Dengarkan Siapa Laila..
Ikram bermenung di kedai mamak. Memikir permintaan kekasih hati. Ikut hati memang hendak dibawa sahaja bersama , tetapi bila memikirkan Encik Hadi bukan calang-calang orang di kampung itu, dia terpaksa membatalkan hasratnya sementara waktu . Encik Hadi seorang yang dihormati . Memang menjadi masalah baginya . Kalau dia masuk meminang, belum tentu kutu jalan macam dia , Encik Hadi akan terima. Lagipun gaji dia hanya cukup makan sahaja. Harapkan muka aje yang elok dipandang.
"Kalau aku ni ada duit banyak sekarang juga aku pinang si Laila. Ini tiap bulan habis gaji. Takkan nak pinang dengan air liur. Hish, serabut otak aku ni," bisik Ikram dalam hati.
"Hoii, Ik...menung jauh ni...?" Temannya melabuhkan duduk sambil menepuk bahunya.
"Hish, kau ni, terkejut aku. Lain kali beri salam dulu." Menjeling Ikram memandang kawannya yang melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya.
"Aittt, selama ni tak pernah aku bagi salam kau okey aje. Hari ni bad mood pulak bro?"
"Huh!" Ikram mengeluh.
"Masalahlah bro... awek kampung aku tu, suruh aku bawa lari dia. Ni yang aku tengah duk fikir ni... Runsing kepala otak aku ni."
Terhambur ketawa kawannya . Benda yang macam ni pun nak jadi runsing. Kalau dia memang senang aje dia buat. Kalau dah awek dia nak ikut lari, bawa aje. Bukan rugi pun , untung lagi ada.
"Hah, cantiklah tu... Dia offer diri... apa tunggu lagi... ngapp aje laaa..." Mudah aje ucapan kawannya . Dengan petikan jarinya sekali di depan muka Ikram.
Ikram menggeleng kepala. Ingat macam anak ayam agaknya . Boleh senang-senang nak bawa anak orang . Kalau anak ayam atau anak kucing senang lah cerita.
"Kau tak tahu, payah juga... Ayah dia ada nama kat kampung tu. Buat dia report polis, dengan aku- aku masuk jail. Kesian kat mak bapak aku... Lagipun aku ni sekampung . Mana keluarga aku nak letak muka nanti," ujar Ikram. Ingat juga dia akan mak dan bapa dia.
Mengangguk-angguk macam burung belatuk kawannya mendengar celoteh Ikram. Entah faham entah tidak .
"Sudahlah, tak payah fikir sangat. Nanti lepas ni kita fikirkan. Sekarang kita isi perut kita dulu. Perut aku ni dari tadi dah main alat muzik."
"Kau ni kalau pasal makan nombor satu. Untunglah jadi kau ni. Takde masalah aku tengok. Relax aje kau." Sempat Ikram menyindir kawannya. Yelah kalau dia macam kawan dia ni aman damai hati dia.
"He he... Masalah tu adalah bro. Siapa kata takde. Tapi aku ni malas nak fikir. Fikir diri sendiri lagi baik," balas kawannya lagi. Prinsip hidup dia memang mudah.
Macam la si Ikram tak tahu yang kawannya itu playboy. Mana nak fikir masalah awek- awek ni. Kalau satu pergi sepuluh ada menanti. Lantak kau lah kawan.
Ikram hanya menggelengkan kepalanya bila pelayan kedai mengambil pesanan makanan darinya. Tiada selera untuk makan bila ada masalah pasal cinta. Sementara kawannya hanya menggelengkan kepala sahaja melihat Ikram yang ada masalah dengan girlfriend dia.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Hanif Mikail anak ketiga dari sebuah keluarga yang sederhana. Namun begitu dia berjawatan agak baik di sebuah sektor swasta sebagai seorang jurutera. Walaupun Encik Marzuki mempunyai business kecil-kecilan, tetapi Hanif Mikail lebih suka bekerja di syarikat lain. Setimpal dengan kos yang dia ambil semasa di universiti dan kelulusan yang dia ada . Dia merupakan penolong ketua unit di antara unit-unit yang ada di syarikat itu. Menjadi kepercayaan boss besar di Syarikat Purnama Global.
