Wajah lelaki di depannya itu dipandang sayu. Rindu terasa bagai setahun tidak berjumpa. Walaupun malam semalam Hanif menelefonnya tapi Laila Azwa tetap mahu menatap wajah kesayangannya itu.
"Sayang..." Tidak menunggu lagi, Hanif terus mendakap isterinya erat. Dahi dan pipinya dikucup bertalu-talu.
"Ehemm..." Seperti tersedar yang mereka bukan berdua tetapi ada lagi manusia yang memerhatikan mereka, Laila melepaskan dakapan dari suaminya. Namun Hanif tidak peduli. Dia tetap memeluk erat Laila Azwa.
Amran sudah tersipu-sipu malu. Berdehem pun tidak dipedulikan oleh tuannya. Rindu sangatlah tu. Terpaksa dia memandang ke arah atas pokok rambutan yang sedang berbuah lebat. Sekejap lagi rambutan itu jadi mangsa Amran.
"Amran, jom lah naik ke rumah dulu. Lagipun ayah..." Baru Laila Azwa hendak menunjuk rumahnya, kelihatan ayah dan ibu Natrahnya sedang ralit memerhatikan mereka dari tangga batu rumah itu.
"Aa...abang. Jomlah kita naik ke rumah dulu. Dia orang semua sedang perhatikan kita tu."
"Biarlah dia orang perhati. Abang rindu sangat kat sayang abang ni." Sejurus itu Hanif sempat mengucup lagi pipi Laila Azwa.
Laila Azwa yang terasa malu itu, mencubit lengan suaminya. Mengadoi Hanif. Mengada sahaja . Bukan kuat pun cubitan itu. Cubitan manja sahaja. Sementara Najwa yang sedang melihat dari tingkap rumah itu, berasa sedih melihat kemesraan kedua suami isteri itu.
Tadi Najwa ada menelefon suaminya , mengajak dia datang ke rumah tapi suaminya sibuk pula. Dulu sebelum bernikah tidak pula sibuk. Setiap hari pun boleh berjumpa sampai ditangkap khalwat.
Hanif tidak langsung melepaskan pelukan isterinya. Sambil berlalu menuju ke depan rumah ayah mertuanya , rangkulan pada pinggang isterinya masih erat.
"Assalamualaikum, ayah , ibu..." Tanganya dilepaskan sekejap dari merangkul isterinya untuk berjabat salam dengan ayah dan ibu mertuanya. Selepas itu dia merangkul isterinya semula.
"Nasib pintu rumah kita ni besarkan Natrah?" Encik Hadi cuba bergurau dengan menantu dan anaknya.
Tergelak kesemua mereka. Hanif melabuhkan punggungnya di atas kusyen rumah itu . Menarik Laila Azwa duduk bersamanya.
"Eh, abang ... Laila nak ke dapur dulu tolong ibu sediakan makan tengahari."
"Sayang duduk lah dengan abang dulu. Nanti- nantilah sediakan makan tengahari," bisik Hanif di telinga Laila Azwa.
"Tak payah lah Laila tolong ibu. Najwa kan ada. Nanti Najwa tolong ibu. Kamu bawa Anif masuk bilik. Makan tengahari nanti ibu panggil."
Encik Hadi dan Amran hanya memerhatikan Puan Natrah. Sementara Laila Azwa sudah memerah mukanya. Hanif pula beriak selamba.
"Kenapa semua pandang saya ni? Betullah saya cakap ni. Oo, mesti ingat ibu sindir Laila dan Anif eh. Laaa, betul saya suruh dia orang berehat," jelas Puan Natrah ikhlas.
"Ibu dah bagi green light tu. Jomlah kita masuk ke bilik."
"Hish , abang ni..."
"Yelah Anif, pergilah berehat kat dalam bilik tu. Nanti kita bual kemudian. Anak ni pun pergilah berehat. Pakcik tunjukkan bilik untuk anak. Rumah pakcik ni ada enam bilik. Rumah kampungkan?"
"Pakcik, nama saya Amran."
"Oo, Amran. Jom lah pakcik tunjukkan bilik kamu. Kalau kamu nak apa-apa minta je pada ibu Natrah. Jangan segan. Rumah pakcik ni dah takde anak dara lagi. Dua -dua anak perempuan pakcik dah bersuami."
Mengangguk Amran. Baik sungguh ayah Puan Laila. Sama macam arwah Encik Marzuki, fikir Amran.
Hanif dan Laila Azwa sudah lesap masuk ke dalam bilik mereka. Melepas rindu kut.🙈
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...