Laila Azwa terus lari menuruni tangga tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia terburu - buru sehingga terlanggar seorang penghuni di flat yang kebetulan menggunakan tangga. Penghuni itu tertoleh - toleh kepadanya, mungkin hairan dengan pakaiannya yang sedikit koyak . Mukanya pula berdarah dan lebam akibat tumbukan.
Setelah sampai ke bawah, dia menuju ke tempat beg yang dibuang melalui tingkap tadi. Bersyukur dia sekali lagi beg itu masih ada. Laila Azwa mengambil beg itu dan terus melarikan dirinya. Dia amat takut jika Ikram atau lelaki yang mencabulnya itu mengejar dirinya.
Beberapa lama berlari, akhirnya Laila Azwa menghentikan langkahnya. Kepenatan menyelubungi diri. Sakit pada badan dan mukanya mula terasa. Laila Azwa menyapu bibirnya , terasa bengkak bibirnya dan berdarah. Tanpa arah tujuan, Laila Azwa terus mengatur langkah kakinya.
Matahari semakin tenggelam. Malam akan menjelma. Laila Azwa mula gusar. Ke mana diri hendak dibawa. Namun jawapan ditemui bila dia terdengar laungan azan dari sebuah surau di kawasan itu. Segera dia membawa diri ke surau itu dengan niat untuk bermalam di situ pada malam ini.
Laila Azwa terus ke tandas surau itu dan mencuci mukanya perlahan. Dia bermenung sekejap. Terasa berdosa kerana selama dengan Ikram dia tidak pernah bersolat. Memang hampir lupa daratan. Namun dia bernasib baik kerana mahkotanya masih lagi terjaga. Dia menangis sedih di tepi pancuran tempat mengambil wudhuk itu.
Tangisan Laila Azwa menarik perhatian seorang wanita separuh umur yang baru tiba untuk mengambil wudhuk di situ
"Adik, kenapa menangis ni..."
Wanita itu menyentuh lembut bahu Laila Azwa yang sedang teresak - esak menangis . Merasa ada yang menegurnya, Laila Azwa mengesat airmata dan dengan perlahan dia menoleh ke wajah wanita yang menegurnya itu.
"Ya Allah... kenapa muka adik lebam- lebam dan berdarah ni? Siapa yang pukul adik?"
Mendengar pertanyaan wanita itu, hati Laila Azwa menjadi bertambah sedih. Dia menangis semahunya.
"Sabar, sabar... ambil wudhuk dulu. Jom kita solat. Lepas ni cerita pada makcik ye?"
Usai berwudhuk, wanita itu membantu Laila Azwa ke ruang solat yang disediakan untuk wanita. Tidak ramai jemaah perempuan malam ini. Jemaah lelaki ramai tetapi jemaah perempuan hanya dia dan wanita itu sahaja.
Selesai solat maghrib, wanita itu mula bertanyakan perihal Laila Azwa menjadi begitu.
"Saya kena pukul makcik..."
Laila Azwa mula menceritakan apa yang berlaku pada dirinya.
"Siapa yang pukul anak ni?"
Laila Azwa malu untuk berkata yang dia bersama dengan kekasihnya. Akhirnya jawapan lain yang keluar dari mulutnya .
"Suami saya. Habis duit saya dia ambil. Lepas itu dia berhutang dengan orang. Tadi ada kawan dia nak buat tak elok pada saya. Saya tak nak sebab tu kena pukul. Sebab tak tahan kena pukul saya lari."
Laila Azwa mula menangis lagi.
"Ya Allah!... Apalah yang jahat sangat suami kamu tu..."
Wanita itu bersimpati pada nasib Laila Azwa. Dia memeluk gadis itu untuk menenangkannya .
"Ni, anak ada tak tempat nak bermalam?"
Laila Azwa hanya menggelengkan kepala dalam pelukan wanita itu. Esakan sedihnya masih bersisa.
"Takpe, kita solat Isyak dulu, lepas tu ikut makcik balik ye? Makcik tinggal dekat - dekat sini je... Suami makcik tok bilal yang azan tadi tu. Nanti kita balik bersama ye? Sudah, jangan sedih- sedih lagi. Tinggal kat rumah makcik sementara waktu. Rumah makcik pun takde sesiapa. Yang ada, makcik, suami makcik dan adik suami makcik."
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...