BAB 41:OPERASI MENYELAMAT.

91 14 2
                                    

Sewaktu kes kejar-mengejar itu, mereka tidak perasan bahawa dua pasangan daripada Skuad Undercover sedang memerhatikan pergerakan dan tingkah laku mereka sejak tadi.

"Qayyum, jom ikut mereka." Kata Fyfy sedikit perlahan kepada Qayyum, namun langkahnya terus terhenti apabila Qayyum menghalang pergerakan Fyfy dengan meletakkan tangan kirinya di hadapan Fyfy.

"Ingat, kita hanya ditugaskan untuk memantau serta melaporkan setiap pergerakan mereka kepada Ejen Kumar, tak lebih dan tak kurang daripada itu." Kata Qayyum dengan jelas sambil memandang wajah Fyfy.

"Ish, kalau diorang berada dalam bahaya, macam mana? Diorang tu kan kawan kita." Balas Fyfy kepada Qayyum yang terlalu mengikut arahan SOP (Standard Operation Prosedur) Skuad Undercover.

"Ada saya kisah? Itu bukan masalah saya." Kata Qayyum dengan sedikit berlagak kepada Fyfy.

"Qayyum!"

"Apa? Nak merajuk? Hah, pergilah! Ingat dengan buat muka sepuluh sen tu saya akan ubah fikiran?" Balas Qayyum dengan nada sedikit marah.

"Hmmp! Saya tak kira, saya akan pergi ke sana juga! Awak tak boleh halang saya!" Kata Fyfy cuba melarikan diri daripada Qayyum namun Qayyum sangat pantas dalam menyekat pergerakan seseorang. Dia antara Ejen muda paling tangkas  diantara ejen muda yang lain.

"Ish, ketepilah Qayyum!"

"Jom balik ke Markas."

"Tak nak!"

"Degil betullah budak ni, nak saya dukung awak ke sana ke?"

Selepas mendengar kata-kata amaran daripada Qayyum itu, terus Fyfy terkaku lalu mengelengkan kepalanya berkali-kali sambil menundukkan kepalanya ke tanah.

"Hah, macam ini kan bagus. Senang kerja saya." Kata Qayyum sambil tersenyum riang. Senyumannya mampu memukau sesiapa yang melihatnya namun hanya 60 peratus sahaja berkesan kepada Fyfy.

"Tengok, itu Qayyum!" Jerit Fatimah, salah seorang pelajar A.P.D.A jurusan Robotik.

Terus satu gerombolan peminat tegar Qayyum datang berlari ke arah Qayyum dengan pantasnya.  Qayyum berasa dirinya terancam lalu dipegangnya tangan kiri Fyfy lalu berlari bersamanya menuju ke arah Markas Undercover.

"Ish, apa ni Qayyum? Lepaslah! Haram tahu tak pegang tangan perempuan yang bukan mahram!" Jerit Fyfy sambil memukul tangan kanan Qayyum yang memegang dengan erat tangan kiri Fyfy.

Qayyum memegang tangan kiri Fyfy dengan dialas lengan baju tangan Fyfy yang sedikit labuh. Qayyum juga memakai sarung tangan getah putih setiap masa untuk langkah berjaga-jaga seperti ini. Bukan sahaja Geng F.A.H.A yang dianggap terkenal dan popular, malah tanpa disedari, Qayyum juga menjadi tumpuan pelajar di sana terutamanya pelajar perempuan.

"Ish, saya jerit nanti! Lepaskan tangan sayalah!" Jerit Fyfy meronta-ronta ingin tangannya dilepaskan.

"Bisinglah awak ni! Nanti saya kahwin dengan awak baru awak tahu!" Tanpa disedari, Qayyum telah melontarkan kata-kata itu, tidak terlintas pun di dalam fikirannya mahu berkata begitu kepada pasangan seunitnya, Fyfy.

Fyfy yang mendengar kata-kata itu terus terdiam, wajahnya mula tampak kemerahan. Dia tidak mampu mahu berkata apa-apa, dia sendiri terkejut mendengar kata-kata Qayyum itu.

"Maaf." Hanya perkataan itu sahaja yang keluar daripada mulut Qayyum.

.....

"Muiz! Muiz! Dimana awak?!" Jerit Anis sambil memanggil-manggil nama itu.

"Anis tunggu, adakah awak rasa ini tindakan yang betul?" Tanya Syabila sambil menarik tangan kiri Anis.

AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)Where stories live. Discover now