Bab 53 Amaran Hanif

2.4K 118 71
                                    

Laila Azwa bangun seawal pagi. Dia masih merasa sengal pada bahu dan punggungnya kesan jatuh malam tadi. Nasib baik tidak memberi kesan pada kandungannya. Malah Laila Azwa pun sudah terlupa yang dia sedang mengandung. Mungkin kerana alahannya cuma muntah bila terbau wangi sabun mandi sahaja. Lain-lain alahan dia tiada. Atau mungkin kerana perutnya belum jelas kelihatan . Lagipun ini kali pertama dia hamil, ditambah pula dengan kesibukan mengurus rumah dan suami yang degil dan ibu mertua yang sama degil. Jadi Laila Azwa tidak sempat memikirkan kandungannya.

Dia turun ke bawah untuk solat subuh. Lebih selesa solat di bilik bawah yang diduduki sebelum ini. Lagipun dia tidak mahu mengganggu Hanif yang sedang tidur.

Bertembung dengan Encik Marzuki di tangga.

"Hanif dah bangun solat ke Laila?"

"Belum ayah.... dia tidur lagi." Sebenarnya Laila Azwa takut untuk kejutkan Hanif di awal pagi. Pengalamannya menjaga Hanif di wad, dia masih ingat sumpah seranah Hanif. Ada sahaja yang tidak kena dengan lelaki itu.

"Ooo ye ke, tak pe lah. Nanti ayah kejutkan dia. Ni Laila nak ke mana?"

"Errr saya nak solat kat bilik bawah, ayah ."

"Ohh... kalau macam tu pergilah solat. Biar ayah yang bantu Hanif untuk bangun solat,"

Selesai solat, Laila Azwa mula menyediakan sarapan seperti selalu. Dia tahu Encik Marzuki pasti akan bersarapan dahulu sebelum keluar bekerja.

"Laila masak apa pagi ni...?"

Muncul Encik Marzuki sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.

"Nasi goreng je ayah.... nasi malam tadi banyak."

Laila Azwa menghidangkan nasi goreng di atas meja.

"Laila jangan lupa bagi Hanif dengan ibu makan ubat ye. Kalau ada masalah telefon ayah. Satu lagi kalau tak daya nak bantu Hanif bergerak ke kerusi roda tu, panggil kak Suria. Laila tu mengandung, takut jadi apa-apa pula."

"Baik ayah...."

Setelah siap bersarapan , Laila Azwa bersalaman dengan Encik Marzuki. Selepas itu Encik Marzuki keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

Laila Azwa pula mula menghidangkan sarapan untuk dibawa ke bilik atas untuk Hanif makan. Dia juga telah menyediakan bubur untuk ibu mertuanya.

Dia membawa makanan untuk suaminya terlebih dahulu.  Pintu bilik diketuk. Tiada sahutan dari Hanif , Laila Azwa menolak daun pintu bilik itu perlahan. Apabila menolak pintu bilik itu terpandang Hanif yang sudah duduk bersandar di kepala katil berlapikkan dua biji bantal. Sudah kelihatan segar, mungkin Encik Marzuki membantu Hanif ke bilik air agaknya. Hanif kelihatan leka dengan telefon.

"Encik.... makan ye. Saya buat nasi goreng aje ." Laila Azwa meletakkan talam berisi nasi goreng dan segelas susu suam di meja sisi katil itu.

Hanif seolah-olah tidak pedulikan pun kata-kata Laila Azwa. Macam dia tidak wujud sahaja di bilik itu.

"Encik,  makan ye encik. Lepas ni nak kena makan ubat..." Laila Azwa mengingatkan Hanif lagi.

Hanif mengalih pandangan ke wajah Laila Azwa, seolah terganggu dengan ajakan makan itu.

"Ehhh kau ni, letak je la kat situ. Aku ada tangan, aku lapar nanti aku makan. Dah, kau keluar dari bilik ni. Menyemak je mata aku  tengok kau. Keluarrr...." Hanif bersuara kasar dengan renungan tajam penuh kebencian.

Tersentap hati Laila Azwa di awal pagi itu. Bukan semakin lembut hati Hanif, malah semakin nampak akan kebencian di mata lelaki itu pada dirinya

Tanpa kata, Laila Azwa mengundurkan diri dari bilik itu. Hatinya walang.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now