BAB 2: BIDANG BERBEZA

268 29 9
                                    

Selepas tamat sesi Taklimat yang telah disampaikan oleh pegawai yang bertugas, kesemua pelajar diminta bersurai dan pergi ke papan info untuk melihat bidang dan kelas apa yang mereka dapat sebagai pelajar A.P.D.A di hari pertama mereka.

Syabila, Adhwa, Anis dan Nurin telah melihat bidang apa yang ditentukan oleh Penyarah Akademi ini. Mereka sangat teruja kerana khabar angin ada mengatakan bahawa kesemua bidang di dalam A.P.D.A ini sangat hebat dan popular pada era kini.

Geng N.A.S.A melihat dengan teliti bidang apa yang sudah ditetapkan oleh pihak Akademi kepada mereka. Sungguh, mereka sangat gembira dan teruja kerana mereka mendapat bidang yang mereka inginkan selama ini. Sudah 17 tahun mereka menantikan saat ini, alhamdulilah syukur kepada Ilahi, Do'a mereka dimakmulkan.

"Aku dapat bidang Pasukan Unit Gerak Khas lah! "Teriak Syabila dengan rasa sangat teruja.

"Aku dapat bidang Teknologi dan Komunikasi Tentera lah! " Jawab Nurin sambil melompat kegembiraan.

"Adhwa dapat bidang Polis Paskal! " Jawab Adhwa sambil menghayunkan kedua-dua tangannya ke udara.

"Anis dapat Bidang Maritim! Sama seperti pekerjaan ayah Anis! " Teriak Anis sambil berjoget di belakang Adhwa.

Adhwa yang melihat gelagat Anis seperti orang tidak betul terus berkata, "Anis ini sudah kenapa? Sudah sakit ke lepas masuk ke Akademi ini?"

Selepas Anis mendengar kata-kata daripada rakannya itu, terus Anis memberhentikan gerakan jogetannya itu lalu Anis membalas, "Biarlah Anis nak buat apa pun.."

Nurin pula menyampuk percakapan antara Anis dan Adhwa, "Ish sudahlah itu korang! Korang baca ataupun tidak apa tertulis di sebelah kertas itu?"

Syabila, Adhwa dan Anis melihat perkataan di sebelah kertas itu secara dekat. Kelopak mata mereka disepekkan untuk melihat dengan jelas apa yang tertera pada kertas yang sudah dilekatkan di papan info itu.

"Berkumpul di kelas mengikut bidang yang sudah ditetapkan sebelum jam 0800 pagi.." Baca Syabila sambil memandang perkataan yang tertera pada sebelah kertas itu.

Geng N. A. S. A pun lantas melihat jam tangan mereka, jam tangan mereka menunjukkan sudah jam 0759 pagi.

Anis yang terasa panik terus berlari sambil berkata, "Alamak! Kita sudah lewat! Cepat korang, kita tidak tahu apa akan jadi jika kita lambat ke kelas pada hari pertama! "

Terus Geng N. A. S. A berlari lintang pukang dengan rasa panik yang teramat!

"Jumpa dekat Kafe nanti apabila kelas korang sudah tamat! " Kata Adhwa sambil berlari pecut. Geng N. A. S. A berlari pecut mengalahkan Atlet Sukan Larian Jarak Jauh Malaysia.

...

Setibanya Syabila di dalam kelas Bidang Pasukan Unit Gerak Khas, jam sudah menunjukkan tepat jam 0800 pagi. Penat dan lelah masih lagi tidak hilang, tekak juga berasa haus tetapi bagi menjaga masanya, Syabila menolak ketepi niatnya yang ingin meminum air sebentar lalu Syabila mengambil langkah lalu dengan lafaz Bismillahirohmanirrohim, Syabila membuka langkahnya dengan dimulai kaki kanannya masuk ke dalam kelasnya yang dipanggil Dewan Kuliah.

Apabila Syabila melangkah masuk ke dalam Dewan Kuliah itu kelihatan seperti  Mentornya, Tuan Muhkriz dan seniornya Fawwaz sudah tersedia berdiri di hadapan papan putih dengan menampakkan riak muka yang tegas lagikan ganas memandang ke arah Syabila.

Syabila memberanikan dirinya lalu berjalan menghampiri mereka berdua dan menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.

"Kenapa lambat? "Tanya Mentor Muhkriz kepada Syabila sambil membuat riaksi muka bengisnya.

"Sa.. Saya..tak lambat pun...err..tuan? Eh,pensyarah.?" Jawab Syabila sambil tergagap sedikit. Syabila masih lagi menundukkan mukanya, dia tidak sanggup memandang muka Tuan Muhkriz yang tampak seperti Gangster besar di Akademi ini.

"Cuba kamu lihat jam tangan kamu? Sekarang sudah jam berapa? "Tanya Mentor Muhkriz kepada Syabila.

