Bab 1

10 0 0
                                    

"Macam mana? Setuju?"

Aku merenung wajah Jun yang masih menanti jawapan dengan penuh harapan. Sesekali, dia mengigit bibirnya tanda gelisah. Ish, comelnya! Kang aku pulak yang gigit kang! Sabar, Mir, sabar....

"You think you boyfriend will buy it?"

Jun menyandarkan badannya di kerusi. Tangan disilang dan susuk tubuh aku diteliti dari atas ke bawah, seperti meneliti kualiti barang yang sedang hangat di pasaran... cellemak!

"Well, I know I'm convinced," katanya sambil tersenyum nakal. Esh, jangan goda-goda, dek! 'Abang' dah sedia tergoda nehh...

"Itu you. Your boyfriend might know better," balasku, masih jual mahal. Harga minyak lagikan melonjak, inikan pulak harga manusia. Aku ni lengkap segala organ tau! Kalau jual satu organ, boleh dapat beribu-ribu...

Tapi kalau jual hati? Ahhh... itu tak ternilai harganya... 

"Kalau dia tau pun..." kata Jun sambil menyilangkan kaki, sekaligus memendekkan lagi skirt yang dah sedia pendek tu... Perghhhh, gebunya! Kalah paha ayam KFC! Tergugat benteng keimanan aku yang memang tak berapa nak kukuh ni.

Fokus, Amir... Fokus!

"Lagi bagus," sambungnya. "Tercabar sikit kelelakian dia,"

"Good point. Hmm... Beauty with brain. I like!"

"Well?" tanya Jun lagi. "Okay tak ni?" nadanya sedikit merengek. Alalalala... manjanya...

"I have some ground rules," tegasku. Chewah! Macamlah aku ni gigolo yang biasa ditempah.

Gigolo tu tidaklah. I am but humble player. Kalau dah namanya player, ada satu perkataan yang cukup digeruni - komitmen. Memandangkan apa yang bakal dipersetujui dengan Jun ni adalah satu perjanjian, dan perjanjian tu amat sinonim dengan komitmen... Maka aku harus memastikan kaki aku tak tersepit dalam perangkap.

"Name your terms," Jun mendekatkan wajahnya kepada aku sambil menongkat dagunya yang runcing. Hmm... sepet mata Jun ni. Tak macam mata Leya yang bundar... tak macam mata Raina yang redup. Takpe... sepet itu menawan!

"If we go out on dates, I'll choose the place," aku menyatakan syarat pertama.

"No hal," balas Jun dengan serta-merta. Hehe... kalau aku bawak pergi mamak ke, pasar malam ke... nasib ko lah Jun.

"Kalau pergi mana-mana, pakai kereta I. Tapi minyak you tanggung."

Kali ni dahi Jun berkerut. "Kalau macam tu, baik pakai kereta I je!"

Aku tersenyum sinis. "I pun nak jaga reputasi I jugak. Takkan nak ke hulu ke hilir pakai kereta you? Tak standard la. You nak ke orang cakap yang skandal baru you ni sekadar toy boy?"

"Tapi..."

"Kenapa? Tak biasa naik kereta murah?" perli aku. Hai Jun... baru syarat kedua dah tak sanggup? Belum dengar syarat ketiga lagi...

"Bukanlah!" Jun membantah. "Kereta Vios I tu takdelah huduh sangat. Walaupun tak setanding dengan RX8 you tu," kataku lagi. Eleh, semantap mana pun RX8 ko tu, tetap duit mak bapak! Vios ni aku pakai duit sendiri tau!

"Bukan macam tu lah! Serious, I tak kisah!" kali ni Jun benar-benar membantah.

Aku senyum je. Maintain...

"Third of all," kali ni mendekatkan muka aku pulak kepada Jun. Aku renung matanya, sehingga muncul rona merah di pipinya yang bukan diakibatkan oleh blusher Revlon-nya tu.

"This is not exclusive,"

"Meaning?"

"Meaning, my dear, I'm allowed to see other people," aku menjelaskan dengan senyuman sengetku. Yang bak kata Fara, bisa buat dia tak tidur malam (tak tahulah aku kalau maksudnya senyuman aku menawan ataupun dia memang ada insomnia).

Kali ni, kekesalan di wajah Jun lebih ketara. "Mana boleh macam tu! Kalau boyfriend I ternampak you berfoya-foya dengan girl lain, malu lah I," Jun mencebik bibirnya yang ala Drew Barrymore tu.

Heh! Sorry aa... kontrak belum sign, merajuk-merajuk ni aku tak layan!

"Your boyfriend and I don't run in the same circle. Lagipun tu pandai-pandai I lah... you tak payah nak risau," aku cuba meyakinkan, namun wajah Jun masih teragak-agak.

Takpe Jun, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Aku layan ko macam tuan puteri nanti... Tengoklah...

"Jadi, I pun boleh date dengan orang lain lah kalau macam tu," dia menguji.

Aku mengangkat bahu. "Terserah," balasku ringkas.

Bagi aku seminggu je Jun... ko takkan terbayang pun orang lain dah lepas tu...

"So? You're in?" kali ni giliran aku pulak menunggu jawpaan daripada Jun.

Jun memandang aku dengan matanya yang menawan. Kemudian dengan senyuman yang manis, dia berkata, "Yep! I'm in!"

Dan bermulalah satu episod baru dalam hidup aku. Episod yang aku sangkakan sama seperti episod-episod aku sebelum ni bersama Leya, Raina, Fara, Sharon dan ramai lagi...

Siapa sangka episod kali ni jauh berbeza... dan perjalanan hidup aku bakal berubah landasannya....


KELABU (Novel)Where stories live. Discover now