BAB 27: KACAU DAUN

91 14 10
                                    

Kesemua Geng F.A.H.A mengenakan pakaian mereka dengan suit hitam, kemeja putih serta bow tiy berwarna merah meroon.

Geng N.A.S.A pula mengenakan pakaian mereka dengan baju kurung tradisional ala-ala perempuan Melayu terakhir.

Muka mereka berlapan masing-masing ternganga melihat pasangan masing-masing yang tampak sungguh bergaya.

"Astarfirulallah, jaga mata...jaga mata..." Kata Afiq perlahan sambil menampar-nampar mukanya perlahan.

"Bergayanya korang semua!" Puji Harraz kepada kesemua kawan-kawannya.

"Eh, mestilah..! Tengoklah Geng mana...?" Kata Syabila. Kesemua ahli Geng N.A.S.A pun membuat muka berlagak sekejab.

"He eleh, Kitorang pun bergaya apa." Kata Ashyraf kerana tidak dapat menerima kenyataan.

"Ok ok, sebelum kita berpisah, jom ambik gambar kenang-kenangan!" Kata Fawwaz sambil mengeluarkan monoport nya berserta kamera Telefonnya untuk mengambil gambar kenang-kenangan.

"Wuish, siap ada monoport lagi.." Kata Syabila kepada Fawwaz.

"Mestilah! Kata Adhwa, sediakan monoport dahulu sebelum kamera telefon." Kata Fawwaz sambil mereka-reka peribahasa.

"Eh eh, bila masa Adhwa cakap macam tu hah?!!" Kata Adhwa sambil mencekak pinggangnya.

"Dah dah, jom lah kita selfie! Senyum semua!!!" Kata Fawwaz sambil memegang monoport nya. Mereka semua pun berhimpit-himpit mahu kelihatan di dalam gambar tersebut.

"1..2..3!" (KCAK! KCAK! KCAK!)
bunyi Kamera Telefon Fawwaz.

"Ok, sekarang berpasangan pulak!" Kata Fawwaz dengan penuh rasa teruja.

"Adhwa dengan Asyhraf dulu!" Jerit kesemua ahli Geng N.A.S.A serentak.

Terus muka Adhwa kemerahan tanda malu..begitu juga dengan Asyhraf.

"Ok! Korang dua rapatlah sikit!" Kata Fawwaz sambil mengarahkan mereka berdua.

"Adhwa, jangan rapat sangat ya..? Nanti kahwin kang baru tahu." Kata Anis sambil memerli Adhwa.

Ahli Geng N.A.S.A dan F.A.H.A yang lain memandang muka Adhwa dan Ashyraf dengan pandangan mata gatal. Itu membuatkan pasangan itu tunduk malu.

"Ok, ready...1..2...3!"
(KCAK! KCAK! KCAK!)

"Ok, next Anis dan Afiq!" Jerit Fawwaz kepada Anis dan Afiq.

"Wuhh..dah pandai eh jadi Mr.PHOTOGRAPHER..." kata Afiq kepada Fawwaz.

Afiq dan Anis pun berdiri dihadapan kamera kedudukan Fawwaz.

"Eh...itu puji ke perli..?" Tanya Fawwaz kepada Afiq sambil membuat muka tidak puas hati.

Selain itu, ahli Geng N.A.S.A dan F.A.H.A yang lain memandang Anis dan Afiq dengan pandangan muka gatal.

"Janganlah pandang kitorang macam tu..!" Kata Anis sambil tertunduk malu disebabkan usikan kawan-kawannya.

"Ready! 1...2....3!"
(KCAK! KCAK! KCAK!)

"Next! Nurin dan Harraz!" Jerit Fawwaz dengan kuat. Jeritannya mengalahkan Skuad Leader Kawad Kaki Kadet Polis SMK Bandar Rinching!

"Tak apalah, korang je lah tangkap gambar, aku duduk tepi je.." Kata Nurin sambil duduk di bangku hadapan lobi Akademi.

"Hello, ini abang Nurin ke? Ah, ya! Saya nak bagitahu sesuatu ni..." Kata Harraz ketika membuat panggilan telefon dan menalefon abang Nurin sambil memandang muka gatal campur berlagak ke arah Nurin.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now