Laila Azwa memang rasa geram dengan sikap Hanif . Dia masih lagi berdiri di muka pintu itu untuk mendapatkan penjelasan dari Hanif pasal Hanif dan Hasmira yang tidak bermaruah itu.Namun kelihatan Hanif dan Hasmira tidak endah pun padanya, malah menyalahkannya pula.
"Abang Hanif, Mira minta diri dulu ye. Dah nak pukul dua petang ni. Mira kena masuk office dah." Hasmira mencium tangan Hanif dan bangun untuk keluar dari bilik itu. Bertambah panas hati Laila Azwa melihat adegan itu. Boleh pula bukan mahram mencium tangan sepupunya. Dia sebagai isteri pun tidak dibenarkan berbuat begitu. Manalah pergi Hanif yang tegas selama ini.
Hasmira berjalan menghampiri muka pintu bilik itu dengan gaya lenggang lenggoknya.
"Ehhh, tepi sikit. Sibuk je kau ni hal orang. Orang gaji tu buatlah cara orang gaji." Hasmira menolak tubuh Laila Azwa yang menghalangnya di muka pintu bilik itu. Terdorong Laila Azwa ke belakang hingga belakang badannya terhentak pada tepi pintu.
Geram pula Laila Azwa dengan Hasmira. Kalau tidak kerana dia mengandung memang sudah dia SmackDown betina itu. Lagipun Hanif bukan boleh buat apa-apa pun. Setakat mulut sahaja yang boleh memaki dirinya.
Sepeninggalan Hasmira, Hanif mula memarahi Laila Azwa.
"Asal kau terjerit-jerit macam orang gila tadi. Kau takde hak lah nak marah aku. Aku bercium je pun. Bukan macam kau tu sampai bagi badan kau tu kat jantan lain. Pada hal kau tu isteri orang. Sedar sikit laaaa..."
Terdiam Laila Azwa dengan kata-kata Hanif itu. Laila Azwa tidak sangka Hanif masih percaya pada kata-kata Ikram dan video itu.
"Semua tu tipulah encik. Saya tak macam tu. Saya tak buat semua tu..." Laila Azwa cuba mempertahankan dirinya.
Mendengar penjelasan Laila Azwa, Hanif menjadi marah . Dia mengambil telefonnya dan membuka video lucah itu lagi.
"Ni kau tengok ni, kau tengok ni... ini bukan kau ke?"
Hanif yang sedang hangat hati itu bertambah sakit hati bila rakaman video itu dia mainkan semula. Tanpa berfikir , dia terus membaling telefon itu ke arah Laila Azwa.
Laila Azwa tidak sempat mengelak kerana tidak terjangkau Hanif akan lakukan itu. Balingan itu terkena kepala Laila Azwa lalu jatuh ke lantai. Benjol pada dahi Laila Azwa. Dalam kesakitan pada dahinya, Laila Azwa berlari keluar menuju ke bilik bawah. Dia menangis sedih. Suria yang terdengar bunyi bising sejak awal tadi telah keluar dari bilik Puan Hasnah dan dapat menyaksikan balingan telefon bimbit Hanif yang terkena pada dahi Laila Azwa. Dia hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
"Hurmmm, dari pagi sampai nak ke petang asyik bergaduh aje..." Suria tidak jadi untuk ke bilik Hanif. Dia berpatah balik untuk ke bilik Puan Hasnah.
"Nasib kau lah Laila. Tu lah, lari lagi dari laki, dah jadi macam ni nak salahkan siapa. Kalau aku pun, aku marah..." Suria mengomel sendiri sambil memasuki bilik Puan Hasnah.
Suria mengetahui perihal Laila Azwa lari dari Puan Hasnah juga yang bersusah payah bercerita .
Selepas kejadian bercium dan baling telefon, Laila Azwa tidak lagi naik ke bilik Hanif. Dia menjeruk rasa di biliknya. Hanif dibiarkan sahaja bersendirian. Lantaklah nak berak ke, nak kencing ke,
biar Hanif buat sendiri. Paling tidak pun Hanif akan panggil Suria. Laila Azwa bertekad tidak mahu ambil tahu lagi .Namun semuanya itu hanya seketika cuma.
"Alaaa... tapi aku dah janji nak jaga dia dengan ibu sampai sembuh... hishhhhh..."
Laila Azwa teringat akan janjinya tempoh hari.Laila Azwa bangun dan menghadap cermin muka.
"Ok Laila... kau kena sabar. Kau jaga dan rawat mereka sampai sembuh. Lepas tu bila mereka dah sembuh, kau boleh keluar dari rumah ini. Hal dia dengan Mira tu kau abaikan sahaja." Laila Azwa berkata sendiri pada bayang dirinya di dalam cermin itu.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...