Tanpa berlengah lagi, Syabila terus melihat ke arah jam tangannya yang berada di pergelangan tangan kirinya. Selepas melihat beberapa saat pada jam tangannya itu, lalu Syabila pun mengangkat mukanya sedikit memandang ke arah muka mentornya itu lalu menjawab sambil ketakutan, "Jam 0880 pagi. Bukankah di papan info itu tertulis perlu berada di kelas mengikut bidang masing-masing sebelum jam 0800 pagi? Mengapa Tuan..maksud saya, pensyarah, kata saya lambat? "

"Fawwaz, tolong terangkan kepada junior baru kita ni masa yang perlu tiba di kelas yang sepatutnya." Kata Mentor Muhkriz sambil memberi arahan kepada Fawwaz.

"Baiklah, Tuan!"Kata Fawwaz dengan bertenaga! Dia pun mengangguk laju sebanyak tiga kali sebelum mengalihkan pandangannya ke arah junior barunya itu.

"Tadi awak cakap, mesti berada di kelas ini sebelum jam 0800 bukan?" Tanya Fawwaz sekali lagi kepada Syabila sambil memandang mukanya dengan riaksi ganas seakan-akan seperti orang kanan Ketua Gangster besar di A.P.D.A ini.

Syabila menjawab sepintas lalu, "Ya.. Betul.."

"Dia tertulis di atas kertas itu, sebelum jam 0800 pagi, bukannya tepat jam 0800 pagi!" Fawwaz menjerit di telinga Syabila dengan sekuat hatinya. Fawwaz tidak peduli mengenai perasaan orang lain malah lebih suka membuli junior baharu di sini.

Lantas Syabila berdiri sejauh satu meter daripada Fawwaz dan Mentor Muhkriz.

"Tidak perlulah menjerit di telinga saya begitu! Kalau pekak telinga saya macam mana?! " Marah Syabila kepada Fawwaz.

"Kamu masih tak faham etika di dalam bidang ini, jelas sekali masih banyak yang perlu kamu pelajari. Sebab itulah, saya sudah membuat keputusan untuk satukan kamu dan Fawwaz sebagai satu pasukan. Tiada bantahan! Tiada penjelasan lagi! Sekarang duduk di tempat kamu, saya akan berikan satu tugasan sempena minggu Orientasi pertama kamu di sini! " Kata Mentor Muhkriz kepada Syabila dengan nada tegas dan penuh dengan disiplin.

"Sekejab, saya dan Fawwaz.. "

"Satu pasukan?

"Biar betul Tuan ni?!! "

"Itu satu cadangan yang.. "

"Kurang bagus.. Saya lebih rela jalankan tugasan ini berseorangan daripada perlu bersama dengan dia! " Kata Syabila sambil menunding jari ke arah Fawwaz.

"Eh, awak ingat saya nak sangat ke satu pasukan dengan awak?" Jeling Fawwaz kepada Syabila.

"Hmp! Tak ingin saya nak bekerjasama dengan awak!" Balas Syabila kepada Fawwaz dengan pandangan tajamnya.

"SUDAH! " Mentor Muhkriz memukul mejanya dengan tangan kirinya dengan kuat sekali sehingga mampu membuatkan salah satu lampu di dalam bilik itu meletup.

"Saya cuma akan cakap sekali sahaja, Syabila dan Fawwaz adalah satu pasukan! Saya akan memantau kamu berdua sekali. Keputusan saya muktamat! " Kata Mentor Muhkriz sambil memandang riaksi orang yang sedang marah tepat ke dalam mata Syabila dan Fawwaz.

...

"Awak ini kan, harap je ayah Komander Maritim, tetapi anak tidak pandai menguruskan masa dengan baik! " Jerit Afiq di sebelah telinga Anis.

Terus Anis menjauhkan diri darinya lalu mengambil sebatang penyapu yang digangtung dengan teratur di bahagian belakang penjuru Dewan Kuliah lalu dipukulnya pada bahu Afiq, tetapi Afiq sempat mempertahankan dirinya dengan menghalang serangan Anis dengan menggunakan sebatang penyodok yang sudah bersiap sedia di tangan kirinya.

"Ingat saya ini senang diserang ke? Saya ini bekas Ahli Taekwondo tali pinggang hitam level master tahu! " Kata Afiq kepada Anis dengan muka berlagaknya.

"Eleh, setakat Taekwondo itu apalah sangat, Anis ini Ahli Kung Fu level Master tahu! Sekali Anis Kung Fu awak, terus awak koma tiga bulan masuk 'ICU.' " kata Anis sambil menjeling Afiq.

"Sudah lah itu kamu berdua! Duduk di tempat kamu sekarang! " Jerit Mentor Aqasha dengan perasaan marah sekali.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now