Bab 36 Diserang Lagi

2.2K 117 152
                                    

Hanif Mikail menyimpan kad pengenalan Laila Azwa dalam dompetnya. Kemudian matanya terarah semula pada Laila Azwa yang sedang terisak-isak menangis di bucu katil.

"Dua tiga hari ni  kau tak payah keluar dari bilik ini. Tak payah masak atau buat apa-apa pun. Ibu aku dua tiga hari ni pun kau tak perlu jaga. Kau dengar tak ni?"

Laila Azwa tidak bersuara, hanya menangis sahaja. Hanif menjadi berang.

"Kau faham tak aku cakap ni, perempuan sundal!!"

"Sa... saya bukan perempuan sundal. Encik yang rogol saya." Walaupun takut Laila Azwa masih mempertahankan dirinya dengan hinaan Hanif itu.

Hanif naik angin mendengar ucapan Laila Azwa.

"Kau kata apa?" Kuat suara Hanif menengking Laila Azwa. Cuba merapati Laila Azwa. Kakinya cepat aje menyepak Laila tetapi perlahan.

"Habis yang kau menggatal dengan jantan kat luar tu bukan sundal ke? Kau jangan tuduh aku dan pura- pura baik pula."

"Kau dengar sini... aku nak pesan kau sekali lagi. Aku taknak kau ceritakan apa-apa pada kak Suria dan ayah aku. Kalau aku dengar dia orang dapat tahu, kau tahulah nasib kau nanti. Kau faham tak ni?" Sedari tadi asyik ditanya Laila Azwa faham atau tidak. Sudah macam budak-budak Hanif buat Laila Azwa. Sempat kepala Laila Azwa ditunjal oleh Hanif.

Mendengar suara tinggi dari Hanif itu, Laila Azwa terus mengangguk sambil teresak-esak lagi. Sudah tiada apa lagi yang perlu dia pelihara . Laila merasa dirinya amat malang dan jijik. Rasa berdosa amat besar dan terasa ingin lari sahaja dari situ. Namun kini semuanya sudah terlambat kerana kad pengenalannya telah diambil oleh Hanif. Laila Azwa takut jika lari tanpa kad pengenalan mungkin akan mendatangkan masalah pada dirinya.

Hanif mendengus marah lalu bergerak keluar dari bilik itu tanpa memperdulikan Laila Azwa lagi.

Hanif masuk ke biliknya. Langsung tidak terkesan di hatinya akan kesedihan dan kesakitan yang dialami oleh Laila Azwa akibat perbuatan dan pukulannya tadi. Dia masuk ke bilik air untuk mandi.

Dalam masa dia membersihkan badannya, otak tetap berfikir. Tak sangka pulak dara lagi. Huh! Lantaklah dia. Tak salah pun dara dia diambil oleh aku. Aku kan suami dia. Memang patut pun aku yang dapat..." Hanif meneruskan mandinya hingga selesai.

Itulah ego seorang yang bernama Hanif. Dalam dirinya sekarang hanya dendam yang perlu dilunaskan.

Selepas mandi, Hanif Mikail bergerak ke bilik ibunya. Nampaknya dia perlu membantu memenuhi keperluan ibunya kerana tadi dia sudah mengarahkan Suria pulang.

Laila Azwa juga bergerak ke bilik air untuk  mandi dan membersihkan dirinya. Terasa sakit seluruh tubuhnya. Bengkak di wajahnya dan luka di bibirnya juga bertambah sakit. Kerana belum lagi bersolat Asar, dengan perlahan-lahan dia mengambil wudhuk . Selepas itu membentang sejadah dan menjalankan kewajipan menunaikan solat Asar. Selepas habis mengerjakan solat dia berdoa kepada Allah SWT dan menangis teresak-esak lagi Laila memohon keampunan kepada yang Maha Esa.

Selepas itu  dia hanya mendiamkan diri di dalam bilik. Tidak terasa pun untuk makan. Nasib baik  pagi tadi sebelum peristiwa diganggu Zaki , dia sempat makan bersama anak-anak Zaki.

Jam menunjukkan pukul lima setengah petang...

Laila Azwa tahu waktu sekarang bila-bila masa sahaja Encik Marzuki akan balik. Dia tidak berharap pun belas kasihan dari Encik Marzuki. Tidak dapat dilakukan apapun untuk mengembalikan maruah dirinya yang sudah tercemar. Cuma Laila Azwa berharap suatú hari nanti dia dapat peluang bertemu suaminya. Jika bertemu, dia akan memohon maaf dan akan minta diceraikan.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now