Dengarkan Tunduk Mengalah
Tanpa berlengah lagi, Zaki masuk semula ke rumah apabila dilihat Laila Azwa melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan. Masuk sahaja ke rumah, Zaki terus mencari telefonnya.
"Aduhh! Bodoh punya perempuan." rungut Zaki sambil sebelah tangan meraba kepalanya yang cedera. Sesekali dia mengelap titisan darah yang jatuh ke pipi dan lehernya.
Zaki terus mencari nama Hanif di telefon itu. Terus dia mendail nombor itu.
"Hello... Hanif, abang Zaki ni..."
"Hah! Apa hal bang? Ada masalah ke?"
"Ada... aduhh! Kepala aku cedera ni..."
"Cedera? Pasal apa?"
"Si Laila tu lah punya pasal."
"Laila? Kenapa pula dengan Laila?"
"Laila pukul kepala aku. Tadi aku balik hantar makanan tengahari, aku tengok ada lelaki mana entah, dia bawa masuk dalam rumah. Masa aku masuk tu , mereka sedang berpeluk-pelukan. Aku marah la kan. Aku apa lagi tumbuk lah lelaki tu. Bergelut juga lah aku dengan lelaki tu. Entah masa bila, si Laila ni agaknya nampak pak we dia nak kalah kut, tak pasal-pasal dia ketuk kepala aku dengan pasu bunga. Nasib aku tak mati. Lepas tu , dia lari dengan lelaki tu. Entah pi mana aku tak tahu..." Panjang lebar penceritaan Zaki bagi menimbulkan lagi kebencian Hanif pada Laila Azwa.
"Babi punya perempuan. Takpe , saya cari dia. Dapat nanti siap dia." Hanif kedengaran sangat marah.
"Ni,abang okey ke tak ni?
"Abang okey. Kejap lagi nak pergi klinik."
"Ooo, kalau macam tu okeylah. Saya nak balik rumah nak tengok dia ada tak pulang ke sana."
Zaki tersenyum puas mendengar ucapan Hanif. Dia terus mematikan talian telefon itu.
"Padan muka kau Laila. Aku rasa hari ni memang merempat kau di tepi jalan." Zaki geram kerana tidak dapat menakluki dan merasa tubuh Laila Azwa.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Hanif terus memohon pelepasan keluar dari ketuanya. Dia ada hal terbesar ingin diselesaikan dengan Laila Azwa.
"Perempuan ni lagi aku biarkan lagi dia naik kepala. Jantan mana dia duk menggatal agaknya ni? Memang kau nak kena dengan aku hari ni. Haram jadah sungguh!" Mulut Hanif tidak lekang memaki Laila Azwa.
Hanif memandu laju pulang ke rumahnya. Dalam fikirannya sudah terlakar apa yang akan dilakukan kepada Laila Azwa.
"Kalau aku tak sepak kau hari ni, jangan panggil aku Hanif..." Hanif rasa memang hendak menendang Laila Azwa sampai lembik.
"Ini ke rumahnya?" soal pemandu kereta itu.
"Ye , encik... terima kasih ye. Kejap, saya ambil duit tambang."
Laila Azwa menelefon Suria supaya membuka pintu pagar. Dia terus berlari masuk ke rumah apabila pintu pagar dan pintu rumah terbuka. Tadi dia ke rumah Zaki, memang tidak membawa dompet pun. Lagipun tidak ada barang yang hendak dibeli. Nasib tadi semasa lari , dia sempat mencapai telefonnya.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
Roman d'amourCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...