Kiara seorang pembunuh upahan yang tiada belas kasihan dan emosi seorang manusia. Dia bekerja dengan syarikat Luna dan mempunyai kisah silam yang pahit. Dia menjalankan misinya seperti biasa. Mengumpul duit dengan membunuh sasarannya. Apabila dia ditawarkan bayaran yang lumayan untuk membunuh pembunuh dari syarikat Eclipse iaitu pesaing Luna, dia mula sedar ada sesuatu yang dia tidak tahu tentang kisah silamnya. Semasa dia menjalankan misi untuk membunuh King, dia bertemu dengan Evan, seorang bodyguard. Dunia Kiara menjadi tunggang langgang disebabkan bodyguard itu. Semua rancangan misinya sudah tidak teratur. Dia patut bunuh sahaja mereka yang menghalang misinya. Tetapi musuh Kiara tahu tentang kematian ibu bapanya secara terperinci. Itu ke sebabnya Kiara tidak mahu bunuh Evan atau Kiara sudah mula mempunyai perasaan? Bulan dan matahari tak mungkin bersama. Betulkah? Amaran: Ganas Cover by : @EmeraldAurora #1 Adventure (6/11/19)