Laila Azwa sekarang berada di dalam bilik air bersama Hanif. Muka Hanif sudah tidak tahu untuk menunjukkan warna apa. Di hati ada rasa malu dan marah. Kalau ikut marahnya pada Laila Azwa mahu sahaja dia menolak Laila Azwa keluar dari bilik air itu. Tapi dia risau pula takut Laila Azwa jatuh tidak pasal-pasal gugur pula. Seperkara lagi siapa hendak mencuci kesan kencing pada badannya itu.
"En Hanif, saya bukakan seluar dengan baju encik ye. Basah ni. Lepas tu saya jirus air ye pada badan bagi hilang bau kencing....." Laila Azwa bersuara sehabis baik sambil berdoa Hanif tidak bertindak bukan-bukan dalam bilik air itu.
Wajah Hanif masam sahaja tiada memberi respon pada soalan Laila Azwa.
Melihat keadaan Hanif yang berdiam diri itu, Laila Azwa dengan perlahan menanggalkan butang baju hospital yang dipakai Hanif.
"Eehhhh kau ni apa hallll? Aku boleh buat sendiri la...."
Hanif bermula lagi, dengan kasar dan dia menepis tangan Laila Azwa.
"Kau pergi keluar...... aku boleh buat sendiri......"
Melihat keadaan Hanif yang masih keras hati itu, Laila Azwa membuka pintu bilik air dan keluar, tapi Laila Azwa tidak pergi jauh. Dia menanti di luar pintu itu. Manalah tahu Hanif terjatuh dari kerusi roda itu, nanti bertambah pula masalah.
Hanif menanggalkan bajunya, kemudian dengan susah payah dia menanggalkan seluar pula. Dengan susah payah juga dia memasang paip air dan mula mandi sendiri. Dia terus menyabun badannya yang berbau itu. Wangi semerbak memenuhi bilik air itu.
Laila Azwa membuka sedikit pintu bilk air itu untuk memeriksa keadaan Hanif.... namun bau haruman sabun menusuk ke dalam hidungnya.
"Uwerkkk.... uwerkkkk...."
Terus Laila Azwa meluru masuk ke bilik air itu dan muntah di sinki.
Hanif yang sedang leka mandi itu terkejut. Sudahlah dia dalam keadaan tidak berpakaian, ada perempuan masuk memang dia malu lah.
"Hoiiii kau ni agak-agak la nak masuk pun..... tak malu ke tengok orang lelaki mandi....?" Lupalah tu dia sebenarnya yang tidak malu pernah merogol Laila Azwa.
"Uwerkkk... uwerkkkk..."
Laila Azwa memuntahkan isi perut yang ada. Tidak dihiraukan kemarahan Hanif.
"Maaf encik Hanif saya tak tahan bau sabun tu.... saya nak muntah..." termengah-mengah Laila Azwa menahan rasa ingin muntah lagi.
"Habis kat sini juga kau nak muntah.... kau pergi muntah kat tempat lain..... pengotor. Aku tengok kau pun aku nak muntah....."
Terdiam Laila Azwa dengan kata-kata Hanif. 'Ini anak dia, dia ni memang tak percaya ke ini anak dia.'
Laila Azwa keluar dari bilik air itu dgn rasa kecewa. Dia mengusap perutnya. Mulutnya terasa pahit oleh muntah tadi.
"En Hanif mandi lagi ke puan?" tanya jururawat yang kebetulan masuk ke dalam wad itu dan sudah selesai mengemaskan katil.
"Dia sedang mandi lagi tu..."
Jururawat itu menghampiri Laila Azwa.
"Ini puan, tuala dengan pakaian baru. Nanti dia siap mandi puan berilah pada dia. Bila dia dah pakai baju semua, puan panggil lah saya untuk bantu Encik Hanif naik ke katil nanti. Lepas tu nak bagi dia pakai pampers terus. Jika tak asyik tukar cadar dengan mandi je lah nanti. Puan juga yang letih......"
Laila Azwa mengangguk mendengar arahan jururawat itu. Harap Hanif setuju. Jika tidak letih lah dia malam ini tidak tidur kalau Hanif buat hal lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/241087949-288-k79894.jpg)
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomansCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...