Bab 8 Laila Azwa Lepas dan Bebas

2K 108 71
                                    

Lagu Tiada Tangis Lagi...

Selesai makan mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Memasuki negeri Selangor kelihatan jalanraya bersimpang siur, atas dan bawah ada jalan, kiri dan kanan pun ada jalan. Jika tersalah ambil jalan, untuk kembali ke pangkal jalan, memang jauh. Bangunan tinggi mula kelihatan. Banyak batu dari pokok.

"Wahhh... banyaknya bangunan abang , tinggi- tinggi pula tu..." omel Laila Azwa kagum dengan kepesatan bandaraya Kuala Lumpur.

Laila Azwa baru habis belajar. Keputusan tidaklah sebaik mana. Entah di mana silapnya hingga ayahnya kahwinkannya begitu cepat. Dia belum lagi puas menikmati alam remajanya seperti bercinta dan berjalan-jalan dengan kekasih serta menonton filem di pawagam. Semua itu dilarang oleh ayahnya. Kerana itulah jiwanya sering memberontak dan akhirnya itulah keputusan yang diambil untuk lepas bebas.

Ikram hanya tersenyum mendengar omelan Laila Azwa kekasih hati isteri orang. Sesekali tangannya meramas jari jemari isteri orang itu. Dalam hati terasa bersalah juga tapi rasa cinta membuat rasa bersalah itu hanyut entah ke mana.

"Rumah sewa kita tu kat mana abang ?"

"Dekat Subang Bestari. Ada satu flat kat situ. Tingkat satu. Sewa dia sebulan sembilan ratus," terang Ikram panjang lebar.

"Oo, mahal juga ye? Tak apalah, Laila ada duit dalam akaun bank Laila. Barang kemas pun ada. Nanti kita pergi jual ye?" kata Laila Azwa sambil menunjukkan beg  galasnya.

Ikram hanya mengangguk sambil memerhatikan beg galas itu. Dia cuba bayangkan barang kemas yang bernilai sepuluh ribu ringgit itu.

Ikram memandu masuk jalan ke Subang. Tidak berapa lama nampaklah papan tanda Subang Bestari. Sebuah Universiti tersergam di kawasan itu , Help University.

"Ehh, ada universiti la... Bolehlah Laila sambung  belajar..." Tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulut Laila Azwa.

Terkedu Ikram mendengar. Duit makan , pun belum tentu cukup, ini pula hendak belajar di pusat pengajian swasta. Mahu hari-hari makan maggie segera. Namun begitu Ikram berdiam sahaja membiarkan Laila Azwa tenggelam dalam angan-angan kosong.

Ikram membelok memasuki  pagar  flat sepuluh tingkat itu. Tersergam nama Pangsapuri Matahari. Dia memakirkan kereta dalam kotak parking yang tersedia ada.

"Abang, ini kereta abang  ke ?" Punyalah lama berada dalam kereta, baru sekarang Laila Azwa bertanya.

"Taklah... kereta sewa je... Nanti petang abang hantar balik kereta ni. Abang naik motor aje."

"Oo, okey... Mana rumahnya abang ? Jomlah, Laila rasa letih sangat ni. Mengantuk pun ada . Malam tadi Laila tak tidur pun."

Ikram rasa berdebar pula mendengar perkataan tidur itu. Dia mula membayang yang bukan-bukan. Berfikir dia, takkan Laila Azwa jenis yang bebas atau cepat menyerah walaupun belum halal. Adakah Laila Azwa sudah tidak suci lagi. Mana tahu Laila Azwa berlagak sebagai gadis kampung yang suci , padahal sudah ditebuk tupai.

"Jomlah, tu block A tingkat 1 . Naik tangga je, tak payah naik lif," ujar Ikram .

Laila Azwa mengekori Ikram. Tudung kepala sudah hilang. Tadi selepas keluar  dari RNR lagi dia sudah menanggalkan tudung hitam itu.

Menaiki tangga, menuju ke rumah yang hendak disewa. Memasuki rumah itu dan kelihatan perabut dan kelengkapan asas disediakan.

"Meja, dapur , peti sejuk dan kusyen yang ada dalam rumah ni adalah milik tuan rumah. Rumah ini tidak ada katil dan almari. Tapi tilam ada la. Bantal, abang dah beli minggu lepas. Dua biji je bantal abang beli. Cukup lah untuk kita berdua." kata Ikram.

