Kedegang!!!Hanif dengan kasar menolak pintu bilik Laila Azwa dan memasuki bilik itu tanpa salam.
"Encik..."
Terkebil-kebil Laila Azwa bangun dari tidurnya. Darah gemuruh menyerbu, malu ditangkap sedang tidur.
"Ooo, kau tidur ye? Seronok kau buat tahi mata?" Hanif bercekak pinggang seperti marah sangat pada Laila Azwa.
"Maaf, Laila tertidur lepas solat tadi... pukul berapa ni?" Laila Azwa masih mamai. Sesekali Laila Azwa menguap besar sambil menutup mulut. Hanif memandangnya dengan pandangan yang tajam seperti ingin tembus pandangan itu pada wajah Laila Azwa.
"Kau boleh tanya aku pukul berapa ye? Bangun cepattt! Jumpa aku kat ruang tamu. Aku banyak benda nak soal kau ni..."
Laila Azwa terburu-buru bangun.
"Tapi Laila belum asar lagi..."
"Huh!! Kau cepat solat. Kau lambat aku denda kau." Hanif memberi amaran berbaur ugutan keras. Dia terus keluar dari bilik itu dengan wajah yang kelat. Wajahnya tiada riak senyum sedikit pun. Sudah seperti singa jantan kurang makan.
Laila Azwa terus ke bilik air di dapur untuk mengambil wuduk dan solat asar. Hatinya tetap rasa berdebar. Takut akan kemarahan yang ditunjukkan oleh Hanif tadi.
"Kenapa ye... sebab tak masak ayam berempah ke?" Fikir Laila Azwa sambil keluar ke ruang makan selepas bersolat. Dia meneka mungkin Hanif telah menjenguk sajian yang telah dimasaknya. Dia mengangkat tudung saji untuk melihat, mana tahu Hanif telah makan.
"Aku suruh kau tunggu kat ruang tamu kan. Asal kau kat siniiii!?"
Terkejut Laila Azwa dengan suara Hanif yang kuat di ruang makan itu. Hampir terlepas tudung saji di tangannya. Matanya bertentang dengan mata Hanif. Mata Hanif kemudian beralih ke arah hidangan bawah tudung saji itu.
"Kau masak apa ni!!!?" Hanif menghampiri terus ke meja makan itu dan merampas tudung saji di tangan Laila. Terus dialih tudung saji ke tepi meja.
Laila Azwa terdiam dan telan liur, takut.
"Apa benda ni!!!" tengking Hanif pada masakan ayam itu sambil menguis dengan sudu. Hitam sahaja ayam itu pada pandangan Hanif.
Laila Azwa masih berdiam, tetapi otaknya berfikir "Takkan ayam masak kicap pun tak tau... bodoh juga la Encik Hanif ni..."
"Aku tanya kau , kau masak apa ayam ni!!!" Suara Hanif lebih meninggi dari tadi hingga memberi kejutan lagi pada Laila Azwa.
Spontan Laila Azwa menjawab. " Ayam masak kicap pun encik tak tahu ke?"
Tiba-tiba Laila Azwa menyedari kesilapan dalam jawapannya. Terus dia menutup mulutnya.
"Siapa suruh kau masak kicap? Ada ke aku suruh?" Hanif marah kerana Laila Azwa tidak patuh pada arahannya. Jadi dia ada alasan untuk marah dan mendera Laila Azwa hari ini. Perihal ibunya jatuh juga mengganggu fikirannya.
"Kau makan sendiri ayam masak kicap kau ni sampai habis. Dalam rumah ini memang kami tak makan ayam hitam legam macam ni." Hanif mengeluarkan lauk ayam itu dari dalam tudung saji dan meletakkannya di atas kabinet dapur. Hina benar ayam masak kicap itu bagi Hanif.
"Sekarang aku nak kau masak juga ayam berempah tu. Aku nak makan. Kalau tak siap, memang siap kau dengan aku malam nanti." Hanif mengugut Laila Azwa lagi, tapi entah apa yang hendak dilakukan pada Laila Azwa.
Laila Azwa tegak berdiri di sisi meja makan itu. Rasa nak menangis pun ada, tapi dia cekalkan hatinya.
"Laila nak buat tadi, tapi Laila cari blender tak jumpa." Laila Azwa cuba menerangkan keadaan sebenar.
![](https://img.wattpad.com/cover/241087949-288-k79894.jpg)
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...