Laila Azwa mula kelam kabut ke ruang dapur. Dia mula membilang waktu. "Sekarang pukul sepuluh, kemas rumah, vacum, siram pokok bunga , mahu dua jam ni... alamak! Pukul dua belas baru siap. Mati la macam ni." Laila Azwa mula panik. Dia merenung sahaja pada bungkusan atas meja itu. Kemudian dia bergerak ke ruang tamu.
Dia serba tidak kena, nak vacum dulu ke atau nak siram pokok bunga dulu. Akhirnya Laila Azwa berlari ke luar halaman rumah. Dia terfikir takkan nak siram pokok bunga pukul sebelas pagi, matahari sudah tinggi kut. Nanti tak pasal-pasal pokok bunga itu mati pula.
Tanpa mengira apa lagi, Laila Azwa terus memasang paip air dan mula menyembur ke arah pokok-pokok bunga yang ada. Asalkan semua pokok bunga itu kena air, sudah memadai. Fikir Laila Azwa. Dua puluh minit diambil untuk melengkapkan aktiviti menyiram. Memang Laila Azwa tidak fokus sangat , ini kerana otaknya dipenuhi dengan masak kari kepala ikan dan ayam berempah. Kailan ikan masin memang mudah sahaja.
Selepas tugasan di luar, Laila Azwa melihat jam lagi. Sudah pukul sepuluh setengah. Selajunya Laila Azwa mengemas bantal-bantal kecil di sofa. Mana yang tidak betul dibetulkan. Dia mengelap perabut yang ada. Nasib sebelum ini dia pernah bekerja sebagai cleaner, jadi dia tahu jugalah bab mengemas ini.
Tadaaaa... Setelah selesai mengemas, Laila Azwa melihat jam lagi. Kamcing pula dia dengan jam. Jarum jam menunjukkan ke angka sebelas pagi. Laila Azwa terus mengunci pintu depan dan bergerak ke ruang dapur. Dia sudah tidak risau perihal Puan Hasnah kerana adanya kak Suria.
"Ishh, nasib ada kak Suria..." katanya sambil membawa barang basah dari meja ke sinki.
Laila Azwa mula membuka bungkusan plastik yang berisi barang basah itu sambil menyanyi perlahan.
"Senyum seindah suriaaa yang membawa cahyaaa... senyumlah dari hati dunia mu berseriii... erkkk." Suaranya berkumandang sumbang.
Tingg...tongg...
Termati nyanyiannya dengan bunyi loceng di muka pintu. "Ishh, siapa pulak yang datang ni... orang dah la busy...?" Laila mengomel sendiri namun kaki melangkah juga keluar dari dapur.
Laila Azwa membuka pintu berhati-hati, lalu melihat ke luar pagar rumah itu.
"Cik cari siapa?" Laung Laila Azwa pada tetamu yang berada di luar pagar. Banyak pula tetamu rumah ini.
Orang itu terus memberi salam.
"Saya fisioterapi... nak buat senaman untuk Puan Hasnah."
"Ooo, ahli fisio yang Encik Hanif cakap tu agaknya..." getus Laila Azwa lagi. Dia pun sudah lupa sebab banyak sangat pesanan Hanif padanya.
"Kejap ye..." Laila Azwa terus menekan suis auto gate untuk membuka pagar itu.
"Masuklah , Puan ada kat atas," pelawa Laila Azwa.
"Terima kasih..." Ahli fisioterapi itu terus melangkah masuk dan menaiki tangga ke tingkat atas. Memang sudah tahu di mana bilik Puan Hasnah kerana sudah kerap datang ke situ.
"Hermm..." balas Laila Azwa sambil memandang sahaja.
Selepas ahli fisioterapi itu hilang dari pandangannya, Laila Azwa terus ke dapur semula dan bersedia untuk memasak. Apa lagi, dia mula google mencari cara memasak. Nasib baik dia ada telefon canggih, maka dengan sabar dia membaca dan mengikuti resepi yang ada di situ.
"Nasib baik kak Suria ni beli barangan yang lengkap." Laila membasuh daun kari. Ikan direndam dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir. Kemudian dia mula memotong bawang.
Sampai pada memasak ayam berempah, Laila Azwa menjadi blur. Rasa susah pula bab ayam berempah ini. Kena kisar bahan-bahan pula. Blender mana diletakkan pun Laila Azwa tidak jumpa. Puas selongkar, masih tidak berjumpa. Akhirnya bila Laila Azwa melihat jam sudah lambat sangat, dia terpaksa masak ayam itu dengan resepi yang dia tahu. Resepi mudah dan cepat.

YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...