Bulat mata Laila Azwa mendengar kata-kata Ikram. Kita berdua?

"Abang nak tinggal dengan Laila ke? Mana boleh. Kita kan belum kahwin." Pandai pula Laila Azwa bercakap.

"Laaa, abang ingat sayang nak duduk sekali." Ikram sengaja menyoal, untung sabut timbul.

"Tak manislah macam tu abang. Nanti kalau kena tangkap basah lagi teruk kita. Dia orang bawa kita pergi pejabat agama, bila dia orang selidik dan tahu rupanya Laila isteri orang. Hahh, kan lagi susah kita nanti." Panjang juga akal Laila Azwa.

Ikram terdiam. Ada benar juga kata-kata Laila Azwa.

"Ermmm, kalau macam tu , sayang rehat lah. Abang nak hantar kereta. Nanti malam abang datang bawa nasi untuk sayang makan. Ini kunci rumah untuk sayang. Satu set abang simpan. Nanti senang abang datang."

Laila Azwa mengambil set kunci itu dan membelek. Dia mencuba pula pintu grill dan pintu rumah. Selepas itu dia menyimpan ke dalam beg galasnya. Ikram masih lagi menunggu.

"Abang nak pergi, pergilah. Laila nak mandi dan rehat."

Ikram hanya tersengih dan malu.

"Errr, sayang... abang dah takde duit ni. Sewa kereta tu mahal juga. Boleh bagi abang lima ratus. Nanti abang nak beli nasi sayang lagi..."

Belum sampai sehari Ikram membawa Laila Azwa, dia sudah mula meminta duit.

"Ohh! " Apa lagi nak dikata oleh Laila Azwa. Dia terus meraba di dalam begnya. Kemudian mengeluarkan dompet duitnya. Lantas wang kertas seratus sebanyak lima keping dihulur tanpa ragu kepada Ikram.

Ikram mengambil sambil tersenyum senang. Ternyata Laila Azwa amat pemurah. Nampaknya hidupnya dalam lima bulan ini mungkin akan jadi orang senang sedikit, sementara duit dari Azwa masih ada. Dia mula memikir barang kemas yang dibawa oleh gadis itu.

Otaknya mula merencana sesuatu. Gadis dapat duit pun dapat.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Hanif Mikail pulang ke hotel penginapan mereka. Esok dia akan memindahkan ibunya ke hospital di Selangor bagi memudahkan mereka melawat nanti.

Selepas mandi , dia duduk di kerusi, kemudian dia mengeluarkan gambar Laila Azwa dari dompetnya. Dia merenung gambar itu lama. Dia mengetap bibir kerana geram. Gambar itu digenggam kuat ditangannya. Dia memejamkan mata. Memahat wajah Laila Azwa dalam otaknya. Dia akan ingat wajah itu sampai bila- bila. Dia berazam mencari gadis itu. Malah dia merencana untuk mengupah orang mencari gadis itu.

Dia pasti di mana gadis itu berada, lambat laun akan ketemu juga. Masa yang akan menentukan segalanya.

"Bila aku jumpa kau masa tu, siaplah kau perempuan. Baru kau tahu langit itu tinggi  atau rendah." Hanif Mikail berkata pada gambar yang diremukkan itu.

"Phuihh... Sial punya orang.Tak sedar diri... " sempat dia buat gaya seperti meludah dan memaki Laila Azwa lagi.

Selagi dia tidak membalas segala perbuatan gadis itu, hatinya tidak akan rasa tenang. Terutama menebus di atas segala apa yang terjadi pada ibu kesayangannya. Nampaknya setiap hari Laila Azwa akan menerima makian Hanif Mikail selagi dendam masih membara.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Tadaaa... Terimalah bab baru BDL.  Semoga semua terhibur. Akan menarik di pertengahan bab.  In syaa Allah...

T. Kasih D ✌️ 😍🌟dan semua ✌️ 🌞🌹yang sentiasa support crite sab. Doa sab semoga anda semua sht sejahtera dan dilindungi Allah SWT selalu. Aamiin.#staysafe... ✌️🌹🌹

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now