Bab 4 Hanif Duda dan Tua

2.4K 105 74
                                    

Majlis yang dirancang  berjalan juga dengan lancar. Menangis airmata darah pun, Laila Azwa terpaksa menerima keputusan ayahnya . Lagipun Encik Hadi bukan boleh dibuat main. Kalau sudah buat keputusan jangan sesuka hati hendak membantah. Putih katanya putihlah sebaliknya kalau hitam pula katanya hitam jugalah .

Ibu Bapa pihak lelaki berpuas hati dengan penampilan Laila Azwa. Ada beberapa orang saudara mara pihak lelaki hadir di majlis itu. Mereka semua memuji bakal menantu Puan Hasnah. Cantik dan jelita. Sedap mata memandang.

"Yang nama Hanif mana?" Puan Natrah ingin melihat tunang Laila Azwa. Tidak sabar hendak melihat bakal menantu yang firasatnya sudah tua .

Namun dalam kemeriahan majlis itu, mereka tersalah faham juga. Di dalam kelompok saudara pihak lelaki ada seorang yang agak berumur bernama sama iaitu Hanif. Maka dengan cepatnya dia mengaku.

"Sayalah Hanif..." katanya dengan senyuman manis .  Puan Natrah tersenyum gembira. Lelaki ini rupanya. Semasa merisik hari itu, dia tidak sempat berkenalan .

Ibubapa Hanif pun mengangguk sahaja. Bapa si Hanif ketawa kecil sambil menepuk bahu Hanif, kawannya yang pernah di bawa semasa merisik hari itu.

"Dia ni masih duda... isteri meninggal dah dua tahun dah..." ujar Encik Marzuki bapa Hanif dengan niat hendak mempromosi kawannya. Mana tahu ada jodoh di dalam kelompok yang ramai itu juga.

"Ooo... " Puan Natrah terlopong sedikit. Dalam hatinya gembira. Padan muka Laila Azwa bersuami orang tua. Duda pula tu.

Puan Natrah juga lega kerana nasib baik dia tak offer kepada anaknya Najwa. Jika tidak,  tentu dia dapat menantu orang tua.  Hisshhh,  minta simpang malaikat empat puluh empat.

Cincin sudah disarung ke jari Laila Azwa. Gambar kenangan juga telah diambil. Majlis selesai dengan lancar. Encik Hadi bersyukur Laila Azwa tidak buat hal.

Dalam hati Laila Azwa tiada siapa yang tahu. Sekarang Encik Hadi memang mengawal pergerakannya . Hingga dia ke kedai dekat jalan besar pun ayahnya tahu. Rupanya ayahnya memasang spy  kampung  bagi memantau pergerakannya. Memang Laila Azwa merasa terkongkong hingga ke  hari ini.

"Tak sedar diri, dah tua nak mampus pun nak bertunang dengan aku..." kutuk Laila Azwa di dalam biliknya. Habis bantal dibaling ke lantai.

Cincin di jari dilucutkannya dan dimasukkan ke dalam laci meja solek. Tak ingin dia memakai cincin pemberian orang tua nak mampus itu.

"Kau bagi lah cincin berlian besar penumbuk pun, memang aku tak inginlah..." dengus Laila Azwa lagi .

Laila Azwa tidak memandang kebendaan. Mungkin hidupnya sebelum ini tidak pernah susah. Sekarang dia amat  dambakan cinta Ikram.

Dia terus mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor lelaki itu. Laila Azwa menangis di corong talian memberitahu Ikram dirinya sudah bertunang.

"Abang , orang tua tu datang pinang Laila  hari ni. Ayah dah terima..." Laila Azwa menangis sedih.

"Laaa, cepatnya... bukan sayang cakap  minggu depan ke? Abang baru nak balik minggu depan." Ikram kecewa mendengar kata-kata Laila Azwa.

"Itulah,  Laila tak tahu nak buat apa ni... Ayah pula dah kawal Laila. Tak bagi keluar rumah," adu Laila Azwa.

"Macam ni je lah...sayang sabar dulu... nanti bila abang balik, abang bagi tau sayang. Masa tu kita bincang nak buat macam mana."

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now