Bab 5 Ijab Kabul

2.3K 108 71
                                    

Dengarkan Laila namamu teratas....

Laila Azwa sudah seperti cacing kepanasan apabila mendapat tahu hari pernikahannya akan dicepatkan.

"Kenapa ayah nak Laila kawin cepat sangat ni?" Laila Azwa berharap dia sempat lari sebelum dinikahkan.

Dia hanya membilang hari menanti kedatangan Ikram. Dia tidak ambil pusing pun pada tarikh nikahnya. Memang dia lepas tangan semua kepada ayah dan ibu tirinya. Sekarang hatinya tidak tenteram.

Ibu tirinya memang beria menyiapkan majlis perkahwinannya sebab gembira dia akan dikahwinkan dengan orang tua. Kalaulah dia anak kandung Puan Natrah,  pasti sudah ditolak pinangan itu oleh Puan Natrah. Tidak disangka dia yang berumur dua puluh satu tahun hendak dikahwinkan dengan lelaki sebaya ayahnya. Entah apalah yang difikirkan oleh ayahnya dia sendiri tidak faham.

"Ayah nak bawa makcik kamu dan Najwa buat umrah lepas kamu nikah. Tarikh umrah pun ayah dah dapat. Jadi ayah ingat lepas kamu kawin , ayah pergi umrah. Lagi kamu tak lepas, ayah tidak senang hati," jawab Encik Hadi. Rupanya sudah sampai seru dia untuk menunaikan umrah ke tanah suci.

"Ayah pergilah umrah dulu. Laila boleh je nikah lepas tu."

"Kau mahu ke ikut sekali ?"

Terdiam Laila Azwa. Mana mungkin dia ikut. Dia sudah merancang dengan baik untuk lari. Pada fikirannya, jika ayahnya pergi umrah lagi mudah pergerakannya.

"Laila tinggal sini uruskan perkahwinan Laila." Laila Azwa memberi alasan.

Encik Hadi menggelengkan kepalanya. Memang dia tidak yakin pada Laila Azwa. Bukan dia tidak tahu anaknya itu suka budak kampung yang disifatkan sebagai kutu kampung. Kejap timbul kejap hilang. Entah apa kerjanya. Memang dia tidak izinkan Laila Azwa berkawan lagi dengan mana-mana budak lelaki kampung itu.

"Muktamad... hujung bulan ni nikah dan kenduri terus." tegas Encik Hadi dengan keputusannya.

Penghuni rumah yang lain mendengar dengan rasa kelegaan. Mereka memang tidak suka Laila Azwa dalam rumah itu. Biarlah Laila Azwa berkahwin dan pergi. Semoga tumpuan Encik Hadi nanti hanya kepada mereka. Sudah macam-macam yang tersemat di dalam otak mereka ketika ini.

"Ayahhh...!" Sepatah perkataan itu terkeluar dari mulut Laila Azwa. Nampaknya hari nikahnya sama pada hari dia rancang untuk melarikan diri.

Oleh itu Laila Azwa berfikir untuk lari sehari lebih awal. Segera dia bangun dan masuk ke dalam bilik. Dia perlu hubungi Ikram dengan segera. Telefon dicapai dan nombor Ikram didail.

"Abang...  ayah nak nikahkan Laila hujung bulan ni ." Laila Azwa terus khabarkan berita itu kepada Ikram.

Ikram hanya mendengar.

"Kita kena lari sehari lebih awal..." Laila Azwa berkata lagi.

Ikram masih diam berfikir.

"Abanggg ... dengar tak ni...?" Kuat suara Laila Azwa kerana gelisah dalam penantian itu.

Seketika...

"Dengarlah sayang ... abang tengah fikir la ni. Abang rasa lagi elok masa hari kenduri tu, masa orang tengah sibuk , sayang lari. Masa tu mesti orang tak kawal sayang sangat sebab semua orang tengah sibuk kann?" Ikram memberi cadangan.

Laila Azwa memikirkan cadangan itu. Nampak macam logik juga. Oleh itu mereka terus merancang masa untuk lari. Semua itu perlu tepat. Jika terlewat tentu dia dapat ditangkap oleh ayahnya. Kalau itu terjadi pasti dia akan dipukul oleh ayahnya.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now