Dengarkan lagu Kisah Antara Kita...
Hari yang dijanjikan sudah muncul...
Hari ini semua sudah bersedia dengan rancangan masing-masing. Laila Azwa sedang bersedia dengan wang lima ratus ringgit untuk diberi kepada Ikram. Ikram pula sudah bersedia untuk mengambil wang itu. Dalam otaknya sudah merangka-rangka untuk meminta lagi pada masa akan datang. Mungkin minggu hadapan dia akan minta seribu ringgit lagi. Cara Laila Azwa mendapatkan wang itu dia tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu.
Hanif juga sudah bersedia dengan rancangannya. Geram dia kerana pada hari berikutnya lelaki itu tidak muncul lagi. Itulah info yang diterima dari orang upahannya. Oleh itu mereka sudah bersedia pada hari ini untuk menangkap lelaki yang akan berjumpa Laila Azwa nanti.
"Hari ini kalau lelaki tu muncul, tangkap terus, jangan bagi peluang dia lepas..." arah Hanif pada orang upahannya. Dia sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan lelaki yang berjumpa Laila Azwa.
Pagi itu, tepat pukul sepuluh pagi Laila Azwa sudah berdiri di tepi tong sampah luar pagar rumah Hanif. Sudah selesai membuang sampah , dia masih di situ menanti kemunculan Ikram. Pada masa itu Laila Azwa tidak lagi menghiraukan kelibat kereta cermin gelap yang berada di situ.
Setelah hampir sepuluh minit menanti, kedengaran bunyi motorsikal menghala ke arah pintu pagar itu. Laila mengenali itu adalah motorsikal kepunyaan Ikram.
Ikram memberhentikan motosikal itu hampir dengan Laila Azwa.
"Wahai kekasih ku Laila. Mana duit tu sayang..." Ikram menghulurkan tangan tanpa turun dari motorsikalnya.
Laila Azwa masih tidak memberi duit itu.
"Saya nak kamu padam dulu video tu , baru saya beri baki lima ratus ni..."
Jawapan yang diterima dari Ikram hanyalah gelak tawanya yang menyakitkan hati.
"Adoiii, apa bodohnya kau ni Laila. Kau ingat harga video itu seribu ringgit je ke? Selagi aku tak dapat jumlah duit yang aku perlukan , aku tak akan padam video ni."
Berubah wajah Laila Azwa mendengar pengakuan Ikram. Lelaki ini memang sudah berubah sepenuhnya. Entah syaitan apalah yang merasuk hidup Ikram.
"Eeiiii, kau ni memang jahat laahhhhh..." jerit Laila geram.
Namun kegeraman Laila Azwa terbalas apabila tiba-tiba muncul dua orang lelaki entah dari mana terus menangkap dan menarik Ikram turun dari motor. Melihat keadaan itu, Laila Azwa yang berasa panik dan ketakutan terus melarikan diri masuk ke kawasan rumah. Wang lima ratus masih ada di tangannya.
Auto gate serta merta ditutup. Laila Azwa risau dua orang lelaki itu menculiknya pula.
"Kenapa dia orang tangkap ikram? Orang yang Ikram hutang tu ke?" getus Laila Azwa semasa berada di ruang tamu. Dia sedang melepaskan mengah dan penat berlari tadi.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
"Hoiii! Kau orang ni siapa haaa? Nak bawa aku ke mana ni?" Ikram geram tidak dapat bertindak untuk melepaskan diri. Tangan dan kakinya diikat. Sekarang dia dibawa di dalam kereta entah menuju ke mana. Ikram juga tidak mengenali lelaki itu.
Kedua orang lelaki di dalam kereta itu hanya berdiam diri. Mereka terus memandu menuju ke destinasi yang dijanjikan untuk bertemu Hanif.
Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dijanjikan iaitu di sebuah kawasan rumah kosong terbiar agak jauh dari bandar. Hanif sudah sudah sedia menunggu di situ. Wajahnya bengis seperti singa kelaparan, tapi masih segak bergaya.😂
"Wooi , apa ni? Sakit laaaa..." jerit Ikram apabila dia dengan kasar ditarik keluar dari kereta itu.
Namun jeritan Ikram tidak dipedulikan oleh kedua lelaki itu. Mereka terus mengheret Ikram yang sukar berjalan kerana kakinya juga diikat.
![](https://img.wattpad.com/cover/241087949-288-k79894.jpg)
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...