Bab 66 Keputusan Hanif.

2.9K 162 134
                                    

Dengarkan lagu Pergi Sulit Bertahan Sakit. (Terima kasih dear sis masraudhah2610. pilihan lagu ini.👍🌹💞



"Amran!!!"

Terkejut Amran dengan jeritan Hanif itu. Pada hal dia hanya berada berhampiran Hanif sahaja.

"Ye encik..."

"Kau bawa kerusi roda itu ke sini, aku nak duduk." Suara Hanif keras sahaja.

Buru-buru Amran menolak kerusi itu menghampiri Hanif yang sedang berdiri di tepi tingkap. Selepas itu dia membantu Hanif duduk di atas kerusi roda itu.

"Kau turun bawah panggil Laila. Cakap kat dia aku suruh dia naik sekarang. Lepas tu kau boleh balik. Aku ada hal nak uruskan dengan Laila."

Terkedu sekejap Amran lalu memandang ke arah jam tangannya. Baru pukul dua belas tengah tengahari,sudah disuruh balik. Sebenarnya hati Amran sudah menduga yang Hanif akan jadi marah melihat Laila Azwa dengan lelaki di luar pagar tadi.

"Kau dengar tak ni!!!!?" tengking Hanif bila Amran masih tidak bergerak memanggil Laila Azwa.

Angin baran Hanif sudah datang semula. Semua gara-gara kemunculan Ikram di tong sampah  luar pagar rumahnya.

"Ye, ye... baik encik. Kalau encik nak saya datang semula, nanti  call saya ye?" Amran risau juga. Nampak perubahan ketara sikap Hanif pada hari ini. Tidak pasal-pasal marah padanya.

"Cepat, suruh perempuan itu naik jumpa aku."

Amran segera keluar, tahu perempuan yang dimaksudkan adalah Laila Azwa."Cik Laila nipun, ada suami pi jumpa lelaki lain buat apa?"  komen Amran sambil menuruni tangga ke tingkat bawah untuk memanggil Laila Azwa.

Sampai di bawah, Amran bertemu dengan Laila Azwa di dapur yang kebetulan sudah masuk ke rumah. Laila Azwa sedang menghidang makanan untuk Puan Hasnah dan Hanif.

"Ehhh, Encik Amran nak apa, air ke?"

"Tak... errr, Encik Hanif suruh puan naik sekarang. Dia nak jumpa puan."

"Ohh, ye lah. Dia dah lapar lah tu."

"Agaknya lah. Saya balik dulu ye puan." Amran meminta diri untuk pulang.

"Hah... balik?" Laila Azwa melihat jam di dinding . Pelik.

"Encik Hanif  yang suruh balik lepas panggil puan."

Selepas berkata begitu, Amran pun beredar pergi. Tinggallah Laila Azwa kehairanan. Namun dia tetap menghidangkan makan tengahari untuk kedua anak beranak itu.

"Laila dah siap ke makanan untuk puan?" Suria muncul di ruang dapur itu.

"Dah kak. Ini untuk puan." Laila Azwa menunjukkan talam yang berisi nasi yang agak lembut untuk Puan Hasnah.

Selepas Suria pergi dari situ, Laila Azwa pun membawa talam berisi makanan untuk Hanif. Hatinya tertanya-tanya juga mengapa Amran diarah  balik awal.

Tanpa mengesyaki apa-apa, Laila Azwa menolak pintu bilik Hanif.

"Encik dah lapar ke? Ni saya bawa makanan untuk encik." Sopan Laila Azwa melintasi Hanif yang sedang duduk di  kerusi roda sambil merenungnya dengan pandangan yang tajam seperti hendak menelannya.

Laila Azwa meletakkan talam berisi makanan itu di atas meja sisi katil. Kemudian dia menghampiri Hanif untuk menolak kerusi roda itu mendekati meja.

"Jom makan ye encik..." Laila Azwa masih berbasa - basi walaupun dia menyedari sikap berdiam Hanif.

Laila Azwa baru sahaja  hendak menyentuh pemegang pada kerusi roda itu, tapi dengan kasar Hanif menepis tangan Laila Azwa.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now