Dengarkan Sepanjang Hidup.
Sudah hampir sebulan Encik Marzuki meninggal dunia. Tapi keceriaan di rumah Semi D dua tingkat itu masih suram dan terasa sunyi. Penghuni dalam rumah masih lagi bersedih seolah Encik Marzuki baru sahaja pergi meninggalkan mereka semalam. Kesedihan amat dirasai terutamanya pada Laila Azwa.
Pernah satu pagi masa awal pemergian Encik Marzuki, Laila Azwa setia menunggu di meja dapur untuk bersarapan dengan ayah mertuanya.
Nasib Hanif dan kak Suria ada untuk mengingatkan Laila Azwa yang Encik Marzuki sudah tiada lagi. Menangis tersedu-sedan Laila Azwa bila tersedar yang ayah mertuanya sudah berada di alam lain.
Setiap kali keluar dari bilik awal pagi, Hanif akan mengingatkannya.
"Sayang, ayah dah takde lagi tau. Nanti kita sarapan pagi sama-sama ye. Sayang tunggu abang ." Itulah ucapan setiap hari dari Hanif buat Laila Azwa sedar ketiadaan Encik Marzuki.
Sekarang barulah Laila Azwa dapat menerima kenyataan ketiadaan ayah mertuanya.
"Sayang, abang pergi kerja dulu ye? Sayang hati-hati duduk rumah nanti. Abang nak naik atas sekejap. Nak tengok ibu."
"Baik abang. Hati-hati juga." Tangan suaminya disalam dan dikucup . Hanif pula mengucup ubun-ubun isterinya dan perut isterinya.
"Anak papa jaga mama elok-elok tau. Jangan bagi mama sedih lagi dan buat kerja-kerja rumah." Bercakap dia dengan bayi di dalam kandungan isterinya.
Hari ini adalah hari pertama Hanif memulakan kerjanya selepas bercuti dari sakit. Hari pertama juga dia naik berjumpa ibunya di tingkat atas . Menggunakan tongkat untuk bergerak. Kakinya sudah pulih tapi memerlukan sokongan tongkat.
Amran masih lagi bekerja dengan Hanif . Sekarang Amran lah yang akan menghantar Hanif ke tempat kerja dengan memandu kereta Hanif .
"Assalamualaikum ibu..." Hanif yang menjengukkan kepalanya di daun pintu bilik ibunya memberi salam pada Puan Hasnah.
Terkejut Puan Hasnah melihat anak lelaki kesayangannya naik ke atas pagi itu.
"Anif..."
Hanif mendapatkan ibunya yang sedang duduk di atas kerusi roda dan memeluk ibunya. Tangan ibunya dicapai dan dikucup bertalu- talu.
"Anak ibu dah pulih ke? Anif dah boleh jalan?"
"Alhamdulillah ibu. Cuma taklah sekuat dulu. Anif kena gunakan tongkat juga."
Puan Hasnah mengusap kepala anaknya. Titisan air mata membasahi pipinya. Air mata gembira anak kesayangannya sudah pulih."Ni, dah lawa-lawa ni nak pergi mana?"
"Anif nak pergi kerja ibu. Hari ni Anif dah mula masuk pejabat semula. Okeylah ibu. Anif minta diri dulu. Nanti kak Suria buatkan sarapan untuk ibu ye? Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam..." Sejurus selepas itu, Hanif berlalu keluar dari bilik itu untuk ke tempat kerja.
Puan Hasnah tersenyum lebar. Air mata dilap menggunakan hujung bajunya. Sebenarnya dia gembira bila Hanif sudah mula bekerja. Bangun dia dari atas kerusi rodanya. Menuju ke tingkap tempat dia selalu berdiri.
"Inilah masanya aku kenakan kau cukup-cukup. Tidak ada siapa lagi yang hendak menyebelahi kau. Tunggu apa yang aku akan buat. Ha ha ha... " Ketawa Puan Hasnah seperti orang hilang akal. Terlupa dia akan suaminya yang baru sebulan meninggal dunia.
Sebelum bergerak keluar dari rumahnya, sempat Hanif berjumpa Laila Azwa lagi. Entah kenapa Hanif rasa tidak sedap hati untuk meninggalkan Laila Azwa di rumah. Berkali-kali juga dia berpesan pada kak Suria supaya jangan benarkan isterinya naik bertemu ibunya.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...