Bab 10 Merasa Bebas

1.6K 102 102
                                    

Laila Azwa merasa amat bebas.  Tiada leteran ibu tirinya. Tiada sakit hati pada adik tirinya,  juga tiada kemarahan dari ayahnya. Dia bebas untuk berbuat apa sahaja. Tidur tidak bangun pun tiada siapa yang marah. Makannya dibeli sahaja oleh Ikram. Baju semuanya dihantar ke kedai dobi. Mudah dan senang hidup Laila Azwa. Ikram juga tidak menegur tindak tanduknya. Malah menggalakkan lagi.

"Tidur je lah sayang...lagipun bukan ada kerja pun nak buat... "Ikram berkata begitu setelah duit yang diminta diperolehinya.

Genap seminggu Laila Azwa melarikan diri,  sudah seribu habis duitnya.  Namun begitu barang kemas ibunya masih belum dijual.  Duit yang diguna adalah duit dalam akaun banknya. Entah banyak mana jumlah yang ada pun siapa tidak tahu. Itu adalah duit peninggalan ibunya.  Duit itulah yang dijoli semasa di kampung hingga kini.

"Ala,  dah tak larat dah la nak tidur abang.  Jomlah pergi jalan -jalan , shopping . Laila nak beli baju yang Laila tengok dalam majalah fesyen ni... kat Isetan...  abang tau kan shopping mall tu... " rengek Laila Azwa.

Walaupun Laila Azwa gadis kampung,  tapi dia memang peka dalam berpakaian dan penjagaan diri. Semasa di kampung dahulu,  Laila Azwa selalu ke bandar untuk mendapatkan khidmat SPA,  penjagaan kulit dan rambut.  Jadi mengenai fesyen juga memang dia tidak ketinggalan.

"Mahal sayang baju kat situ... " ujar Ikram.  Tahu sangat baju di Isetan mana ada yang murah. Harga boleh buat gaji hilang sebulan. Itupun baju yang paling murah agaknya.

"Laila ada duit la... "

"Tahu,  sayang ada duit,  tapi jimat la...  kata nak belajar hari tu... " Ikram menasihati,  takut duit Laila Azwa habis,  mampus dia hendak menanggung nanti.  Mahu makan pasir.

"Belajar tu nantilah. Laila nak happy -happy dulu. Bila dah puas jalan - jalan kat Kuala Lumpur baru Laila mula belajar..."

Ikram tersandar pada sofa mendengar kata-kata Laila Azwa. Memicit kepalanya. Tidak sangka pula aweknya seorang yang suka menghabiskan duit tidak tentu hala.

"Tunggu kejap ye,  Laila nak siap... " Berlari anak Laila Azwa masuk ke bilik.

Ikram hanya melihat tanpa kata. Menelan airliur juga melihat punggung Laila Azwa.  Seperti selalu Laila Azwa hanya memakai baju t-shirt ketat tanpa lengan dan berseluar pendek. "Menguji iman aku betul si Laila ni... " rungut Ikram.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Hanif memasuki lobi bangunan officenya. Dia menaiki lif untuk ke tingkat sepuluh di mana officenya berada. Sudah seminggu dia bercuti kahwin. Seminggu itulah dia menjaga ibunya dengan baik. Buat masa ini dia sedang memikirkan untuk mencari pembantu rumah bagi menjaga ibunya bila dia dan ayahnya bekerja.

Sebelum ini mereka tidak ada pembantu rumah pun. Segala keperluan dia dan ayahnya,  Puan Hasnah lah yang menyiapkannya. Tetapi sekarang ibunya sudah tidak berdaya lagi.

"Assalamualaikum Encik Hanif...  selamat pengantin baru... " ucap salah seorang staff  office yang bertembung dengannya.

Dia menjawab salam,  tapi wajahnya serious. Memang dia merasa bahang tiba-tiba dengan ucapan  'selamat pengantin baru itu.  Dia juga telah memaklumkan tentang pembatalan kenduri di rumahnya di Selangor dengan alasan ibunya jatuh sakit.

Semua rakan pejabat tahu mengenai kisah ibunya, tetapi mereka tidak tahu kejadian di sebalik itu. Dia dan keluarganya menutup rapat kisah itu. Bernasib baik kerana semasa rombongan ke rumah Laila Azwa pada hari perkahwinan hanya seorang dua sahaja rakan baik lelaki yang mengikutinya. Mereka juga menutup mulut kerana hormatkan Hanif Mikail. Mereka tahu keluarga Hanif Mikail dan Laila Azwa sangat malu. Mana tidaknya,  bila pengantin lelaki bersanding seorang diri.  Siapa yang tidak malu.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now