawa di sekitar tempat mereka berada.
Aqasha sudah mengeluarkan pistolnya tanda bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang mungkin akan berlaku.
"Jika musuh itu muncul, bagaimana kira mahu melawannya? "Tanya Afiq kepada Anis.
"Afiq, awak itu senior saya! Sepatutnya awaklah yang kena fikirkannya! "Jerit Anis dengan sekuat hati.
"Bingit betullah suara awak apabila menjerit begitu, tidak boleh buat calon isteri ni.. "Kata Afiq dengan nada perlahan.
"Apa awak kata?!!"Kata Anis dengan rasa marah sambil menunjukkan penumbuknya pada Afiq.
"Berhenti bergaduh! Dalam saat genting begini pun awak berdua masih lagi boleh bergaduh? Bagaimana kamu berdua mahu menjaga Negara ini jika tiada keserasian?!! " Kata Aqasha dengan nada tinggi yang menandakan dia marah kepada kedua-dua anak didiknya. "Kamu berdua ni saling tak tumpah seperti anjing dan kucing. "
"Kami beri kamu semua pilihan, serahkan budak berdua itu ataupun hadapi kami.. " Kata suara aneh itu kepada Pasukan A.
"Air yang tenang jangan disangka tiada musuh." Kata Afiq dengan rasa teramat yakin.
"Hei, bukan buaya ke? "Kata Anis sambil memperbetulkan kata-kata Afiq.
"Siapa kau? Apa kau nak? Kalau kau berani, tunjukkan wajah kau! " Kata Aqasha sambil menhalakan senjata apinya ke seluruh arah.
Penjahat itu pun keluar dari suatu tempat yang gelap lalu wajah dilihat oleh pasukan A.
Dengan berasa terkejutnya, Aqasha menjerit, "Kau Muiz?!
"Siapa tu? "Tanya Afiq sambil memamdang Anis.
Anis hanya mengangkat bahu sedikit lalu digelengnya kepala sebanyak lima kali.
"Macam mana dengan keputusan kau? "Tanya Muiz kepada Aqasha.
"Apa kau nak dengan budak-budak ini? Mereka tiada kena-mengena di dalam hal ini. Mereka cuma budak mentah!" Kata Aqasha sambil menghalakan senjata apinya tepat ke arah kepala bahagian otak Muiz.
"Bu... Budak mentah?!! " Kata Afiq dan Anis secara serentak. Mereka berdua tidak dapat menerima kenyataan bahawa mentor mereka sendiri menggelar mereka 'budak mentah'.
"Mentah bagi kau, tapi bukan bagi kami. " Kata Muiz.
"Abang Muiz itu lebih memahamu kita berbanding mentor Aqasha lah.. "Bisik Afiq kepada Anis. Anis pun mengangguk tanda setuju.
"Bagus, rancangan 'pycology' kalu ni berjalan lancar. Lebih senang mahu mempengaruhi otak budak-budak berbanding orang dewasa. "Kata Muiz di dalam hatinya.
"Ikutlah kami, dan kami akan pastikan hajat dan permintaan kamu tercapai. "Kata Muiz sambil membuat tawaran kepada Afiq dan Anis.
"Kalau aku nak kereta F1 Merah boleh dapat tak?!! "Tanya Afiq dengan nada suara teruja.
"Sudah tentu!" Kata Muiz sambil memetik jari tangan kanan nya.
"Ish, awak ini, hajat dan permintaan itu semua sepatutnya awak minta kepada Tuhan kita Yang Maha Esa, ALLAH S.W.T." Kata Anis kepada Afiq.
"Ish awak ni Anis, saya cuma uji dia sahaja. "Kata Afiq sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan tangan kanan.
"Jika kamu mahu pertukaran Akademi ke Universiti lebih baik pun akan kami makbulkan. " Kata Muiz kepada Anis.
Wajah Anis terus berubah, fikirannya melayang jauh, sungguh, itulah apa yang diinginkan selama ini. Anggota badannya tidak dapat bergerak, hanya statik di suatu tempat itu.
Selepas beberapa lama Anis hanya statik, dia mula bersuara sambil memandang ke arah Muiz, "Betul ke?" Tanya Anis perlahan dengan rasa sedikit teruja.
"Betul, sekali dengan biasiswa lagi." Kata Muiz sambil mula lakukan tawar menawar kepada Anis.
"Ish awak ini Anis, dua kali lima sahaja seeprti saya." Kata Afiq sambil menjeling Anis dengan memcekak pinggangnya dengan kedua belah tangannya.
"Hihihi, senior borek junior rintik." Kata Anis dengan senyuman gembira.
"Aduhh, macam manalah awak boleh lulus dengan cemerlang Ujian Bahasa Melayu kalau peribahasa pun kelaut? " Sindir Afiq kepad Anis.
"Sudah? Anak didik saya tidak akan sesekali ikut awak! Mereka setia dan tidak akan belot!" Jerit Aqasha kepada Muiz tanpa memberhentikan tembakannya.
"Awak pasti? "Kata Muiz sambil tersengih-sengih.
"Sebernanya Tuan.."Kata Anis secara teragak-agak kepada Aqasha. Tetapi terus dipintas oleh mentoernya Aqasha. Aqasha terus menolah kebelakangnya melihat wajah kedua-dua anak didiknya dengan riaksi kemarahan di tahap maksimum.
"Kalau kamu belot, saya akan pastikan kamu akan dapat hukuman berat!" Bisik Aqasha kepada anak didiknya.
"Ha...habislah kita... "Jawab Afiq dan Anis serentak sambil memandang sesama mereka.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...