Dengarkan lagu laguku Syairmu
Hiburan untuk semua .,🌹Tiga tahun kemudian.
Seorang lelaki sedang menghadap komputer ribanya di bilik office syarikat kepunyaannya. Jam tangan ditelek. Sudah pukul 1 tengahari. Kepalanya dipicit terus.
Sekarang Hanif sudah bekerja di syarikat milik arwah ayahnya Encik Marzuki dua tahun yang lalu.
Tiba-tiba pintu bilik officenya diketuk. Muncul setiausahanya. Setiausaha yang baru seminggu bekerja di Syarikat Berjaya itu.
"Encik Anif taknak keluar makan ke?"
Mendongak Anif memandang setiausaha barunya itu. Wajah Hanif memang serius dan jarang hendak tersenyum dengan pekerja perempuan. Kalau ikutkan hatinya , mahu sahaja dia memberhentikan setiausahanya yang pada pemikirannya cuba untuk menggodanya. Hatinya benar-benar tidak berkenan.
"Saya sibuk. Awak pergilah makan." Itulah ayat yang keluar dari mulut Hanif. Dia menunduk kembali menghadap komputer riba di hadapannya. Tidak mahu memandang lebih-lebih. Padanya pandangannya akan lama pada wajah Laila Azwa buah hati bidadari syurganya sahaja.
Setiausahanya tersenyum dan berjalan ke arah Hanif. Tanpa teragak-agak tangannya diletakkan di atas kekura tangan Hanif. Terkejut Hanif seperti terkena renjatan eletrik. Tangan Zita ditepis kuat.
"Awak buat apa ni!!!? Stupidddd!!!?" Terjerit kuat Hanif sehingga bahu Zita terangkat dan dia menjarakkan dirinya dari Hanif. Berdegup laju jantungnya kerana terkejut dengan suara petir Hanif.
"Ee...ee... Encik Anif. Sa... saya tak sengaja."
Mata Hanif merenung tajam wajah Zita setiausaha yang baru sebulan bekerja di situ. Giginya diketap geram. Bertambah gerun hati Zita melihat renungan tajam Hanif.
"Kau tak sengaja? Kau ni bengap ke apa? Kau ingat aku ni bodoh! Aku dah ada isteri dan anak. Kalau kau nak menggatal , kau pergi cari orang lainlah! Kau dengar sini. Kemas segala barang kau dan keluar dari syarikat aku sekarang!!! Aku taknak tengok muka kau lagi. Kau aku pecat 24 jam . Keluar sekarang!!!??"
Menggigil badan Zita. Tidak disangka Hanif bukanlah lelaki yang senang untuk dia jinakkan. Sekarang dia berasa malu dan padah sedang menimpanya. Baru sebulan bekerja sudah diberhentikan 24 jam pula.
"Encik, saya minta maaf. Tolonglah jangan berhentikan saya. Saya minta maaf encik. Saya janji tak buat lagi."
"Aku kata keluarrr!!!?"
Mengelap air matanya yang menitis keluar kerana takut. Berlari dia keluar dari bilik office Hanif. Beg tangannya dicapai di atas meja dan dia berlari keluar dari syarikat itu. Staf yang bekerja di tingkat bawah itu memerhati Zita. Mereka juga mendengar tekingan bos mereka tadi. Di pintu masuk syarikat dia terlanggar seorang wanita.
"Cik Zita, kenapa ni?" Zita tidak mempedulikan pertanyaan Laila Azwa.
Sebenarnya Laila Azwa kenal Zita adalah setiausaha suaminya kerana pernah ke syarikat menghantar makanan tengahari atau menemankan suaminya keluar makan. Pada mulanya Laila Azwa juga tidak suka gadis seksi itu menjadi setiausaha suaminya. Tapi kerana percaya dengan kejujuran suaminya, dia tidak menghalang.
Laila Azwa hanya memerhatikan Zita yang berpergian itu. Menjongketkan bahunya dan mencebikkan bibirnya. Kemudian Laila Azwa berlalu untuk ke bilik office suaminya.
"Nasib baik bekal makanan ni tak terbalik," gumam Laila Azwa.
Menghayunkan langkah kakinya menuju ke bilik office suaminya yang berada di tingkat bawah itu juga.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...