"Abang Anif tipu Mira kan?Perempuan ni bukan isteri abang tapi orang gaji. Abang saja nak uji Mira kan?"Hasmira masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Hanif.
"Ya Allah Mira. Saya tak tipu Mira. Laila Azwa adalah isteri saya yang sah. Kalau Mira tak percaya juga saya akan tunjukkan bukti yang kami adalah suami isteri, atau Mira boleh tanya ayah siapa Laila.
Hasmira terkejut mendengar penjelasan Hanif itu. Tidak disangka Laila Azwa perempuan yang disangkakan orang gaji olehnya adalah isteri kepada Hanif. Dia cuba menidakkan penjelasan Hanif itu. Merasa tertipu dengan Hanif, dia berlari keluar dari bilik itu.
Mendaki anak tangga untuk ke bilik Puan Hasnah. Sempat dia menitiskan eye mo agar kelihatan seperti menangis.
"Mak Longgg..." Meluru dia mendapatkan Puan Hasnah yang sedang minum petang. Kebetulan Suria yang sudah berkemas di bilik Hanif ada menemankan Puan Hasnah di bilik itu sementara menunggu Encik Marzuki pulang.
Terkejut juga Suria dengan jeritan Hasmira . Ingat sudah balik rupanya ada hayatnya lagi di rumah itu. Senget sahaja pandangan mata Suria pada Hasmira.
"Kenapa ni Mira?" tanya Puan Hasnah sambil mengusap belakang badan anak saudaranya itu.
"Perempuan murah tu rupanya isteri abang Anif. Kenapa Mak Long tak beritahu Mira. Kenapa semua nak berahsia dari Mira." teresak-esak dia menangis.
Tersentak Puan Hasnah. Macam mana Hasmira boleh tahu yang Laila Azwa isteri Hanif. Takkan perempuan itu sesuka hati beritahu Hasmira yang dia isteri Hanif.
"Mana Mira tahu semua ni?"
"Tadi kan , abang Anif dengan Laila tak guna tu ada kat bilik bawah tu . Duduk satu katil sambil peluk-peluk lagi. Entah apa perempuan tu dah bagi abang Anif makan sampai abang Anif boleh suka kat dia . Abang Anif dah janji nak kawin dengan Mira kalau dia dah sembuh nanti. Macam mana ni Mak Long..." Mulalah merengek manja Hasmira macam budak kecil yang hendakkan gula-gula.
Suria memasang telinga. Meluat Suria mendengarnya. Sudah orang tu suami isteri biarlah. Sibuk aje perempuan gedik ni . Suami orang pun yang dia nak. Takkan belajar luar negara takde siapapun yang suka. Pelik Suria.
"Suria, betul ke Anif ada kat bilik bawah? Anif dah boleh jalan ke?" tanya Puan Hasnah minta kepastian. Tersentak Suria.
Serba salah Suria hendak memjawab sebab dia juga diminta oleh Encik Marzuki untuk menutup mulutnya.
"Encik Anif memang dah pindah kat bilik bawah, puan. Pagi tadi Encik Hasrul dan Encik Zaki yang membawa Encik Anif turun."
Hati Puan Hasnah mula geram. Rupanya sudah ada perubahan dalam rumah tapi tiada siapapun bagi tahu dia termasuk suaminya. Hanisa dan Hasrul pun boleh berahsia dengannya tadi. Memang dia tidak suka Hanif sebilik dengan Laila Azwa. Mesti ada lagi yang dia tidak tahu pasal Hanif dan Laila Azwa.
Sebenarnya Hanisa dan Hasrul telah dipesan oleh Encik Marzuki supaya tidak memberitahu ibu mereka akan pemindahan Hanif ke bilik bawah.
"Kenapa suami saya tak bagi tahu saya? Anif pun tak jumpa saya."
"Hish, puan ni pun agak-agaklah tanya aku. Aku ni cuma pembantu rumah. Bukan pembantu peribadi dia. Semua nak ambil tahu. Lagipun dah dia orang tu suami isteri, biarlah nak duduk manapun." bisik Suria dalam hati.
"Nanti puan tanyalah Encik Marzuki. Sekejap lagi pasti Encik Marzuki pulang."
"Hurmmm... Mira jangan risau ye. Kan Mak Long dah cakap tadi. Takkan biarkan dia orang berdua tu. Mak Long tak suka perempuan tu."
Mengangguk Hasmira . Suka hati dia kerana ada Mak Long yang menyebelahinya.
"Mak Long, Mira minta diri dulu lah. Lagipun Mira ada kerja nak buat. Bila ada masa nanti Mira datang lagi." Sebenarnya Hasmira takut kalau bertembung dengan Encik Marzuki. Sebelum Pak Long nya balik, baik dia beredar dulu dari rumah itu.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...