Bab 6 Ikram Bawa Lari

2.2K 114 95
                                    

Lagu Mimpi Laila

Najwa mendapatkan ibu dan ayah tirinya di khemah. Dia merasa tidak puas hati bila lelaki yang menjadi suami kakak tirinya sebenarnya muda dan tampan orangnya. Mana perginya orang tua yang dikatakan oleh ibunya sebelum ini. Takkan ada ilmu pula orang tua tu boleh bertukar wajah. Tidak boleh jadi ni. Dia mesti dapatkan penjelasan dari ibu dan ayah tirinya.

"Ibu, kenapa suami si Laila tu bukan orang tua.  Hari tu ibu kata bakal suami si Laila sebaya ayah."  rungut najwa tidak puas hati.

"Manalah ibu tahu. Tadi pun masa akad nikah tu,  ibu pun terkejut juga. Hari tu memang orang tua yang bernama Hanif mengikut datang merisik dan dia juga yang mengaku bila ibu bertanya yang mana satu Hanif, " ujar Puan Natrah sambil menoleh ke arah Encik Hadi. Mungkin minta penjelasan suaminya pula.

Tergelak Encik Hadi mendengar bicara kedua beranak itu. Dari awal, Encik Hadi sudah tahu yang  bakal nenantunya masih muda. Hanif Mikail anak Encik Marzuki bukan si Hanif duda yang sebaya dengannya. Takkan lah gila dia hendak jodohkan anak kandungnya yang muda dengan orang tua. Memang sengaja dia tidak bagi tahu Puan Natrah kerana sudah masak dengan perangai isteri mudanya itu. Sejahat-jahat Laila Azwa,  dia tetap anak kandungnya.

"Dah awak tanya mana Hanif, tentulah kawan Encik Marzuki mengaku sebab namanya Hanif. Lagipun untuk apa nak hebohkan siapa menantu saya, " ujar Encik Hadi berterus terang. 

Puan Natrah menjeling suaminya geram.  Najwa pula tidak berkata apa-apa lagi. Rugi betul sebab dia tidak ambil tahu siapa bakal suami kakak tirinya sebelum ini. Kalau tidak pasti dia yang bersanding dengan Hanif Mikail sekarang ini.. Angan -angan ajelah  Najwa....

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Di dalam bilik pengantin...

Perlahan-lahan  mak andam meletakkan kepalanya di atas meja solek. Dia tertidur selepas meminum air yang diberikan oleh Laila Azwa. Melihatkan keadaan itu, Laila Azwa mula bertindak. Beg galas yang sudah tersedia dengan sedikit pakaian, dokumen dan sijil diambilnya. Dia kemudian menyalin kepada pakaian biasa. Seluar track dan t.shirt berwarna hitam. Tudung hitam juga disarung di kepalanya. Berharap tiada sesiapa dapat mengenalinya apabila mengenakan tudung. Bijak betul plan yang diatur oleh Laila Azwa.

Laila Azwa mengeluarkan cermin mata tanpa power yang dibelinya semasa keluar dua hari lepas dengan ayahnya. Lantas mengenakan cermin mata itu kemukanya dan melihat wajahnya di cermin. Memang nampak perubahan yang besar pada wajahnya dengan solekan dan tudung yang dipakainya.

Selepas berpuas hati dengan penampilannya, dia membuka pintu bilik perlahan- lahan. Mengintai dia di sebalik daun pintu dan kelihatan ramai tetamu berada di ruang tamu . Semua tetamu dan ahli keluarganya sedang sibuk berbual sambil menunggu majlis persandingan bermula.  Ada juga tetamu yang sedang makan. Kemudian dia mengintai di sebalik cermin tingkap biliknya  keluar halaman rumah. Kelihatan ramai yang berada di  bawah khemah sedang menjamu selera.

Laila Azwa menarik nafas. Dia sudah bersedia untuk meninggalkan rumahnya .
Dia membuka pintu bilik perlahan-lahan. Ada beberapa pasang mata memerhatikan nya. Namun mengalihkan pandangan mereka ke tempat lain. Mungkin mereka tidak mengecam Laila Azwa dan menganggap itu mak andam. Dia kemudian keluar sambil menekan tombol pintu dari dalam dan menutupnya. Maka terkunci lah pintu itu dari dalam.

Laila Azwa berjalan perlahan di celahan dan belakang para tetamu yang berada di ruang tamu. Akhirnya dia berjaya sampai ke pintu dapur. Dia akan keluar mengikut pintu belakang kerana ayah dan ibu tirinya berada di bahagian depan menyambut tetamu. Najwa juga entah ke mana. Dia tidak mahu mengambil pusing pasal hal lain. Dia bernasib baik kerana tetamu yang ternampaknya tidak perasan itu adalah dia.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now