Sudah beberapa kali Encik Marzuki bersin dan batuk-batuk. Badannya terasa panas seperti hendak demam. Mungkin kerana terkena hujan semalam."Abang tak kerja ke hari ni?"
"Abang rasa kurang sihat lah Has. Abang ambil cuti hari ni. Ingat nak berehat aje kat rumah."
Puan Hasnah hanya berdiam diri. Risau pula hatinya bila memikirkan suaminya yang ada di rumah. Macam mana Hasmira hendak datang ke rumahnya kalau ada Encik Marzuki.
"Abang turun ke bawah sekejap ye Has. Nanti abang bawakan sarapan buat Has."
Keluar Encik Marzuki dari bilik itu dan menuju ke ruang dapur. Kelihatan Laila Azwa sedang memasak sarapan pagi. Awal hari ini menantunya sudah berada di dapur. Terfikir dia kalau tiada Laila Azwa di rumah itu, alamatnya terpaksalah dia membeli sarapan di kedai sahaja.
"Laila..."
"Ye ayah. Ayah nak sarapan ke? Laila belum siap lagi buat sarapan ni." Terkejut Laila Azwa yang sedang leka menggoreng bihun.
"Tak apalah Laila. Ayah tak kerja hari ni. Badan ayah rasa kurang sihat."
Patutlah Laila Azwa perasan yang ayah mertuanya masih memakai baju Melayu dan kain pelekat sahaja. Kasihan pula dengan ayah mertuanya. Nampaknya dia kenalah buatkan bubur untuk ayah mertuanya.
"Laila, Suria selalu balik awal ke? Dah beberapa hari ayah tak bertembung dengan Suria."
Laila Azwa menoleh ke arah ayah mertuanya. Takkan ayah mertuanya tidak tahu yang Suria bercuti sebulan. Apa yang dia dengar dari mulut Hasmira hari itu, Suria bercuti kerana ada hal keluarga.
"Kak Suria bercuti sebulan ayah. Dengar kata dia ada hal keluarga."
Terkejut Encik Marzuki mendengar berita yang disampaikan oleh Laila Azwa. Kenapa dia boleh tidak tahu. Selalunya kalau Suria bercuti pasti akan beritahu atau telefon dia. Ini pula kalau cuti lama .
"Takpelah, ayah call Suria tanya pada dia. Mungkin dia lupa nak bagi tahu ayah." Berlalu Encik Marzuki ke ruang tamu mungkin untuk menelefon Suria.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Di meja makan Encik Marzuki hanya diam membisu . Wajahnya nampak muram sahaja. Mungkin kurang sihat jadi tidak ada mood untuk bersuara.
"Ayah nak tambah bubur lagi tak?" tanya Laila Azwa pada ayah mertuanya.
"Ayah dah sudah dah. Nanti tengahari ayah makan lagi bubur tu. Anif, semalam yang kita bincang nak upah orang buat kerja-kerja di rumah ni , ayah dah setuju upah Suria. Tadi ayah call Suria. Ayah dah suruh dia datang esok untuk buat kerja-kerja Laila. Laila tak perlu lagi buat kerja yang berat-berat. " Lemah Encik Marzuki berkata.
Hanif menandang ayahnya. Berfikir dia pasal ibunya pula.
"Habis, siapa pula yang nak jaga ibu?"
"Pasal ibu , Anif jangan risau. Nanti boleh je kita suruh Suria jengah ibu. kita bayar upah Suria lebih sikit."
Hanif menganggukkan kepalanya tanda setuju. Sebenarnya Encik Marzuki geram bila Suria memberitahu yang dia disuruh oleh Puan Hasnah bercuti selama sebulan
Encik Marzuki tidak faham apa motif isterinya berbuat begitu tanpa memberitahu padanya.Selepas bersarapan Encik Marzuki membawa sarapan bihun goreng dan air milo ke bilik untuk Puan Hasnah.
Setibanya Encik Marzuki di luar pintu biliknya , dia terdengar seperti suara orang berbual. Fikirnya mungkin suara dari siaran televisyen tetapi bila diamati lagi suara itu adalah suara Puan Hasnah. Dia kenal dengan suara isterinya. Encik Marzuki menguak daun pintu perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya Encik Marzuki melihat permandangan di depan matanya sekarang.
![](https://img.wattpad.com/cover/241087949-288-k79894.jpg)
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomansCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...