Bab 75 Hasmira kantoi

2.5K 154 122
                                    

Laila Azwa sedang menyediakan makan tengahari . Hidangan asam pedas ikan pari dan sayur campur dihidangkan di atas meja makan.

Hanif yang keluar dari bilik terus menggerakkan kerusi rodanya di meja dapur . Melihat asam pedas ikan pari yang terhidang itu membuatkan perutnya yang sedia lapar tidak sabar untuk menikmatinya.

Laila Azwa seperti biasa duduk di sebelah Hanif dan menyendukkan nasi dan lauk ke dalam pinggan Hanif. Selepas Hanif membaca doa makan, mereka pun mula menyuap makanan ke dalam mulut.

Terhenti Laila Azwa bila suapan pertama masuk ke dalam mulutnya. Dilihat suami di sebelah yang kyushuk makan seperti tiada apa-apa yang berlaku pada kuah asam pedas ikan pari itu.

"Abang, jangan makan lagi." Tangan suaminya ditahan dari terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Kenapa ni sayang?"

"Abang ni dah hilang deria rasa ke apa? Abang tak rasa ke yang kuah tu terlebih masin?"

Merenung wajah isterinya yang kelihatan muram itu.

"Abang tak rasa masin pun," kata Hanif. Nasi ingin disuap lagi ke mulutnya.

"Abang jangan makan lagi. Tolong jangan!"  Laila Azwa tahu yang Hanif tidak mahu dia terasa dan berkecil hati. Sebab itulah suaminya terus menyuap nasi yang berkuah masin itu ke mulutnya juga.

Akhirnya Hanif berhenti menyuapkan nasi ke mulutnya. Tangannya dicuci dan tangan itu menggenggam tangan isterinya.

"Maafkan abang sayang. Abang tak maksud hendak persendakan sayang. Memang kuah asam pedas ni rasa masin, tapi sebab isteri abang ni yang masak tekak abang boleh je terimanya. Tapi kan sayang kenapa hari ni boleh masin pula kuah ni?"

Laila Azwa seperti memikirkan sesuatu. Dia sendiri pelik kenapa asam pedas itu boleh masin sedangkan dia sudah merasa sebelum menutup api tadi, semua rasa cukup seperti masakannya setiap hari. Takkan ada hantu pula yang tambahkan garam atau hendak main-mainkannya.

"Entahlah abang . Laila pun pelik juga. Abang tunggu sekejap ye. Biar Laila masakkan kuah lain dan masukkan ikan tu semula." Laila Azwa yang sudah bangun , duduk semula di kerusinya bila ada suara tiba-tiba muncul di situ.

"Wahhh, sedapnya. Abang Anif dah habis makan?" Tiba-tiba muncul Hasmira yang turun dari atas bilik Puan Hasnah ke ruang dapur untuk menghantar bekas makan tengahari Puan Hasnah.

Hanif menoleh ke arah Hasmira.

"Apa yang sedap?" Hanif membalas pertanyaan Hasmira.

"Kuah asam pedas ikan pari tu lah. Mira ingat nak join tapi takpelah. Mira makan kat rumah ajelah nanti." Padahal dia sudah melantak bersama Puan Hasnah tadi.

"Macam mana kau tahu yang Laila masak kuah asam pedas ikan pari?" tanya Hanif lagi.

"Oo, sebab tadi Mira dah ambilkan makan tengahari hari untuk Mak Long." Sardin aje muka Hasmira memberi jawapan pada Hanif.

"Ibu dah makan ke? Habis tak ibu makan tu?"

"Dah abang . Mira dah suap Mak Long tadi. Nak nantikan isteri abang ni, kesian Mak Long lapar nanti."

Renungan tajam Hanif berikan buat Hasmira. Sementara Laila Azwa hanya membisu. Dalam hati Laila Azwa sudah dapat meneka hantu yang memasukkan garam dalam kuah asam pedas ikan pari nya.

"Jadi kaulah yang punya kerja ni ye?"

Hasmira sudah terfikir akan kebodohannya. Alamak! Abang Anif dah tahu ke? Adoiii, memang bodoh betul dirinya. Sekarang dah kantoi dan dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now