Bab 40 Mana Cukup

1.9K 108 93
                                    


Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi.

Laila Azwa keluar untuk membuang sampah. Tadi dia sempat menjenguk Suria sedang memberi makan Puan Hasnah selepas dia yang sudah siap memandikan wanita itu. Masih terasa sengal pada pinggangnya kerana Puan Hasnah selalu tidak berikan kerjasama semasa hendak  memandikannya .  Namun Laila Azwa tidak kisah dan terus juga memandikan wanita itu.

Sampai di pagar, Laila Azwa terus membuang sampah. Kemudian matanya melilau mencari  kelibat Ikram. Lama menanti tetapi Ikram belum muncul. Laila Azwa berkira - kira untuk masuk ke rumah , namun matanya terpandang kereta buatan Malaysia dengan cermin gelap sedang terpakir di seberang jalan tidak jauh dari rumah itu.

"Takkan dia dalam kereta tu?" omel Laila Azwa.

Baru sahaja Laila Azwa ingin bergerak masuk, sebuah motorsikal berhenti hampir dengan Laila Azwa.  

Ikram terus membuka cover pada topi keledarnya.     

"Mana duit tu...?" Tanpa rasa malu dan bersalah terus dia menghulurkan tangan pada Laila Azwa.

Laila Azwa terus menyerahkan duit itu dan berharap Ikram akan pergi sebelum sesiapa dalam rumah itu perasan.

"Heiiii... mana cukup ni. Aku kan minta seribu. Ni lima ratus je..." Ikram hangat hati.

Laila Azwa rasa ingin sahaja memaki Ikram, tapi bila mengenangkan rakaman video itu, dia cuba bercakap sehabis baik.

"Kalau saya bagi seribu, video tu kau nak padam ke?"   

"Tengok keadaan. Lagipun duit ni mana cukup." Ikram tetap mahukan jumlah yang diminta.

"Ikram, tolonglah! Saya ni orang gaji je. Bagi masa saya dua tiga hari. Nanti saya akan bagi lima ratus lagi tu..." Laila Azwa pun buntu , mana hendak dicari lagi lima ratus. Dalam fikirannya hanya terbayang wajah Suria dan Encik Marzuki sahaja.

"Itu masalah kau. Okey, esok atau lusa aku datang lagi. Pastikan duit tu ada. Kalau tak... he he he he... video ini akan aku viralkan. Kau akan terkenal sebagai perempuan murah. Kalau nasib kau tak baik , ayah kau akan tengok video ini. Ayah kau mesti terkejut dan pengsan. Semua orang kampung akan tahu yang kau memang perempuan tak ada moral. Ayah kau akan malu sampai mati. Kalau nasib kau tak baik, suami kau pun akan tengok. Ha ha ha... time tu, kau mesti kena cerai, " Ikram gelak dengan kuat seolah gembira dapat mengugut Laila Azwa begitu.

Mendengar kata-kata Ikram itu, Laila, Azwa menjadi susah hati dan malu. Jika betul tersebar rakaman video itu,  memang dia akan rasa terhina selamanya.

Selesai berkata begitu, Ikram meluncur pergi dengan motorsikalnya. Menderum dia menekan minyak dan berlalu. Laila Azwa melangkah lemah masuk dan menekan remote untuk menutup pagar rumah itu.

"Siapa tadi tu Laila. Bukan main bising bunyi enjin motor dia." tegur Suria.

Laila Azwa berharap Suria tidak melihat dia menyerahkan wang kepada kepada Ikram tadi.

"Oohh, tadi tu ada orang bertanya alamat rumah siapa entah. Saya cakap saya tak tahu." Laila Azwa terpaksa berbohong lagi sejak bertemu semula dengan Ikram. Entah sampai bila dia perlu berbohong pun dia tidak pasti.

"Hati-hati sikit bila berbual dengan orang yang kita tak kenal. Mana tahu peragut ke, pencuri ke..." pesan Suria.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Ternyata kedua lelaki yang diupah oleh Hanif itu patuh pada tugasan mereka. Bukan sahaja maklumat diberi, malah gambar Laila Azwa juga diambil semasa Laila Azwa menyerahkan sesuatu pada Ikram.

Hanif merenung mesej dari orang upahannya itu. Gambar Laila Azwa juga direnung dengan perasaan geram dan membara.

Hanif berasa tidak sabar dan ingin sahaja balik waktu itu juga untuk menyoal Laila Azwa. Ternyata Laila Azwa seorang perempuan yang tidak baik dan tidak boleh dijadikan seorang isteri. Begitulah pemikiran Hanif sekarang.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now