Dengarkan lagu. Bila Sudah Sayang.
Sudah seminggu berlalu tanpa Laila Azwa, Hanif sudah mula rasa kerisauan. Namun dia malu untuk bertanya ayahnya perihal perkembangan Laila Azwa. Ini membuat dia mula sering termenung.
Dalam dua tiga hari lepas Hanif berusaha melakukan senaman dan belajar untuk bangun berdiri di tepi katil dengan bantuan Amran. Hari ini usaha Hanif lebih gigih lagi. Mimpi yang sering muncul juga membuat dia susah hati. Mungkin kerana dia terlalu memikirkan Laila Azwa dan kandungan Laila Azwa itu, fikir Hanif.
Sedang dia berlatih berdiri dengan bantuan Amran, Hasmira muncul di pintu bilik itu.
"Eeiii..... abang dah boleh jalan ehhh?" Teruja Hasmira dengan perkembangan diri Hanif yang berdiri di tepi katil itu.
Hasmira terus meluru mendapatkan Hanif dah meraih tangan lelaki itu. Pelamin angannya mula terbayang di depan mata. Dia tetap ingat janji Hanif untuk memperisterikannya jika lelaki itu boleh berjalan.
"Mana ada boleh jalan pun. Berdiri ni pun sebab Amran pegang ni....." Hanif menunjukkan Amran di sisinya yang sedang memegang pinggang dan sebelah tangannya lagi bagi mengelakkan dia jatuh.
"Ohhhh....." Kecewa nada suara Hasmira, lantas dia duduk di sisi katil itu.
Kedatangan Hasmira membantutkan sesi latihan Hanif. Hanif mengarahkan Amran meletakkan dia semula ke katil. Hasmira memandang ketidakupayaan Hanif itu dengan kekesalan dan rasa kecewa.
"Apahal datang pagi-pagi ni?"
"Mira nak teman abang la. Ada ke tanya macam tu?" Jengkel Hasmira rasa dengan soalan Hanif itu.
"Tak kerja ke hari ni....?"
Hasmira mula rasa geram. Amran pula santai sahaja duduk di salah sebuah kerusi dalam bilik itu. Ini membuat Hasmira tidak dapat beraksi mesra. Dia rindukan pelukan dan kucupan lelaki itu.
"Abang ni.... kan hari ni hari Sabtu. Mira cuti lah...."Hanif sebenarnya tidak ambil kisah sudah perihal Hasmira cuti pada hari apa. Atau dengan kata lain hatinya agak tawar untuk Hasmira. Malah aksi manja Hasmira juga sudah membuat dia merasa tidak senang. Tergesel sana, tergesel sini. Membuatkan Hanif merasa rimas pula. Entah kenapa tiba-tiba dia merasa begitu. Mungkin kerana sudah tahu sikap Hasmira yang sebenarnya.
"Ehhh kamu, pergi tunggu kat bawah boleh tak?. Saya ada, saya akan jaga abang Hanif sampai petang." Hasmira mengarahkan Amran keluar dari bilik itu.
Amran yang sedang membelek telefonnya merenung Hasmira seketika, kemudian beralih pada wajah Hanif.
"Asal suruh dia keluar pula? Nanti saya nak ke tandas kan susah. Siapa nak uruskan saya?" Bahasa diri Hanif juga sudah bertukar. Tidak membahasakan dirinya abang lagi
"Alahhhhh, Mira kan ada. Nanti abang nak ke tandas Mira panggil la dia....." Hasmira mula beraksi manja dan mengosok lembut dada Hanif.
Amran yang melihat sudah berbulu matanya, lantas bangun. Menyampah pula dengan sikap Hasmira yang tidak tahu malu itu. Tergedik-gedik semacam ulat beluncas lagaknya.
"Saya keluar dulu encik. Apa-apa panggil la saya."
Hasmira pun bangun dan terus menutup pintu apabila Amran keluar. Sudah tidak sabar dia untuk membelai kekasih hatinya itu.
Hasmira duduk semula di sisi Hanif di atas katil itu. Dia mula membelai pipi Hanif. Namun Hasmira terkejut dengan tindakan Hanif yang menepis tangannya dengan perlahan dari wajah lelaki itu. Walaupun perlahan Hasmira dapat rasakan penolakan lelaki itu.
"Abang marah Mira ke?" Hasmira tahu, sejak kejadian dia tinggalkan Hanif semasa terbuang air besar dulu, lelaki itu agak dingin padanya.
"Saya ni suami orang...." entah kenapa Hanif berkata begitu.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...