Bab 45 Padah asyik menyepak orang

2.3K 134 64
                                    


"Cepatlah panggil ambulan. Tolonglah ..." Laila Azwa menjerit panik.

Dia terpaksa berpatah balik bila melihat berlaku kemalangan dan apabila dilihat, rupanya Hanif yang terdampar di tengah jalan itu berlumuran darah. Laila Azwa terduduk di tepi Hanif dalam keadaan panik. Dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

"Encik, maafkan saya... maafkan saya..." Laila Azwa merasa kejadian itu adalah disebabkan oleh dirinya. Entah mengapa Laila Azwa terus menangis di sisi Hanif.

"Cik kenal ke lelaki ni?" Salah seorang yang berada di situ bertanya kepada Laila Azwa.

"Hurmmm... dia majikan saya..." balas Laila Azwa sambil menangis sedih dengan keadaan Hanif yang kelihatan nazak dan tercungap-cungap itu. Masih bernyawa rupanya Hanif.

Tidak berapa lama kemudian, muncul Suria di lokasi itu.

"Ya Allah, Laila... kenapa ni? Encik Hanifff..." Terjerit Suria apabila matanya terpandang  kepada mangsa yang mengalami kemalangan itu.

Suria terus meluru ke arah Laila Azwa.

"Kak Suria... Encik Hanif kemalangan..."  Laila Azwa memberitahu sambil menangis teresak-esak.

Dari jauh kedengaran siren ambulan telah tiba. Semua memberi laluan kepada ambulan yang menghampiri tempat kejadian. Beberapa orang paramedik terus mendapatkan Hanif. Mereka berusaha menyelamatkan Hanif. Neck support dipasang sebelum mengangkat Hanif ke atas stretcher. Manalah tahu jika Hanif mengalami kepatahan pada leher atau tulang belakang.

"Cik saudara mangsa ke?" soal seorang paramedik kepada Laila Azwa, kerana dalam ramai-ramai orang yang ada di situ, hanya Laila Azwa yang asyik menangis. Sudahlah begitu lebam dan bengkak pada muka Laila Azwa menimbulkan tandatanya juga .

Laila Azwa tidak tahu hendak menjawab apa. Dia hanya mengangguk sahaja.

"Kalau macam tu, cik naik lah ambulan ikut kami sekali ke hospital..."

Pada masa itu juga pihak polis telah sampai untuk mengambil laporan kemalangan dan menguruskan trafik yang sedikit sesak kerana waktu itu orang ramai sudah mula pulang dari kerja.

"Pergilah Laila ikut.Nanti akak maklumkan pada keluarga Encik Hanif.." Suria pun tidak tahu siapa yang bersalah dalam hal kemalangan itu.

Ambulan bergerak meninggalkan tempat kejadian dan membawa Hanif ditemani Laila Azwa ke hospital. Suria pun menapak perlahan untuk kembali ke rumah Encik Marzuki dengan jantung yang masih berdebar. Risau hati Suria memikirkan keadaan Hanif.

Suria tidak sabar untuk memberitahu kejadian kemalangan Hanif pada Encik Marzuki. Dia pasti Encik Marzuki telah sampai ke rumah kerana jam tangannya sudah menunjukkan pukul lima petang.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Laila Azwa menanti dengan penuh kesabaran di luar unit kecemasan hospital . Boleh sahaja dia meneruskan niatnya untuk melarikan diri tadi, tapi dia takut buatnya Hanif meninggal dunia, pasti Encik Marzuki mengatakan dia yang menyebabkan semua itu berlaku. Jadi dia menanti untuk menerangkan hal yang sebenarnya biarpun mungkin Encik Marzuki tidak percaya.

"Puan, ini barang -barang Encik Hanif..." Seorang staff jabatan kecemasan menghulurkan baju Hanif yang berlumuran darah dibungkus dalam beg plastik, jam tangan Rolex, sebelah kasut Hanif dan sebuah dompet.

Laila Azwa mengambil barangan itu, mungkin staff itu salah faham agaknya. Tidak mengapalah, dia boleh sahaja menyimpan dahulu barangan itu sehingga keluarga Hanif tiba.

"Encik Hanif okey ke?" soal Laila Azwa pada staff itu.

"Ermmm, keadaan dia kritikal. Selepas ini kami akan membawa dia ke ICU untuk rawatan lanjut."

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now