Hanif sudah selesai makan tengahari. Laila Azwa meletakkan kembali talam ke atas meja di sisi katil.
"Errrr, encik nak duduk atas lantai ni sampai bila? Macam mana kalau nak ke tandas nanti.? Nak solat lagi..." Laila Azwa cuba bertanya pada Hanif. Sedari tadi Hanif masih lagi duduk di atas lantai sambil menyandar di tepi katil.
Laila Azwa menatap wajah Hanif yang asyik tersengih macam kerang busuk itu.
"Tak pe... Laila jangan risau. Saya call Amran suruh datang semula angkat saya." Hanif mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Amran.
Pelik Laila Azwa, kenapalah Hanif suruh Amran balik tadi. Hendak bertanya terasa pula takut.
"Laila pergilah buat kerja, nak mandi atau solat ke..."
Laila Azwa meminta diri dan keluar dari bilik itu. Baru hendak menutup pintu bilik, namanya diseru lagi oleh Hanif.
"Laila..."
"Ye encik... kenapa?" Laila Azwa menjengah semula di pintu bilik itu.
"Laila janji jangan tinggalkan saya ye?"
Terkedu Laila Azwa dengan permintaan Hanif itu. Terbantut niat Laila Azwa awal tadi untuk pergi dari situ.
"Hermm... ye lah." Laila Azwa menutup daun pintu bilik kembali.
Hanif menarik nafas lega. Hatinya mula merancang agenda seterusnya. Terutama malam nanti.
"Hishhh, macam mana malam nanti?" Hanif sedikit risau sambil memandang kakinya yang masih belum upaya bergerak sepenuhnya. "Harap Laila bersabar hingga kaki ini sembuh ," doa Hanif dalam hati.
Namun tiba-tiba wajah Hasmira muncul, membuat Hanif berfikir dua kali jika sembuh.
Dalam masa tiga puluh minit, Amran muncul semula di bilik itu. Pelik pula dia melihat Hanif kembali baik dan sudah tidak marah-marah lagi petang itu. Ceria sahaja wajah majikannya itu. Malah menjemput dia minum petang bersamanya sebelum dia pulang pada pukul empat petang.
Malam itu, makan malam mereka masih siakap masak stim. Seperti biasa hanya Laila dan Encik Marzuki makan di ruang dapur itu.
"Mana Laila belajar masak ikan ni?"
"Laila belajar dalam internet je ayah..." Malu pula Laila Azwa rasakan.
"Ohh... masam sikit. Lain kali jangan letak limau banyak sangat."
Terdiam Laila Azwa. Ingat ayah mertuanya akan memuji sedap seperti selalu. Isshhh, malunya. Tapi siang tadi Hanif cakap sedap je. Mungkin Hanif lapar agaknya tadi, fikir Laila Azwa.
"Ye, ayah..."
Selepas menemani ayah mertuanya makan malam, Laila Azwa mula menghidangkan makanan untuk ibu mertuanya dan Hanif.
Selesai semuanya, Laila Azwa membasuh bekas pinggan mangkuk dan mengemas dapur. Kali ini Laila Azwa sengaja melakukan kerja-kerjanya dengan perlahan. Dia berharap Hanif sudah tidur. Laila Azwa pasti kejadian siang tadi akan memberi kesan pada mereka malam nanti. Semasa membantu Hanif makan tadi pun kelihatan suaminya itu macam pelik sahaja. Asyik tersenyum dan tersengih macam orang sewel.
Akhirnya Laila Azwa juga tersenyum sendiri sambil mengelap meja makan. Entah berapa kali meja itu dilap dia pun tidak sedar. Mengata Hanif sewel, dia pun dua kali lima juga.
"Laila, asal ayah tengok asyik senyum je tengok meja tu? Ada apa-apa kat atas meja tu yang menggelikan hati ke?" Encik Marzuki pun pelik dengan Laila Azwa yang asyik tersenyum dari tadi. Dia yang turun semula untuk mengambil air buat isterinya pun tidak disedari oleh Laila Azwa.
![](https://img.wattpad.com/cover/241087949-288-k79894.jpg)
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...