Hanif Mikail mempunyai sifat yang agak panas baran. Cepat membuat keputusan. Cepat marah juga tetapi menghormati ibubapanya.
"Ibu harap Hanif setuju ye nak ye..." ujar Puan Hasnah pada Hanif Mikail semasa mereka duduk bersembang di ruang tamu selepas makan malam. Encik Marzuki pula sudah keluar berjumpa kawan-kawan business dia.
Ibunya sudah beberapa kali bertanya dirinya perihal bertunang. Ini entah masuk kali ke berapa. Takkan kena mandi bunga pula anaknya itu. Umur pun sudah masuk dua puluh sembilan tahun. Wajah kacak dan bergaya anaknya , tapi susah sangat nak ada teman wanita. Hendak kata pemalu tidak juga. Takkan anaknya pernah frust bercinta pula sampai susah nak ada perempuan.
"Gadis tu mahu ke ibu? Kut dia dah ada pilihan lain. Baik ibu tanya betul-betul. Hanif taknak lah nanti kawin lepas tu cerai berai pulak..." tanya Hanif Mikail. Ternyata Hanif Mikail berfikiran jauh.
"Gadis kampung. Ibu kenal sangat ayah dia. Ayah dia tegas dalam mendidik anak. Lagipun gadis tu seorang aje anak yang dia ada. Ayah kamu pun baik dengan ayah dia . Ibu rasa Hanif pun kenal kut sebab masa kecil dulu Hanif selalu bermain dengan budak tu ..."
Hanif melepas nafas perlahan. Terlihat kegembiraan pada wajah ibunya bila berbicara tentang gadis itu. Siapa agaknya gadis yang pernah jadi kawan sepermainannya di kampung dulu. Entahlah! Hanif pun tak ingat.
"Ikut ibulah... Kalau ibu rasa elok pinang aje. Hanif tak kisah sangat..."
"Ya Allah, betul ke ni nak?"
"Betullah ibu. Hanif serahkan kat ibu aje. Baik pada ibu, baiklah pada Hanif."
Puan Hasnah tersenyum senang. Sejuk perut ibu mengandung anak yang mendengar kata seperti Hanif Mikail.
"Yelah... esok ibu cari cincin. Dalam minggu depan ibu dan ayah pergi pinang. Hanif ikutlah sekali ye?" pinta Puan Hasnah.
"Maaflah bu, Hanif rasa tak boleh ikut, sebab minggu depan Hanif banyak meeting dekat office tu..." Hanif menolak secara baik.
Puan Hasnah mengeluarkan sekeping gambar dan menghulurkan kepada Hanif.
"Ini gambar gadis tu..." Sekeping gambar dihulurkan pada Hanif Mikail.
Hanif mengambil dan merenung gambar itu. Tiada kata yang terluah dari bibirnya. Hatinya pun tidak berdetik apa-apa. Gambar seorang gadis yang sedang tersenyum.
"Hanif simpanlah." ujar ibunya bila dia ingin mengembalikan semula gambar itu. Buat jual mahal pula si Hanif Mikail. Takkan puas pula sekali imbas aje melihat gambar gadis itu.
Hanif merenung gambar itu sekali lagi dan kemudian memasukkan ke dalam dompetnya.
"Hanif naik dulu ye bu...mengantuk sangat ni." ujar Hanif sambil menapak ke anak tangga rumah teres dua tingkat itu.
Berlalu dia masuk ke dalam bilik. Duduk dia di birai katil dan gambar tadi dikeluarkan dari dompetnya semula. Tadi tidak puas merenung sekali lalu sahaja. Sekarang dia akan meneliti sekeping gambar itu sepuas hatinya.
"Cantik juga..." bisiknya sambil mengusap wajah Laila Azwa di dalam gambar itu.
Akhirnya dia terlelap bersama sekeping gambar yang melekap di atas dada bidangnya.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Tadaaa... Terimalah bab baru BDL Semoga yang membacanya akan terhibur. Cerita hanya hiburan sahaja.
Terima kasih D dan semua yang sentiasa support sab dan cerita Sab yg tidak seberapa ini. Doa sab semoga D😍⭐🌹 dan anda semua ✌️🌹 sentiasa sht sejahtera dan dilindungi Allah SWT sentiasa. Aamiin.
#staysafe...✌️🌹🌹
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...