Bab 84 Terpaksa Ku Lepaskan

2.5K 165 84
                                    

Pagi selepas solat subuh, Laila mengemas pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian. Hanif memerhatikan Laila Azwa dengan rasa sedih yang sukar untuk diungkapkan.

"Sayang, abang hantar sayang ye? Lagipun abang dah ambil cuti kecemasan."

Laila menghampiri suaminya. Wajah suaminya ditekup dengan kedua tapak tangannya. Matanya merenung kasih suami yang pasti akan dirinduinya.

"Baik abang . Laila memang nak abang hantar Laila. Laila nak bersama abang lama sikit." Ingat di hati Hanif akan tidur di rumah ayah mertuanya nanti dan meminta kak Suria menemani ibunya.

"Jom sayang kita sarapan dulu. Lepas tu kita gerak . Amran pun dah datang awal. Abang dah call dia."

Laila Azwa mengangguk dan tangan suaminya ditarik keluar dari bilik itu. Di ruang dapur kelihatan kak Suria sedang menghidangkan sarapan pagi.

"Assalamualaikum kak. Selamat pagi." Laila Azwa memberi salam pada Suria.

*Eh, waalaikumussalam. Cantik Laila pagi ni. Nak pergi check up ke Laila?"

Laila Azwa melemparkan senyuman manisnya pada Suria. Selepas sarapan dia akan memberitahu Suria yang dia akan pulang ke kampungnya.

Suria meminta diri untuk ke bilik Puan Hasnah membawakan sarapan untuknya sementara Laila Azwa dan Hanif bersarapan di dapur. Harapan Suria, Puan Hasnah tidak buat hal hari ini.

"Sayang , biar abang suapkan sayang nasi goreng tu ye?"

Laila Azwa mengangguk perlahan. Entah kenapa hatinya dipagut rasa sayu. Entah bilalah suapan dari suaminya dapat dirasakan lagi selepas ini. Menitis air matanya setiap kali suapan nasi goreng dari suaminya masuk ke dalam mulutnya.

"Abang, abang makan juga ye? Laila suapkan abang." Hanif juga mengangguk dan suapan dari Laila Azwa ke mulutnya dikunyah seperti ada racun. Sukar dia untuk menelan nasi goreng itu.

"Sayang, cukup! Abang takde selera." Tangan isterinya digenggam erat." Jangan pergi sayang . Jangan balik ke kampung, sayang. Abang tak boleh. Abang perlukan sayang dengan abang."

Tangan Hanif juga digenggam erat oleh Laila Azwa. Dia tidak menjawab pertanyaan suaminya. Hanya esak tangisnya yang kedengaran di ruang makan itu. Makin lama makin kuat esak tangis kedua suami isteri itu.

Suria yang membawa sarapan Puan Hasnah tercegat di pintu dapur kerana Puan Hasnah tidak mahu Suria yang memberi dia makan. Masih buat perangai orang tua itu. Hendakkan Hanif juga melayankannya.

Melihat adegan suami isteri itu dan mendengar segala perbualan mereka, membuatkan Suria juga mengalirkan air mata. Rupanya Laila Azwa akan meninggalkan rumah ini untuk pulang ke kampung. Mesti sebab perempuan tua kutuk dekat dalam bilik itu, fikir Suria.

Laila Azwa yang terperasan Suria berada di pintu masuk dapur itu melepaskan genggaman suaminya. Kedua suami isteri itu mengelap air mata yang mengalir sedari tadi. Laila Azwa bangun mendapatkan Suria.

"Kak Suria... Laila nak minta maaf pada akak . Laila terpaksa balik kampung. Kalau diizinkan Tuhan , Laila akan jumpa kak Suria semula." Sarapan Puan Hasnah diletakkan di atas meja dan dia memeluk Laila Azwa.

"Baik Laila. Jaga diri ye? Akak doakan Laila sentiasa sihat dan hidup tenang. Nanti kalau dah habis pantang balik sini tau? Jangan lupakan akak ye?"

Bersama air mata yang masih membasahi pipi, Laila Azwa hanya mengangguk.

Amran muncul di dapur dan beg pakaian Laila Azwa diambil untuk dimasukkan ke dalam kereta.

"Abang, sebelum pergi, Laila nak jumpa ibu. Laila nak minta maaf pada ibu."

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now