"Abang Hanif... " Hasmira seperti ulat beluncas meluru ke arah Hanif yang sedang bersandar di katil hospital.
Laila Azwa yang sedang duduk di atas sofa itu dari mengantuk terus terbuka besar matanya dengan kehadiran Hasmira. Meluat pula Laila Azwa melihat kegedikan Hasmira. Rasa hendak termuntah dia melihat wajah sepupu Hanif yang manja semacam dan bermakeup tebal.
"Mira..." Hanif membalas teguran Hasmira.
"Sorry abang. Mira lewat sikit jenguk abang. Tadi Mira ada hal." Entah ye entah tidak . Hal apa agaknya yang dia ada.
"Takpe Mira. Nasib Mira datang. Abang terasa lapar ni." ujar Hanif sambil mengerling ke arah Laila Azwa yang duduk di sofa yang sedang memandang ke arah mereka.
"Laaa, tak makan lagi . Nak dekat pukul satu lebih ni. Orang gaji abang ni apa kerja dia duduk je tu macam mem besar. Macam patung cendana. Baik Mira je yang tunggu abang." Mulalah Hasmira membebelkan Laila Azwa.
Laila Azwa sudah mengetap bibirnya.
"Encik Hanif ni dari tadi aku nak bagi makan dia taknak. Sekarang mengadu domba dengan perempuan badut ni. Mulut perempuan ni pun aku cili karang baru tahu. Datang- datang nak marah aku. Kalau kau nak tau aku ni bukan orang gaji tapi memang mem besar pun," Berkata Laila Azwa dalam hati sahaja. Tidak berani hendak meluahkannya ."Kesian abang. Mira suapkan abang makan ye?"
Nasi di dalam tray itu diletakkan di atas ribanya dan dia menyudukan nasi itu ke mulut Hanif. Nampak berselera Hanif makan. Selepas makan Hanif diberi makan ubat pula yang sudah ada di atas meja beroda itu. Mungkin jururawat ada masuk dan meletakkan ubat itu di situ . Laila Azwa pun tidak perasan . Mungkin semasa dia terlelap sekejap tadi.
Melihat Hanif yang mudah diberi makan nasi dan ubat oleh Hasmira, Laila Azwa terasa hati. Nampak sangat kebencian Hanif padanya memang tidak dapat dibendung. Sedih Laila Azwa melihat kemesraan Hasmira dan Hanif.
"Mira, abang rasa sakit perut ni. Abang terasa nak buang air besar ni." Tiba-tiba Hanif memegang perutnya yang terasa memulas itu.
Sebenarnya Hanif ni degil juga. Jururawat sudahpun memesan agar dia memakai pampers tetapi Hanif tetap dengan keras kepalanya membantah. Akhirnya dia dipesan kalau hendak buang air besar panggil jururawat atau Laila Azwa.
"Ya Allah. Abang nak berak ke? Aduh, macam mana ni?" Hasmira mula gusar. Kalau nak harap dia tolong Hanif, maaflah , memang tidak lah jawabnnya.
Tiba-tiba Hanif terkentut. Hasmira yang terhidu bau kentut Hanif berlari masuk ke dalam bilik air. Rasa hendak muntah Hasmira. Laila Azwa hanya memerhati sahaja drama lawak jenaka di depannya itu.
Selepas keluar dari bilik air Hasmira dengan muka tidak malunya memanggil Laila Azwa yang sedang duduk di sofa itu.
"Hey! Kau tolong uruskan abang Hanif tu. Dia nak berak tu. Cepatlah..." Hasmira mengarahkan Laila Azwa membantu Hanif. Laila Azwa tanpa bantahan bangun menghampiri Hanif.
Hanif yang mendengar Laila Azwa disuruh membantunya untuk buang air besar merasa berang.
"Kau tak payah tolong aku. Aku taknak kau tolong aku. Pergi..." Masih dengan sikap keras kepalanya Hanif memarahi Laila Azwa.
"Abang, biarlah maid abang ni yang tolong. Takkan nak suruh Mira pula." Mira yang berdiri jauh dari katil Hanif bersuara.
"Mira pergi panggilkan nurse. Cepat, abang tak tahan ni." Mendengar arahan Hanif, Hasmira keluar untuk memanggil jururawat. Laila Azwa duduk kembali di atas sofa. Dah orang tak perlukan pertolongan dia.
Jururawat masuk ke dalam wad Hanif diekori Hasmira. Seperti tadi Hasmira duduk di sudut yang agak jauh dari katil Hanif. Jururawat menghampiri Hanif.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...