Dengarkan lagu Pergi Selamanya.
Kepada yang tiada lagi . Doa dan ingatan untuk mereka. AL Fatihah untuk yang tiada lagi di dunia ini.
Semoga syurga buatmu.Beberapa kali Hanif menguap. Matanya terlalu mengantuk tetapi ditahannya kerana melihat si isteri yang sedari tadi tidak berenggang dengan ibunya Puan Hasnah. Entah apa cerita yang mereka borakkan. Turut sama berborak ialah Puan Natrah, Suria dan Encik Hadi. Dato' Amar dan Najwa awal sudah masuk ke bilik tidur mereka. Amran mungkin sudah lena di homestay yang disewakan oleh Hanif berdekatan rumah itu juga.
"Psst, sayang, pukul berapa nak masuk tidur ni? Lama lagi ke nak borak tu? Abang dah ngantuk ni." Hanif berbisik di telinga isterinya yang sedang meriba Iffat.
"Kalau abang dah mengantuk, pergilah masuk tidur dulu. Nanti Laila masuklah." Perlahan Laila Azwa membalas kata-kata suaminya.
Tergaru-garu kepala Hanif.
"Isteri aku ni macam tak faham pula yang aku rindukan dia."
"Anif, ayah tengok kamu dah menguap dari tadi. Kalau mengantuk pergilah masuk tidur dulu. Kamu tu pula Laila, pergi temankan suami kamu. Esok jangan pula tak bangun. Esok majlis kenduri," pesan Encik Hadi.
"Ya hoo... Terima kasih ayah! Ayahlah ayah mertua terbaik." Terasa mahu sahaja Hanif lompat kijang di situ dan memeluk Encik Hadi. Akhirnya ayah mertuanya seperti memahami hatinya.
Laila Azwa yang bangun sambil mengendong Iffat ditahan oleh Puan Hasnah.
"Iffat biar tidur dengan ibu malam ni. Lagipun Suria ada bantu tengokkan Iffat. Pergilah Laila masuk tidur dulu. Malam ni kamu honeymoon lah dengan suami kamu." Kata-kata Puan Hasnah membuatkan wajah Laila Azwa memerah bak tomato 🍅.
Teragak-agak Laila Azwa hendak meninggalkan anaknya dengan Puan Hasnah. Bukan tidak percaya tetapi kasihan pada ibu mertuanya. Iffat pula ragamnya bukan boleh dijangka.
"Baiklah ibu. Kalau Iffat meragam , ibu panggillah Laila ye?" Laila Azwa menyerahkan Iffat yang sedang lena itu kepada Puan Hasnah.
Puan Hasnah mengangguk. Laila Azwa mengucup pipi anaknya dan bersalam dengan mereka yang ada di ruang tamu itu. Kemudian dia berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya.
Matanya memandang ke atas tilam katil tapi Hanif tidak kelihatan di situ. Eh, tadi bukan ke suaminya itu sudah masuk ke bilik mendahuluinya. Menjenguk dia di bilik air. Takut pula suaminya mamai, tidur di dalam bilik air pula. Tiada pula Hanif di situ.
Tergaru-garu kepala Laila Azwa. Takkan suaminya ada magis menghilangkan diri pula.
Hanif yang berada di belakang daun pintu terjengket-jengket mendekati Laila Azwa. Dia berdiri di belakang isterinya yang sedang leka memandang bilik air. Wah! Sedekat itupun isterinya tidak perasan .
"Hah!" jerkah Hanif.
"Oh Otak kau senget!" latah Laila Azwa sambil menumbuk dada suaminya akibat terkejut.
Hanif pula terus tergelakkan Laila Azwa. Timbul rasa geram di hati Laila Azwa. Mencerlung matanya memandang Hanif sambil tangannya masih mengusap dadanya kerana terkejut.
"Sewel punya suami. Bukannya nak sweet dan romantik. Sekurangnya-kurangnya peluk dan berilah kucupan selamat malam buat aku. Nasib aku dah habis pantang dan takde sakit jantung. Kalau tak , jadi dudalah dia," bebel Laila Azwa dalam hati. Menjeling tajam ke arah Hanif dan mulutnya diherotkan.
"Alololo, janganlah marah sayang. Abang bergurau je. Marah-marah nanti tak dapat pahala tahu tak. Nanti muka tu cepat kedut." Sempat Hanif menarik hidung mancung Laila Azwa.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...