"Tuan, izinkan saya ke tandas! Saya sakit perut!" Kata Syabila kepada mentornya Muhkriz.
"Baiklah, kamu boleh pergi." Kata Muhkriz. Syabila pun berlari ke arah Tandas berdekatan Dewan.
"Tuan tandas! Kami sakit Perut!" Jerit Fawwaz dan Ashyraf serentak.
Terus satu padang A.P.D.A dihuni bunyi gelakan seperti ungkapan ayam sebiji telur bertelur, riuh sekampung.
"Apalah korang ni...Tuan tandas?" Kata Anis sambil memerli Fawwaz dan Ashyraf sambil tergelak kecil.
"Ada yang nak kena bagi kerja rumah yang banyak ni kang.." Kata Akim kepada Fawwaz dan Ashyraf.
"Maafkan kami Tuan! Izinkan kami ke tandas!" Kata Fawwaz dan Ashyraf serentak.
"Itu baru betul, dah pergi cepat." Kata Akim kepada Fawwaz dan Ashyraf.
"Terima kasih Tuan!" Kata mereka serentak.
Fawwaz dan Ashyraf berlari menuju ke arah tandas Dewan perhimpunan.
Selepas beberapa minit mereka bertiga pergi ke Tandas, Nurin, Afiq dan Harraz telah tiba di padang A.P.D.A.
"Ai, Afiq? Bila awak muncul?" Tanya Nurin sambil berbisik.
"Aku pergi beli kek spesial dialah, lupa pula nak beli. " Bisik Afiq kepada Nurin.
"Oi, bisik apa tu?" Tanya Anis dengan rasa curiga sedikit. "Sejak bila korang dua rapat hah?"
"Eh, mana ada! Aku..." Kata-kata Nurin terhenti seketika ketika mentor Nurin, iaitu Akim memanggil namanya dan Ashyraf.
"Baiklah, disebabkan kamu berdua lambat, kamu berdua yang akan lakukan ujian ini terlebih dahulu..cepat!" Kata Akim dengan suara tegasnya.
"Baik Tuan!" Jerit Nurin dan Harraz serentak.
...
*Di Dalam Dewan Perhimpunan*Tertulis sebuah perkataan di atas Bunting yang sudah siap dihias dan digangtung di atas pentas dewan.
'SELAMAT HARI LAHIR NURUL ANIS ALISA YANG KE-18!🥳'
"Syabila, tolong sapu dekar bahagian tu." Kata Fawwaz sambil menggangtungkan belon berwarna warni di atas setiap pelosok di dalam Dewan itu.
"Ok." Balas Syabila. Dia pun menyapu di setiap pelosok dewan tersebut.
Selepas beberapa minit, akhirnya siap juga.. Keadaan di dalam Dewan itu dipenuhi dengan perhiasan parti hari jadi.
Fawwaz, Syabila dan Ashyraf terduduk di belakang dewan kerana kepenatan yang teramat sangat.
"Bertuahnya Anis ada kawan macam korang, ingat hari jadi dia siap rancang buat parti pulak tu." Kata Fawwaz gaya orang cemburu.
"Hahahaha, Well, That's what friends do. " Kata Syabila dengan gelakan sedikit.
"Eh, dah pukul berapa dah ni? Kita kena cepat tiba di padang sekarang!" Kata Ashyraf.
"Alamak...mesti kena marah dengan Tuan Muhkriz lagi..." Kata Syabila. Dia mula mengimbas kembali kenangan saat dia dimarahi oleh mentornya pada hari pertama lambat tiba di kelas.
Mereka bertiga pun mula berlari ke arah padang A.P.D.A.Fawwaz mula memesej di dalam 'Group Birthday Party For Anis'.
YOU ARE READING
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.)
AdventureSINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkait...