Laila Azwa bersusah payah bangun dari tepi katil itu. Dia menangis teresak-esak kerana kesakitan dan juga hinaan Hanif padanya. Terasa sedikit sakit pada perutnya dan belakang badannya akibat sepakan Hanif tadi. Memang Laila Azwa tidak menyangka tergamak Hanif menyepaknya. Malah Laila Azwa tidak tahu mengapa Hanif begitu marah dan benci padanya."Kalau kau benci aku kenapa suruh aku kerja dekat rumah kau..." Laila Azwa berkata sambil menangis"🥰
Laila Azwa cuba bangun...
"Aduhhh..." Dia menekan perutnya yang terasa sengal tiba -tiba.
Laila Azwa mengesat airmatanya yang asyik mengalir itu. Dia juga mengusap perut yang terasa lapar . Laila Azwa redha jika berlaku keguguran kerana dia pasti kehadiran bayi itu tidak membawa sebarang makna dalam hidupnya. Malah anak itu jika lahir pasti menjadi bahan hinaan dan terbiar. Daripada terjadi begitu lebih baik dia tidak wujud dalam dunia ini.
Kata-kata Hanif yang itu bukan anak lelaki itu, masih bermain di mindanya. Laila Azwa sedih kerana dia mengandung anak bukan benih dari suaminya tetapi dari benih lelaki yang sangat dibencinya ketika ini. Adakah ini semua kerana dosanya meninggalkan suami dan memalukan keluarga. Itulah yang difikirkan Laila Azwa.
Dalam tangisan itu , Laila Azwa bangun dan menuju ke arah almari bajunya. Sebuah beg dikeluarkan kemudian dia mengeluarkan semua pakaiannya dan memasukkan ke dalam beg. Dia bertekad untuk melarikan diri walaupun kad pengenalannya tiada. Biarlah masalah itu dahulu. Nanti dia akan fikirkan hal itu kemudian.
Laila Azwa sudah tidak sanggup dipukul dan dihina oleh Hanif lagi. Biarlah Hanif tidak mengaku itu anaknya. Lagipun anak itu tidak sah taraf. Pasti Hanif dan keluarganya memandang benci jika mereka mengetahui dia hamil anak Hanif. Pasti Encik Marzuki akan bertambah memandang hina dan percaya cerita buruk pasalnya. Hanisah juga yang menggelarnya perempuan murah kerana menggoda suaminya konon pasti menuduhnya menggoda Encik Hanif. Oleh itu sebelum perutnya jelas kelihatan lebih baik dia pergi dari rumah itu.
Setelah siap berkemas pakaiannya, Laila Azwa bergerak pantas keluar dari rumah itu ke arah pintu pagar yang terbuka. Secepat mungkin dia meninggalkan kawasan rumah yang penghuninya telah banyak memberi kesakitan dan kesedihan padanya. Dia sudah merasa lega kerana bebas dari rumah itu. Dia juga berharap Hanif tidak mencarinya selepas ini seperti Ikram. Walaupun dia tidak mempunyai arah tujuan ke mana tetapi dia tidak akan berada di rumah ini lagi.
Di dalam kekalutan itu , ternyata ada insan lain yang menyedari pergerakan Laila Azwa . Suria ternampak kelibat Laila Azwa melalui cermin tingkap bilik Puan Hasnah. Hatinya mengesyaki sesuatu tetapi tidak tahu betul atau tidak . Bergegas Suria keluar dari bilik Puan Hasnah dan menuju ke bilik Hanif.
"Encik Hanifff... encik Hanifff...!!!!" laung Suria sambil mengetuk kuat pintu bilik Hanif.
Hanif yang sedang lena itu tersedar bila mendengar laungan Suria di daun pintu biliknya. Bangun dia menuju ke pintu bilik itu.
"Kenapa ni kak...?" Muncul wajah Hanif yang nampak serabut di daun pintu bilik itu seperti orang baru bangun tidur. Menenyeh- nenyeh matanya.
Dengan rasa panik , Suria terus memberitahu Hanif.
"Encik Hanif... akak nampak Laila keluar rumah bawa beg tadi. Kat luar pagar dah tu..." ujar Suria.
"Hah...?" Terkejut Hanif dalam keadaan mamai itu. Terbeliak matanya mendengar kata-kata Suria.
Tanpa berlengah lagi, Hanif terus melebarkan daun pintu biliknya dan meluru keluar. Dia menuruni dengan pantas tangga rumah itu. Hampir tergelincir dia di tangga itu kerana kepala masih pening dan mamai sebab baru bangun dari tidur. Tadi selepas memarahi dan memukul Laila Azwa, dia terus masuk ke biliknya dan merebahkan badannya di atas tilam empuk bilik itu hingga terlelap. Hari ini dia bekerja separuh hari kerana menguruskan hal Ikram dan Laila Azwa. Memang kusut fikirannya di waktu ini bila mengenangkan sikap tidak senonoh Laila Azwa. Lebih lagi diasak dengan hasutan dari Hasmira tengahari tadi.
Hanif buru-buru memakai kasut, setelah itu dia terus berlari ke arah pagar rumahnya. Dari jauh dia nampak kelibat Laila Azwa yang berjalan cepat sambil menjinjing sebuah beg.
Suria juga mengekori Hanif hingga ke pintu pagar dan dia statik berdiri di situ melihat Hanif mengejar Laila Azwa yang sudah sayup jauh ke hadapan.
Mendengus geram Hanif, lantas berlari mengejar Laila Azwa.
"Sial punya perempuan. Berani kau lari lagi. Kau ingat senang-senang kau nak lepaskan diri dari aku." Hanif pun tidak tahu mengapa dia tidak dapat melepaskan Laila Azwa .
Larian Hanif begitu pantas hingga dapat menghampiri Laila Azwa.
Laila Azwa pula yang merasa seperti ada orang mengekori lantas berpaling ke belakang . Alangkah terkejutnya Laila Azwa bila terpandang Hanif yang berlari laju ke arahnya. Tanpa berfikir panjang lagi, Laila Azwa segera berlari menyeberangi jalan raya tanpa memperdulikan kenderaan yang lalu lalang di jalan itu. Bunyi hon kenderaan pun tidak dihiraukan oleh Laila Azwa.
"Hoiii... kau nak lari ke mana!? Siap kau nanti dengan aku kalau aku dapat kau..." jerit Hanif dengan marah tanpa memperdulikan sekelilingnya.
Hanif juga terus berlari menyeberangi jalanraya itu. Dalam hatinya memang tidak akan lepaskan Laila Azwa. Kali ini memang akan diajar dengan lebih lagi. Itulah yang bermain di fikirannya yang sedang amat marah itu.
Srettttttttttttttt!!!!!
Bummmm!!!!!!
Sebuah kereta brek mengejut dan satu tubuh manusia terpelanting dan terus terdampar di atas jalanraya . Pemandu kereta tidak dapat mengelak dan terpaksa melanggar mangsa yang melintas itu. Darah mula mengalir keluar dari tubuhnya.
Pemandu kenderaan itupun berhenti mengejut. Semua kenderaan mula berhenti. Keadaan menjadi sedikit sesak dalam sekelip mata.
Beberapa orang yang telah keluar dari kenderaan mereka menghampiri mangsa yang dilanggar itu. Melihat mangsa yang terbujur di atas jalanraya itu dengan darah pekat merah berlumuran pada tubuh dan muka mangsa.
"Saya tak salah... dia tiba-tiba melintas tak tengok kiri dan kanan..." kata pemandu yang melanggar mangsa. Takut juga andai dia dipukul oleh mereka yang ada di situ.
"Ye, ye... saya pun nampak tadi , dia melintas tiba-tiba sahaja..." kata salah seorang pemandu yang melihat kejadian itu.
"Ya Allah... cepat panggil ambulannnn...," Jeritan seseorang menyedarkan mereka yang sedang berbalah itu.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Suria yang masih berada di depan pintu pagar rumah itu sedikit hairan bila melihat kenderaan banyak berhenti di depan sana.
"Ehhh... apa hal pula tu? Accident ke?" soalnya sendiri, tapi dia juga merasa tidak sedap hati.
Lantas Suria kembali ke dalam rumah dan berlari ke bilik Puan Hasnah untuk memberitahu yang dia hendak keluar melihat apa yang terjadi .
"Entah-entah Hanif atau Laila kemalangan... Ishhhh minta dijauhkan..." Suria menggelengkan kepala berdoa bukan itu yang berlaku.
Siapa agaknya yang accident tu . Hanif atau Laila. Atau orang lain ke. Takpe kita tunggu bab seterusnya.
Bersambung...
Tadaaa. Terimalah bab baru BDL. Semoga yang membaca akan terhibur.
Terima kasih D ✌️😍🌹 dan semua ✌️🌹🌹💐 yang support cerita sab. Doa Sab semoga anda semua sht sejahtera dan dilindungi Allah SWT sentiasa. Aamiin.
Take care.#staysafe... ✌️🌹🌹🌹💐
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...