Bab 65 Kedatangan Ikram

2.7K 143 112
                                    

Mereka terlalu nyenyak tidur pada malam tadi hingga membawa ke pagi. Azan subuh telah berlalu. Hanif dan Laila Azwa masih tidur lagi.

Mungkin kerana lama tidur dalam keadaan begitu, Laila Azwa tersedar dan merasa tubuhnya seperti lemas terhimpit. Perlahan dia membuka kelopak matanya. Dia agak terkejut bila mendapati mukanya melekap pada dada Hanif. Malah tangannya juga memeluk kemas pinggang Hanif.

"Aduhh...! apa aku buat ni."  Laila Azwa merasa malu dengan keadaan berpelukan itu.

Dengkuran halus dari Hanif dapat didengar oleh Laila Azwa. Laila Azwa yakin Hanif masih tidur. Oleh itu sebelum Hanif tersedar, perlahan-lahan Laila Azwa menarik tanganya dari memeluk pinggang Hanif. Terasa sedikit sengal pada tangannya, mungkin lama dalam posisi itu. Tangan Hanif yang memeluk bahunya diubahkan perlahan-lahan.

Laila Azwa menahan nafas dan mula bergerak perlahan-lahan menjauhkan diri dari Hanif. Takut juga Hanif terjaga pula nanti. Mahu malu muka dia nanti.

"Fuhh.... berjaya juga ..." bisiknya dalam hati, lantas bangun.

Dia terus bangun dan keluar dari bilik itu. Lega dirasakan. Dia berharap Hanif tidak sedar apa yang berlaku malam tadi. Laila Azwa terus menuju ke bilik bawah untuk mandi dan solat. Kemudian baharulah dia akan mengejutkan Hanif.

Keluarnya Laila Azwa dari bilik itu, Hanif terus membuka matanya. Hanif tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Rupanya Hanif sudah bangun, namun dia tetap memejamkan mata untuk mengetahui apa reaksi Laila Azwa.

"Malu lah tu..." ujar Hanif perlahan sambil bangun untuk ke bilik air dengan menggunakan kerusi roda.

Hanif menguruskan dirinya dengan kemampuannya sendiri. Lagipun perut Laila Azwa memang sudah kelihatan jika diamati betul-betul. Jadi memang dia tidak akan meminta bantuan Laila Azwa.

Tidak berapa lama kemudian Laila Azwa muncul di bilik itu. Lega apabila membuka pintu bilik kelihatan Hanif sedang solat. Jadi Laila Azwa tidak jadi untuk masuk mengejutkan Hanif.

Laila Azwa menuju ke dapur semula untuk menyediakan sarapan pagi. Kemudian menemani ayah mertuanya bersarapan. Selepas itu seperti biasa dia akan menemani Hanif bersarapan pula.

Di bilik , Hanif dengan sabar menanti Laila Azwa membawa sarapan untuknya.

"Laila masak apa pagi ni?" Muncul sahaja Laila Azwa di muka pintu dia terus bertanya.

"Saya goreng karipap je sebab dah lewat tadi. Takut ayah tak sempat makan."

"Oooo.... ok. Sedap juga sesekali makan karipap."

Hanif memandang piring yang berisi lima ketul karipap.

"Encik makanlah.... saya dah makan dengan ayah tadi."

Tanpa berlengah lagi Hanif pun makan. Laila Azwa menanti dengan sabar. Sesekali mata Hanif menjamah wajah Laila Azwa. "Comel..." detik hatinya. Rambut Laila Azwa hanya dilepaskan tanpa diikat. Hanif melihat wajah Laila Azwa tanpa jemu.

Nasib Laila Azwa tidak perasan dengan renungan Hanif Itu. Kalau tidak mahu merah wajah Laila Azwa .

Selesai menemani Hanif bersarapan, Laila Azwa akan menjalankan rutinnya seperti biasa. Namun pagi ini rutin berubah sedikit kerana permintaan Hanif.

"Laila, nanti naik urutkan kaki saya ye......" pinta Hanif.

"Ye lah..." Jawapan ringkas dari Laila Azwa.

Selesai urusan di tingkat bawah, Laila Azwa kembali ke bilik Hanif. Dia mencari botol minyak dan mula duduk di tepi katil di samping Hanif.

Hanif tidak lepas-lepas memandang wajah Laila Azwa.

Ratu hatiku Laila (Completed)Where stories live. Discover now