Bab 96 Ramadhan dan Hari Raya.

3.1K 160 141
                                    

Dengarkan lagu terakhir UTK cerita ini. Maaf Tak Indah

Sudah seminggu Ramadhan disambut oleh umat Islam. Pada awal Ramadhan Hanif dan ibunya menyambut kedatangan bulan yang mulia itu di rumah Encik Hadi. Kemudian mereka pulang ke bandar pada hari ketiga Ramadhan. Kini tiba pula masanya Laila Azwa pulang ke bandar mengikut suaminya.

"Sayang dah siap tak barang-barang yang nak bawa ke bandar tu?"

"Dah abang. Semua dah siap."

"Kalau macam tu , jom kita gerak sekarang. Cuaca nampak mendung macam nak hujan tu yunk?"

Dengan rasa berat hati, Laila Azwa bangun untuk keluar dari biliknya. Iffat dari tadi bersama Puan Natrah dan Encik Hadi. Kedua mereka itu berat hati juga untuk melepaskan Laila Azwa dan cucu mereka ke bandar. Sudah hampir empat bulan Laila Azwa berada di kampung dan tentulah bukan mudah untuk berpisah dengan anak dan cucu yang sudah berusia dua bulan.

"Ibu, ayah, kami dah nak gerak ni." Hanif memberitahu kedua ayah dan ibu mertuanya yang sedang mengagah Iffat.

"OO , ye ke?" Perlahan suara Puan Natrah. Nampak sayu wajah Puan Natrah.

Pipi Iffat dicium bertalu-talu oleh Puan Natrah silih berganti dengan Encik Hadi. Pasti mereka akan merindui Iffat.

"Nanti jangan lupa balik beraya di kampung ye? Ibu masak banyak-banyak nanti. Kita raya ramai-ramai dekat kampung ni. Lagipun dia orang boleh je tinggal di home stay kepunyaan ayah kamu. Tinggal kat rumah ni pun boleh juga kalau selesa." Beria-ria Puan Natrah mengingatkan Hanif.

"Ye lah ibu. Nanti saya pelawa kakak dan abang beraya di kampung ni. Ibu dan ayah jangan risau. Lagi tiga minggu kita orang akan balik ke sini."

Iffat diambil dari tangan Puan Natrah. Usai bersalaman dengan Puan Natrah dan Encik Hadi , mereka masuk ke dalam kereta. Laila Azwa melambaikan tangannya kepada ayah dan ibunya. Berat hatinya untuk meninggalkan mereka.

Laila Azwa dan Hanif bergerak untuk pulang ke bandar. Puan Natrah dan Encik Hadi menunggu sehingga tiada lagi kelihatan kereta Honda Accord Hanif di pandangan mereka.

Puan Natrah mengelap air mata yang menitis di pipinya.

"Sudahlah tu Natrah. Tiga minggu lagi dia orang akan balik ke sini sambut raya dengan kita. Nanti dapatlah awak lepaskan rindu pada Iffat lagi." Sebenarnya Encik Hadi juga berasa sedih tetapi cuba dikawal kesedihannya itu.

"Sayang sedih ye? Maafkan abang sayang. Bukan abang taknak sayang tinggal kat kampung tu, tapi abang kesian juga kat ibu abang. Asyik dia tanya bila nak bawa sayang dan Iffat balik ke bandar."

"Sedih sikit je abang. Laila tak kisah pun nak balik ke rumah abang. Abang kan suami Laila. Wajib lah Laila ikut mana abang pergi. Abang jangan risau. Laila okey aje." Tangan suaminya yang sedang memandu diusap lembut.

Sebenarnya Hanif yang memandu sebab kakinya sudah betul-betul kuat. Lagipun Amran sekarang sudah bekerja di Syarikat Dato' Amar sebagai kerani akaun kat situ. Dia pun ada kelulusan yang setaraf dengan kerja yang dijawatnya. Lagipun Dato' Amar percaya dengan kejujuran Amran.

Beberapa jam memandu akhirnya sampai juga Laila Azwa dan Hanif di depan rumah kembar dua tingkat yang sudah lama tidak dijejaki oleh Laila Azwa. Kelihatan Puan Hasnah yang berkerusi roda dan Suria sedang menunggu di depan rumah. Teruja benar Puan Hasnah melihat kelibat kereta Hanif memasuki perkarangan rumah mereka.

Keluar dari kereta, Laila Azwa mendapatkan Puan Hasnah dan Suria.

"Assalamualaikum ibu, kak Suria." Salam dijawab oleh Puan Hasnah dan Suria. Iffat diletakkan di atas riba Puan Hasnah. Laila Azwa menyalam ibu mertuanya dan Suria. Berpelukan mereka.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now