"Siapa dia sebernanya Tuan? " Tanya Anis kepada Aqasha sambil memandang ke wajah mentornya.
"Nama dia Muiz, bekas pelajar Akademi ini. Tetapi disebabkan tindakan dia yang telah melampaui batasan sebagai seorang pelajar Akademi, kami terpaksa buang dia dari Akademi." Jelas Aqasha kepada Kedua-dua anak didiknya.
"Bekas?" Bisik Anis kepada Afiq.
"Yer lah, bekas pelajar. Jangan awak ingat bekas 'Tupperware' itu pula?" Sindir Afiq kepada Anis.
"Tawaran saya masih lagi berjalan, jika kamu berdua mahu, panggil sahaja nama saya." Kata Muiz kepada Anis dan Afiq sambil membuat gaya cara orang bernama.
Perasaan Aqasha semakin marah, tahap kemarahannya sudah mencapai tahap kemuncak! Aqasha mengacukan pistol ke arah Muiz lalu menembaknya. Muiz sempat mengelak lalu berlari menuju ke arah Aqasha.
"Kau tak setanding aku Qasha, aku lebih kuat berbanding dahulu!" Kata Muiz sambil berlari menuju ke arah Aqasha.
"Kita mesti tolong Tuan, Afiq! " Jerit Anis kepada Afiq sambil berlari menuju ke arah Muiz yang sedang berlari ke arah Aqasha.
Afiq masih lagi terkaku seperti sudah terpukau. Dia masih memikirkan tawaran yang diberikan oleh Muiz sebentar tadi.
Muiz lantas menyerang Aqasha, tetapi terus dihalang oleh Anis dengan menggunakan tali yang begitu besar yang digunakan oleh tentera Laut Maritim sebagai Tali mengikat bot penyelamat yang seberat lima ekor gajah.
Walaupun tinggi dan berat Anis sedikit, tetapi kekuatan dalamannya kuat seperti seekor kerbau yang gagah perkasa.
"Saya tak tahu apa awak nak sebernanya tetapi jika ia berkaitan Tuan Aqasha, ia berkaitan dengan kami juga! " Kata Anis dengan rasa marah. Terus Anis meyerang Muiz menggunakan tali yang berat itu. Muiz sempat mengelak tetapi dihalang oleh Aqasha. Aqasha terus menumbuk muka Muiz. Muiz jatuh tersungkur dan rebah di atas dek kapal Laut Perang Tentera Laut Maritim. Pipi kirinya tembam kemerahan setelah dipukul oleh Aqasha.
Tempat Aqasha rebah di atas dek kapal itu berdekatan dengan kedudukan Afiq yang masih berdiri terpaku seperti patung bernyawa.
Lantas Muiz memandang Afiq dengan senyuman dan pandangan jahat lalu berkata, "bayangkan Afiq, kau tidak perlu belajar lagi, kau bebas melakukan apa sahaja yang kau mahu. Apa yang kau inginkan juga akan dapat dalam sekelip mata. Kau cuma kena ikut kami, sertai kami. " Kata Muiz kepada Afiq.
Afiq masih lagi terkaku memikirkan tawaran Muiz. Sememangnya itulah angan-angan yang sudah lama diidamkan olehnya sejak azali lagi. Tetapi apakan daya, jadual hariannya sentiasa padat yang diaturkan oleh ibu bapanya. Setiap masa dia perlu menghadiri pelbagai kelas seperti kelas bermain alat muzik Gitar, kelas Tuisyen keseluruhan subjek, kelas memasak menjadi chef, pertandingan 'Junior Chef Champion ", dan banyak lagi kelas dan pertandingan yang perlu Afiq pergi atas kehendak ibu bapanya. Walaupun Afiq pernah menyatakan pendapatnya, ibu bapanya tidak pernah mendengar apa-apa yang Afiq katakan, apa yang mereka tahu, Afiq perlu ada pelbagai bakat. Walaupun dia sudah berasa rimas dengan kesemua kelas itu sehinggalah kini.
"Fikirkanlah... "Kata Muiz kepada Afiq.
Anis tidak dapat mengawal pergerakan tali yang berat itu lalu dengan lajunya hujung tali yang panjang itu terkena tepat kepada muka Afiq. Terus Afiq terpelanting jauh sehingga tercampak ke dalam laut.
"Afiq! Alamak apa aku dah buat ni? " Kata Anis sambil berlari ke arah tepi dek kapal untuk mencari kelibat Afiq.
"Hahahahahahaha, Aku pergi dulu. Fikirkanlah Anis... Fikirkan kebaikannya! "Kata Muiz kepada Anis. Dengan Sekejab sahaja terus Muiz lesap dari pandangan mereka. Pintu yang ditutup raoat tadi Tiba-tiba telah dibuka oleh beberapa orang Tentera Kapal Laut Perang Maritim.
"Tuan ok?" Tanya salah seorang tentera Maritim itu sesudah berjaya membuka pintu yang berat lagikan kukuh itu.
"Cepat arahkan tentera kamu untuk lakukan operasi menyelamat dan menyelam! Anak didik saya semakin jauh kedalam laut!" Kata Aqasha sambil arahkan tentera kapal itu untuk menyelamatkan Afiq.
Aqasha terus membuka 'suit' nya lalu terus menyelam ke dalam laut.
"Afiq, bertahanlah... " Kata Anis sambil berdiri di beranda kapal perang ini, dia begitu risau akan rakannya yang terjatuh ke dalam lautan dalam yang luas itu.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AventuraSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...