Bab 20 Suami Laila Kaki Pukul

2.4K 112 104
                                    


Lagu Di Penjara Janji...


Hanif dari hari ke sehari  mengintai peluang untuk memerangkap Laila Azwa. Dia mencuba perbagai cara untuk merealisasikan rancangannya. Dia pernah meninggalkan dompetnya yang penuh dengan duit kertas di atas meja pada suatu pagi. Dia memang berharap Laila Azwa mengambil duit itu, tapi ternyata tidak terusik pun dompetnya. Gagal rancangan pertamanya. Terasa hendak sahaja disepah biliknya itu kerana geram.

"Okey takpe... umpan ni kau tak makan ye... kau tunggu." Hanif merungut sendiri.

Pada minggu yang lain pula, dia menjatuhkan seutas rantai tangan emas di lantai biliknya. Dia pasti perempuan pasti sukakan barang kemas. Dia yakin benar Laila Azwa akan mengutip rantai tangan itu dan mengambilnya. Jika Laila Azwa mengambilnya, dia akan menuduh Laila Azwa mencuri. Pasti Laila Azwa akan diberhentikan kerja. Pada masa itu dia akan ugut Laila Azwa untuk laporkan kepada polis. Pasti Laila Azwa takut, fikirnya lagi. Jadi pada masa itulah dia akan paksa Laila Azwa mengikut kehendaknya.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apabila dia masuk ke bilik officenya selepas Laila Azwa mengemas bilik itu, elok sahaja rantai tangan emas itu berada di atas mejanya. Memang Laila Azwa mengutip barang kemas itu, tetapi siap meletakkan di atas mejanya. Memang Hanif hangat hati. Rasa itu bertambah sekali ganda bila terdapat nota dari Laila Azwa yang diletak di bawah rantai tangan itu.

ENCIK, SAYA TERJUMPA RANTAI TANGAN INI KAT LANTAI BILIK ENCIK MASA SAYA KEMAS BILIK.

Hanif meramas kertas itu dan menyepak sofa yang ada di bilik officenya itu bagi melepaskan geramnya.

Itulah yang terjadi beberapa minggu yang lepas. Pada hari ini, Hanif sedang memikirkan cara yang lain pula. Tapi dia masih belum menemui cara itu.

Di luar Laila Azwa dan Suraya sedang mengelap meja dan mengutip sampah di ruang kerja staf bawahan. Sesekali Hanif membuka pintu untuk mengintai Laila Azwa. Kelihatan jauh di sudut office, Laila sedang mengelap cermin pada almari yang menempatkan fail-fail..

Pada masa itulah dia terdengar perbualan staff bawahannya dengan Suraya.

"Kak Su, Laila tu dah ada pakwe ke?" Seorang staff lelaki yang meja kerjanya berhampiran dengan bilik Hanif bertanya  kepada Suraya yang sedang mengelap meja.

Hanif  yang hendak menutup pintu biliknya tidak jadi berbuat begitu. Dia beku di sebalik pintu untuk mencuri dengar perbualan itu.

"Kenapa... encik berkenan ke?" Suraya sekadar ingin menguji. Dia sudah tahu perihal hidup Laila Azwa.

"Dia berkenan la tu kak... sebab tu dia tanya..." Seorang staff perempuan yang duduk di sebelah staff lelaki itu menyampuk.

"Ishhh, kak Nah ni, cantik cun melecun macam tu siapa tak berkenan. Adjust la saya dengan dia, kak Su..."
Nampak bersungguh staff lelaki itu. Hanif Mikail menahan nafas geram. Kalau ikut barannya memang kena staff bawahannya itu, tapi dia cuba bersabar.

"Mana boleh adjust dah encik? Laila tu dah kawin dah... He he..." Suraya ketawa geli hati melihat perubahan air muka staff lelaki itu.

"Laaa, ye ke... Adoiii melepas saya. Baru nak pasang angan-angan. Kalau saya la kak Su jadi laki dia memang saya tak bagi kerja. Suruh duduk rumah aje. Ni, apa punya la laki dia dapat..." kata staf itu lagi.

"Ha ha... Tu la kau, nak yang cantik je...  Perempuan cantik memang selalu dah ada yang punya. Ambil aje aku ni... single lagi..." sakat staff perempuan itu sambil promosi diri.

Hanif menahan sabar sahaja mendengar hujah mereka di luar. Dia menggenggam kemas penumbuknya kerana menahan geram. Entah pada Laila atau pada staff lelaki itu.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now