"Wahh, tempat apa ini?" Tanya Syabila yang sedang melihat keliling tempat itu dengan penuh kagum.
"Kalau kau nak tahu, inilah markas rahsia untuk pelajar dan mentor bidang UNDERCOVER." Terang Fyfy kepada Syabila.
Markas Rahsia itu terletak betul-betul di bawah kedudukan Akademi A.P.D.A. Markas itu dilengkapi dengan pelbagai perinsian teknologi terkini yang sudah di 'upgreat' sepenuhnya.
Pelajar yang memasuki bidang UNDERCOVER ini ialah mereka yang datang dari pelbagai buah Negara, Negeri dan Daerah yang berlainan.
"Sekejab, bukankah tempat ini tidak boleh dimasuki oleh sebilangan orang?" Tanya Syabila sambil memandang Fyfy
"Betul tu, tetapi jika kita menjadi pelajar di sini, sudah semestinya kita dapat masuk." Jelas fyfy sambil menekan-nekan butang yang berada di sebelah kanan pintu masuk ke ruangan utama. Tiba-tiba muncul satu sinaran pengimbas untuk mengenal pasti identiti seseorang sebelum dibenarkan masuk ke ruangan utama. Selepas tamat pengimbasan identiti, pintu tersebut terbuka dan mereka dibenarkan masuk ke dalam.
"Canggihnya tempat ini! Berapa lama kau sudah berada di sini?" Tanya Syabila dengan kehairanan.
"Baru sahaja tahun ini, tetapi aku masuk lebih awal daripada korang semua." Jawab Fyfy.
"Fyfy, diakah orangnya yang kamu ceritakan tadi?" Tanya Seniornya, Qayyum.
"Ya." Jawab Fyfy.
"Bukan awak kata semuanya ada lapan kah? Dimana lagi tujuh?" Tanya Qayyum.
"Err..saya lihat tadi mereka dibawa oleh Ejen Kumar. Tetapi saya tidak tahu kemana mereka dibawa." Jawab Fyfy.
"Eh, kau pun ada dekat sini?" Tanya Syabila dengan rasa terkejut melihat Qayyum, kawan sekolah menengah tingginya.
"Yer lah, jangan ingat kau seorang sahaja yang layak masuk sini. Aku sepuluh kali ganda lebih layak tahu?" Kata Qayyum dengan rasa bangganya.
"Bila masa aku cakap macam tu?" Balas Syabila dengan sedikit marah.
"Sweetlah aku tengok korang dua ini, asal jumpa je mesti gaduh." Kata Fyfy yang dari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja.
"Macam ini kau boleh kata sweet?! " Kata Qayyum dan Syabila serentak.
"Apa yang korang bualkan itu, hah?" Tanya Ejen Kumar yang dari tadi hanya memerhati sahaja gelagat Fyfy, Qayyum dan Syabila.
"Tuan!" Kata mereka bertiga serentak sambil berdiri tegak seperti dalam kedudukan berkawad sedia, mereka meletakkan tangan kanan mereka ke bahu kiri mereka lalu menunduk hormat.
Di belakang Ejen Kumar ialah ketujuh-tujuh kawan Syabila iaitu daripada Geng N.A.S.A dan Geng F.A.H.A.
"Korang pun ada dekat sini?" Tanya Syabila dengan rasa semakin pening kepala.
"Sepatutnya kitorang yang cakap macam itu." Cakap Anis.
"Semua orang sudah ada, ikut saya." Arah Ejen Kumar kepada pelajarnya.
"Syabila, ini hang punya." Serah tiga barang buatan Nurin kepada Syabila.
"Terima Kasih." Balas Syabila.
Syabila pun memakai kaca mata putih itu beserta jam tangan di tangannya, manakala corection tape diletakkan di dalam poket seluar kirinya.
"Wahh, bergayanya korang semua! Aku nak juga boleh?" Tanya Qayyum kepada ketujuh-tujuh pelajar itu.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...