Bab 17 Berakhir Pencarian.

2K 106 126
                                    

Lagu Hancur-Hancur Aku

Laila Azwa sudah pulih sepenuhnya dari bengkak dan luka yang dialaminya. Dia juga sudah mula bekerja sebagai cleaner bersama Suraya. Namun begitu dia masih tidak bertudung. Rambut panjangnya diikat satu.

Hari ini merupakan hari kedua dia bekerja di bangunan yang tinggi itu. Syarikat pencucian tempat dia bekerja meletakkan dia sebagai pencuci di lobi dan juga mengemaskan pejabat di tingkat sepuluh. Dia ditugaskan mengemop lantai pada awal pagi, tengahari dan petang. Pada waktu lain dia perlu berada di tingkat sepuluh untuk mengemas, mengelap dan memungut sampah.

Memang dia agak sedih dan letih, tapi dengan sijil sahaja yang dia ada ditambah pula dia tiada langsung pengalaman kerja, maka kerja inilah yang sesuai buat dirinya. Dia mula merasa kesal kerana tidak mendengar nasihat ayahnya dulu supaya meneruskan pelajarannya.

Sesekali dia teringat kampung halaman. Di rumahnya walaupun sering dileteri, tapi dia tidak pernah disuruh mengemop lantai. Habis teruk pun menolong ibu tirinya memasak dan mencuci bajunya sendiri. Hal mengemas rumah dan kerja rumah yang lain, ayahnya telah mengupah orang untuk melakukan kerja itu.

"Adoiii..." rungut Laila Azwa sambil membetulkan pinggang yang lenguh kerana membongkok semasa mengemop. Dia mengosok - ngosok belakang badannya pada bahagian pinggang.

"Adik, licin ni...  nanti ada orang jatuh pulak..." tegur pengawal yang berada di kaunter penyambut tetamu di lobi bangunan itu. Dia melihat masih basah lantai yang dimop oleh Laila Azwa tadi.

"Oh, ye ke? Okey, okey, saya mop semula."
Laila Azwa segera memerah mop di dalam baldi supaya lebih kering. Dia akan mengemop semula tempat yang masih basah tadi.

Dari jauh seorang lelaki bergegas memasuki ruang lobi itu. Tanpa menoleh kiri dan kanan, dia terus melalui kawasan yang sedang dimop.

Apa lagi...

Strettttttttt... Gedebuk...

"Arghhhhh..." Terjerit Hanif Mikail. Sakit pada punggungnya yang terhentak pada lantai. Terkial-kial dia hendak bangun. Malu jangan nak cerita la. Tebal rasa muka. Seorang jurutera jatuh di pagi hari. Nampak sangat dia tergopoh-gapah dan tidak berhati-hati.

Laila Azwa yang terdengar seperti orang terjatuh dan menjerit itu, terus berpaling ke arah Hanif. Memang sah!  Lantai yang licin itu telah menjumpai mangsanya. Masin sungguh mulut pengawal itu, bisik hati Laila Azwa. Dia pun meluru ke arah lelaki itu.

"Ya Allah, encik... maafkan saya. Mari saya bantu encik bangun..." Laila Azwa menawarkan bantuan kerana tahu itu adalah kesalahannya.

Laila Azwa menghulurkan tangan pada Hanif. Hanif memandang wajahnya. Memandang sahaja wajah Laila Azwa, maka tahulah Hanif ,pencariannya telah berakhir. Wajah yang tersemat dihatinya itu memang dengan mudah dia kenali. Sekarang hatinya meledak dengan dendam. Ibarat gunung berapi yang telah lama menunggu ingin memuntahkan lahar yang panas.

Wajah itu memang telah lama terpahat dalam mindanya. Memang sekali tengok dia tahu itu adalah Laila Azwa. Malah tag nama pada baju gadis itu mengesahkan itulah gadis yang dicari selama ini. Meletuslah kemarahannya yang tidak terbendung lagi.

Segera dia menepis tangan Laila Azwa dan menolak gadis itu. Terjatuh Laila Azwa ke lantai.

"Kau jangan sentuh aku!!!!!" jerkah Hanif kuat sambil bingkas bangun.

Terkejut Laila Azwa. Hanif pula beraksi seperti hendak menyepak Laila Azwa dengan kakinya.

"Macam mana kau buat kerja ni?  Kau nak bunuh orang ke?" marah Hanif sambil mengangkat kaki tetapi tidak jadi menyepak kerana terperasan ada mata memandang. Jika dia sahaja di situ dengan Laila Azwa, pasti sepakan telah terkena gadis itu.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now