Bab 24 Antara Dua Pilihan

2K 103 81
                                    

"Tolong encik, saya tak curi jam tangan encik tu..." Laila Azwa terus merayu sambil kakinya melangkah mengikut lelaki itu. Ini kerana tangannya diheret kasar oleh Hanif.

Dua orang pegawai lain serta Suraya juga mengekori Hanif yang menarik tangan Laila Azwa. Entah ke mana hendak dibawa Laila Azwa. Telah dicuba dengan perbagai perkataan, tapi Hanif tetap tidak menghiraukannya. Laila Azwa sudah menangis ketakutan. Siapa yang tidak takut bila ditangkap mencuri, selepas itu akan dilaporkan kepada polis. Jika nasibnya malang mungkin dia akan dipenjara.

Mereka semua terus mengekori Hanif dan berakhir di bilik kawalan bangunan itu di tingkat sebelas. Di tingkat itu merupakan pusat kawalan dan pejabat pemilik bangunan . Syarikat Hanif bekerja hanya menyewa di tingkat sepuluh sahaja.

"Ehhhh, kenapa ni Encik Hanif...?" Rata-rata pegawai di pusat kawalan itu memang sudah mengenalinya. Maklumlah Hanif kan specis baran tak bertempat. Cuma belum mencederakan orang sahaja.

"Saya nak kamu periksa rakaman cctv depan tandas staff lelaki tingkat sepuluh tu. Selepas saya masuk ke tandas itu, siapa pula yang masuk selepas itu." Hanif yakin berkata sambil melepaskan tangan Laila Azwa.

Laila Azwa mengusap pergelangan tangannya yang terasa sedikit sakit dan bergerak ke arah Suraya. Suraya terus memeluk bahu Laila, berharap cctv itu dapat membersihkan nama Laila Azwa.

"Ada apa masalah sebenarnya ini encik?  Kena ada sebab-sebab yang berasas untuk kami periksa rakaman itu..."

"Memang ada masalah lah yang saya nak kamu periksa. Ingat saya takde kerja ke nak tengok cctv kamu tu..." Hanif sudah mula bengang.

"Ya encik, tapi masalahnya..." Pegawai itu merendahkan sedikit suaranya.

"Hishhhh, jam tangan saya hilanglah lepas saya tertinggal kat tandas pukul sebelas lebih tadi..." Meninggi lagi suara Hanif.

"Ooo, baik, baik..."

Pengawal itu bersama rakan sekerjanya mula mencari rakaman pada hari itu dari pukul sebelas pagi hingga pukul satu petang. Hanif, Suraya, Laila Azwa dan pegawai-pegawai lain pun terus memerhati ke arah monitor rakaman itu.

Laila Azwa terasa hendak menangis kuat bila cctv itu menunjukkan selepas Hanif keluar , orang yang masuk selepas itu adalah dirinya untuk membersihkan tandas.  Selepas Laila Azwa yang masuk, adalah beberapa orang pegawai yang berpangkat tinggi dalam syarikat itu yang turut masuk. Mustahil mereka yang mencuri. Lagipun jam itu memang berada di dalam beg tangannya.

"Sekarang kamu taknak mengaku lagi?" Hanif terus menyerang Laila Azwa.

Setelah mereka melihat rakaman cctv itu, Laila Azwa mula dipandang serong dua orang pegawai yang menjadi saksi semasa pemeriksaan beg tangan Laila Azwa tadi.

"Kita balik office..." arah Hanif.

selepas sampai di officenya, Hanif cepat sahaja menjalankan perancangannya. Dia terus menghubungi syarikat yang mengambil Laila Azwa bekerja. Semua diceritakan kepada pengurus syarikat itu.

Laila Azwa tidak henti-henti menangis di sofa bilik Hanif. Suraya masih menemani Laila Azwa.

"Encik, maafkanlah Laila. Mungkin Laila ada masalah kewangan. Lagipun kan jam itu dah dijumpai..." Suraya berharap pujukan terakhir ini berjaya.

"Huh!  Saya bukan jenis senang memaafkan orang. Tambahan pula pencuri macam ni. Takkan nak tunggu dia mencuri lagi, baru nak ambil tindakan. Ni, kalau kat negeri Arab dah kena potong tangan tu..." gertak Hanif lagi.

Tidak berapa lama kemudian, pengurus syarikat pencucian hadir di office Hanif.

"Saya akan laporkan hal ini ke balai polis mengenai pekerja encik ni." Hanif terus berkata begitu pada pengurus itu.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now