Lagu Salam Untuk Kekasih.
Laila Azwa menangis sedih. Besar kekesalan yang timbul dalam dirinya. Tapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan terpaksalah dia menanggung akibatnya. Untuk pulang ke kampung, Laila Azwa juga tidak berani. Dia tahu memang mati dia dikerjakan oleh ayahnya. Pasti ibu dan adik tirinya mencemuhnya. Begitu juga dengan orang-orang kampung. Laila Azwa berasa malu sendiri.
Berbaki sedikit duit itu, dia cuba berjimat cermat. Nasib tidak dipindahkan semua ke akaun Ikram. Jika tidak memang berlapar la dia atau mungkin merempat di jalanan.
Namun ketenangan Laila Azwa diuji lagi.
Selang beberapa hari sahaja, Ikram muncul lagi. Kali ini lebih drastik perbuatannya. Masuk ke rumah tanpa kata. Entah apa yang digeledahnya. Laila Azwa memencil diri di sudut ruang tamu. Berdoa di hatinya agar Ikram tidak menjumpai duit yang baru dikeluarkan untuk berbelanja.
"Memang kau takde duit ke?"
Rupanya memang betul duit juga yang dicari oleh Ikram. Laila Azwa menggeleng kepala. Dia menggigit hujung kukunya kerana takut.
"Kau siap sekarang, ikut aku..." arah Ikram kasar.
"Nak ke mana?"
Ikram berang dengan soalan yang keluar dari mulut Laila Azwa.
"Ishhhhh... aku kata ikut tu ikut je lahhhh... yang kau banyak tanya pasal apa...??? " Ikram bercekak pinggang memandang Laila Azwa geram.
"Laila tak nakkk..."
Ikram menjadi geram dengan keenganan Laila Azwa lalu ditariknya tangan Laila Azwa ke bilik.
"Kau siap cepatttt... Kalau aku suruh kau siap, siap aje la... Apa yang susah sangat ni?" Ikram dengan kasar menolak Laila Azwa ke arah almari pakaian.
Laila Azwa sudah merasa amat takut. Dia mula membayangkan mungkin sesuatu yang tidak baik bakal berlaku padanya.
Dalam ketakutan itu, telefon Ikram berbunyi. Ikram segera bergerak ke ruang tamu untuk menjawab panggilan itu. Laila Azwa memasang telinga dalam ketakutan .
"Dia tengah siap tu. Kejap lagi aku bawa la... Kau boleh sabar sikit tak? " Keras suara Ikram melawan bercakap dengan orang yang menelefonnya itu.
Mendengar perbualan Ikram dengan orang di telefon itu, Laila Azwa yakin dia akan dibawa berjumpa seseorang.
"Eehhhh, kalau kau tak percaya datang sini la... senang... "
Laila Azwa menjadi bertambah bimbang. Apa malang nasibnya hari ini. Jika dia tahu Ikram akan menjadi semakin teruk, pasti dia sudah melarikan diri. Kini dia sudah tidak boleh ke mana. Laila Azwa berfikir sebentar.
Dia dengan segera memasukkan pakaiannya ke dalam beg pakaian yang dibelinya tempoh hari. Duit yang diletakkan di atas almari diambil dan dimasukkan ke dalam beg. Kemudian dia membuka tingkap lalu melemparkan beg itu ke bawah. Nanti jika dia hendak lari memudahkan dirinya untuk melepaskan diri. Berdoa agar begnya itu tidak diambil orang.
Laila Azwa juga berhasrat untuk keluar melalui tingkap itu, tapi dia tidak yakin walaupun hanya di tingkat satu. Buatnya dia cedera, langsung tidak dapat dia melarikan diri dari situ.
Sedang dia berfikir , Ikram masuk ke dalam bilik tiba-tiba. Tersentak Laila Azwa.
"Cepat, kau kemaskan diri sikit... kejap lagi kawan aku datang. Aku nak kau layan dia . Aku ada hutang dengan dia... "
Terbeliak biji mata Laila Azwa mendengar kata-kata Ikram. Tidak disangka lelaki yang dia kasihi selama ini boleh bertukar rupa begitu sekali. Sampai sanggup dia menyuruhnya melayan lelaki asing.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomantizmCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...